December 2, 2012

Tip ke Legoland Malaysia

by Yati Yusof
Hujan di Legoland

Hujan di Legoland

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan:

1. Sebaiknya elakkan pergi pada cuti umum & cuti umum sewaktu musim cuti sekolah sekiranya anda membeli tiket 1 hari sahaja.

2. Seeloknya sampai awal, sebelum Legoland dibuka iaitu 10am. Gunakan waktu ini untuk sesi fotografi di pintu masuk… sementara muka masih segar :). Pastikan waktu operasi untuk hari yang telah dipilih untuk pergi. Bagi pemegang tiket 1 hari, anda memang disarankan untuk berada di sana sebaik pintu dibuka dan pulang bila pintu ditutup.

3. Rancanglah pengembaraan anda di sana. Kalau boleh, dapatkan peta taman daripada mereka yang sudah pergi. Dari situ, anda boleh rancang bahagian mana yang akan dituju dahulu dan seterusnya. Bagi kumpulan / keluarga yang membawa pelbagai tahap umur, perancangan harus lebih teliti. Jika tidak, masa anda akan banyak dihabiskan dengan menunggu dan berjalan tanpa dapat menaiki ride.

Nota:

  • Option – tuju pada ride di bahagian dalam apabila masuk kerana di awal waktu pembukaan taman, orang ramai tertumpu di ride yang berdekatan pintu masuk. Jika, masa menunggu yang tertera di luar tempat menunggu ialah 60min, seeloknya carilah ride yang lain.
  • Selepas 4pm, ramai pengunjung beransur pulang. Inilah masanya untuk anda cuba ride yang menjadi tumpuan ramai seperti: Project X (di Lego technic), Dino Island (di Land of Adventure) atau The Dragon & Dragon Apprentice (di Lego Kingdoms). Kadang2, boleh naik banyak kali. Tapi awas! Ride2 ini akan diberhentikan waktu hujan turun. Waktu musim tengkujuh, petang2 macam ini lah selalu hujan turun.
  • Sekiranya anda ada anak kecil dan besar, eloklah rancang pergi dengan keluarga yang mempunyai anak2 yang seusia. Dengan ini anda boleh berpecah mengikut umur dan tujulah ride2 yang sesuai dengan ketinggian mereka. Jimat masa.
  • Sebelum anda masuk barisan menunggu giliran, pastikan anak anda melepasi had ketinggian yang dibenarkan. Staff yang bertugas mengikut garis panduan ini dengan tegas.
  • Cuaca panas membahang di Malaysia memang agak terasa di Legoland mungkin kerana ianya baru beroperasi – kurang tempat berteduh, mist fan dan pokok2 rimbun. Oleh itu, tengahari adalah waktu terbaik untuk mereka yang membawa anak2 kecil berada di dalam bangunan seperti restoran, kedai2, Lego Studios (di Imagination), baby care di Imagination (tempat yang selesa untuk anak anda merehatkan badan dan melelapkan mata) dan Build & Test (di Imagination).

4. Pilih pakaian yang sesuai untuk dipakai. Fabrik dari jenis yang serap peluh dengan potongan yang longgar dan selesa. Ini adalah kerana kebanyakan masa kita akan berada di luar bangunan dan cuaca di Malaysia sudah diketahui umum panas dan lembap. Pengunjung pasti akan berpeluh apabila seharian di sana. Ini bukannya tempat untuk pameran fesyen 🙂 – bila anda selesa anda boleh menghabiskan masa sebaiknya di sana.

5. Pakailah kasut yang paling selesa di dalam koleksi anda. Perlu ingat, anda akan banyak berjalan di sana. Kasut yang lebih kepada ‘cantik’, bertumit, dan mengongkong kaki akan membuatkan anda mahu pulang awal / terpaksa menahan kesakitan. Rugi aje kan kalau balik awal, sebab dah beli tiket mahal-mahal.

6. Sekiranya anda membeli tiket secara online, pastikan anda membawa print out bukti-bukti pembayaran.

7. Sapu sunblock pada muka dan bahagian badan yang terdedah kepada cahaya matahari sekiranya anda tidak mahu pulang dengan muka yang terbakar.

8. Sebaiknya gunakan beg sandang belakang (banyak barang boleh isi dan senang dibawa) atau yang bertali panjang di mana anda boleh selempangkan talinya melintang di tengah badan… beg yang menggunakan sebelah bahu sahaja akan menyakitkan bahu dan badan anda.

9. Sekiranya anda membeli pas tahunan, saya cadangkan agar anda datang untuk membuat pas di sebelah petang (selepas 4pm) kerana waktu itu, kawasan pembelian tiket sudah lengang dan anda tidak perlu menunggu lama. Jangan jadi macam saya, datang untuk buat pas tahunan pada pagi cuti Deepavali sewaktu musim cuti sekolah. 2 jam menunggu di dalam keadaan panas berbahang baru selesai buat pas. Penat sudah…. terus balik, dah tak lalu nak naik ride lagi.

 

Barang-barang yang perlu di bawa:

1. Air kosong untuk minuman.

2. Kipas tangan / mini kipas berbateri / botol air berkipas

3. Topi / cermin mata hitam – cuaca panas memang akan menyilaukan pandangan. Bersiap sedia lah.

4. Payung / baju hujan – sekiranya anda pergi di dalam waktu musim tengkujuh.

5. Makanan kudapan yang simple. – Makanan luar tidak dibenarkan dibawa masuk. Tetapi makanan2 untuk alas perut yang simple2 seperti biskut, coklat, buah epal atau sandwic biasanya tak ada masalah. Sewaktu saya pergi (November 2012) staff yang bertugas di pintu masuk tidak buat pemeriksaan beg pun.

6. Wang tunai yang mencukupi untuk makanan, minuman & cenderahati. Harga makanan & minuman sebagai panduan:

Sebotol air ice lemon tea / orange jus oren 500ml – RM6

Sepinggan fish & chips – RM18

1 set nasi ayam – RM16.50

Tomato & cheese pizza saiz regular – RM18

7. Stroller sekiranya anda membawa anak kecil. Anak2 berumur 5-6 tahun pun mungkin memerlukannya bila sudah seharian berjalan. Kalau tak digunakan untuk anak2, anda boleh juga gunakan untuk membawa barang dan beg.

8. Bagi wanita muslim, telekung wakaf banyak terdapat di surau (ada 2 buah surau). Tetapi sekiranya anda mahukan yang lebih selesa, eloklah bawa telekung sendiri tanpa kain (kain anda boleh guna kain wakaf).

November 11, 2012

Tip mengurus anak berkhatan

by Yati Yusof

Cuti sekolah akhir tahun sudah pun bermula, maka ramai jugalah ibu bapa yang merancang untuk mengkhatankan anak lelaki mereka. Anak lelaki saya telah selamat berkhatan ketika umurnya 10 tahun (2 tahun yang lepas). Setelah meneliti kaedah2 berkhatan yang ada akhirnya saya dan suami bersetuju untuk menggunakan kaedah konvensional yang sudah dimodenkan sedikit, bukan smart clamp.  Kaedah ini menggunakan alat yang dipanggil cautery yang digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah. Ramai orang ingat kaedah ini guna laser. Sebenarnya bukan laser tapi hujung cautery itu yang menghasilkan haba. Jika nak tahu lebih lanjut terutama sekali tetang kelebihan dan kekurangan kaedah konvensional dan terkini (clamp), blog Dr Azwan ada penerangan yang lebih terperinci: drazwan.blogspot.com  .

Cautery – alat yg digunakan untuk berkhatan cara konvensional dan sedikit update.

Bagi mereka yang tiada pengalaman mengkhatankan anak, di sini saya akan berkongsi sedikit pengalaman dan tip-tip yang diperolehi dari kawan2, saudara mara dan diri sendiri:

SEBELUM BERKHATAN

  1. Dari awal tahun lagi saya dan suami sudah pun memberitahu anak lelaki kami akan rancangan untuk mengkhatankannya. Biarlah dia menghadapinya dengan keadaan yang bersedia. Memang pada mulanya dia takut dan tak mahu melakukannya. Tetapi penjelasan kami tentang fadilat berkhatan, hukum dari segi agama, kesannya terhadap kesihatan… alhamdulillah akhirnya dia bersetuju dan rela. Proses ini memakan masa berbulan, ya berbulan untuk menanamkan rasa yakin dan berani di dalam diri anak ini. Dengan usaha ini akhirnya kami tidak perlu menyogoknya dengan hadiah2 seperti PSP (2-3 tahun lalu PSP antara kegilaan kanak2 seumurnya. Sekarang dah habis musim) dan seumpamanya atau reward material yang lain-lain. Sooner or later he has to do it, better do it now than older kan… lg malu nanti dah besar2 baru nak sunat 🙂 (antara kata2 yang saya guna hihi… – termakan juga akhirnya anakku).
  2. Sebelum bersunat, raikanlah anak dengan menjamunya makanan kegemaran sebab lepas sunat saya memang memantau makanan yang diambil. Kira amalan berpantanglah walaupun kalau tanya sesetengah doktor tidak perlu berpantang. Pendekatan saya: berpantang pun bukanlah susah sangat. Sebelum mengalami gatal2, bernanah atau luka yang tak kering2 lebih baik saya ambil langkah berjaga2 dengan berpantang.
  3. Raikan juga anak itu dengan membawanya ke tempat2 rekreasi kesukaannya / berenang. Lepas sunat nanti tak boleh aktif sangat kalau nak cepat baik.
  4. Barang2 yang perlu dibawa ketika pergi berkhatan: tuala kecil / sapu tangan, kain pelikat. Kalau tak nak pakai kain pun boleh, guna cawan kertas large size (buang bahagian dasar cawan untuk pengudaraan) / mangkuk pakai buang ditangkupkan pada alat sulit, lepas tu pakai seluar macam biasa.

SEMASA BERKHATAN

  1. Untuk kaedah konvensional, saat yg paling sakit ialah waktu dibiuskan. Berikan sapu tangan / tuala kecil untuk anak gigit semasa berkhatan ketika bius dilakukan. Ini adalah agar anak itu tidak menjerit sehendaknya yang mana ini akan melemahkan semangat kawan2 yang sedang menunggu giliran selepasnya. Cara ini juga membolehkan anak itu mengawal / menahan kesakitan yang dialaminya. Biasanya lepas bius dah ok, tak sakit lagi… boleh sembang2 dengan doktor sambil doktor buat kerja.

SELEPAS BERKHATAN

  1. Berpantang dari segi pemakanan. Ada banyak pendapat sebenarnya mengenai berpantang. Terpulang kepada anda. Kalau ikut doktor, tak perlu berpantang pun. Personally, saya lebih suka ambil langkah berjaga2. Sepanjang tempoh luka masih belum kering, saya tak bagi anak saya makan seafood, ayam dan ikan yang boleh membuatkan gatal (eg. kembung) dan juga ikan yang berbisa (eg. mayong, sembilang dan pari). Kalau kes biasa, luka ambil masa lebih kurang seminggu untuk kering (bagi yang cepat ada juga lepas 3 hari dah ok). Jadi, bukanlah sengsara sangat untuk berpantang kan? Saya paling takut kalau luka jadi gatal, bernanah atau lambat kering… lagi parah. Ada juga orang pesan jangan minum air banyak2 sangat. nanti lambat baik. Wallahualam… saya tak pasti kesahihannya. Anak saya minum macam biasa, sederhana sahaja. Takut juga kalau tahan2 sangat minum nanti kencing tak lawas, sakit pula bila nak buang air kecil.
  2. Berpantang dari segi aktiviti lasak. Ada sesetengah budak lepas 3 hari dah baik katanya, boleh berlari bagai. Tetapi berjaga2 lah juga ya… jangan eksen sangat. Ada juga kes yang lepas 3 hari nampak dah ok, terus pergi jalan2 ke zoo la, beriadah la, berenang la.. lepas tu bentan pula dan luka berdarah kembali. Seelok2nya bagi la lebihan hari untuk berehat. Buat aktiviti yang santai2 sahaja.
  3. Cara2 mencuci saya rujuk kepada artikel tulisan Dr Azwan di blognya: “sewaktu kencing, tekan tisu di sekeliling agar kemaluan itu sedikit terkeluar. Lepas itu cuci sahaja dengan air bersih dan lap kering-kering” (tajuk artikel: Berkhatan Untuk Kanak-kanak Obes) .
  4. Cara suami saya memakaikan kain untuk anak saya agar tangan tidak perlu sentiasa memegang kain. Mudah untuk bergerak dan duduk sambil tangan bebas melakukan apa jua kerja. Tak ada la asik berbaring aje macam budak2 zaman dulu. Yang bagusnya, ia menghasilkan pengudaraan yang baik. Bahan2 yang diperlukan: penyangkut baju bentuk no 8, tali pinggang & kain pelikat.
  5. Bengkok kan hanger ikut bentuk badan dan masukkan tali pinggang.

    Pakaikan hanger di bahagian badan menggunakan tali pinggang.

    Sarung kain pelikat dan ikat macam biasa. Tadaaa!! Dah siap… boleh pegang ipad dengan selesa 🙂

    6. Untuk waktu tidur / berbaring pula, kami guna cara ini. Kalau rumah moden sekarang siling tinggi, pasti susah nak sangkut tali buat ikat kain. Bahan2 yang diperlukan: Play Gym Baby bentuk segitiga di hujung & selimut.

    Letakkan selimut di atas Play Gym Baby. Anak yang bersunat tu tak perlu pakai apa2 di dalam selimut. Pengudaraan yang baik amat perlu untuk luka cepat sembuh.

    Jika tidak ada Baby Gym, boleh juga guna tripod kamera untuk gantikannya :). Guna tali untuk ikat kain pada batang tripod yang ditengah2.

    NOTA TAMBAHAN:

  1. Sepanjang tempoh anak saya berkhatan suami saya yang menjaganya. Biar le dia orang… hal2 orang lelaki kan. Inilah waktunya untuk mengeratkan lagi hubungan ayah dan anak (father-son bonding time).
  2. Pengudaraan yang baik penting untuk luka cepat kering. Oleh sebab ini anak saya memang pakai kain sepanjang tempoh pemulihan. Waktu tidur memang lebih terbuka dengan cara yang digunakan di atas.
July 2, 2012

Pengalaman jadi cikgu tadika

by Yati Yusof

Alhamdulillah…. selesai sudah praktikal di tadika selama 5 bulan yang perlu saya lengkapkan untuk mendapat Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Hmmm… di saat kawan-kawan seangkatan meningkatkan diri masing-masing dengan melanjutkan pelajaran di peringkat Master dan PHD, saya pulak macam patah balik buat Diploma. Hehe… takpe la, asal saya tahu apa yang saya inginkan. Saya berpegang, tiada had di dalam menuntut ilmu. Saya enjoy buat course ni. Kenal ramai kawan, baik muda juga senior; ada yang baru lepasan SPM, ada yang sebaya dan juga senior yang dah berjaya membuka tadika sendiri. Bertambah pengalaman bila jumpa mereka yang datang dari pelbagai latar belakang. Yang paling saya suka, saya boleh menggunakan ilmu yang dipelajari keatas anak2 sendiri. Bukan setakat besarkan anak berdasarkan instinct dan ilmu tak formal yang didapati dari pemerhatian ibubapa sendiri dan orang sekeliling sahaja. Ilmu keibubapaan harus dipelajari dan digali. Saya seru ibubapa yang lain untuk merajinkan diri sertai kursus-kursus pendek yang berkaitan sekiranya tak mampu (dari segi masa terutamanya) jika nak buat course diploma macam ni. Pengalaman dan pemerhatian selama saya berada di tadika, didapati ramai ibubapa yang kurang ilmu keibubapaan biar pun mereka berpangkat tinggi di tempat kerja dan juga berpendidikan tinggi. Mungkin ramai yang ingat ilmu ini tidak perlu dipelajari dan ianya seakan boleh datang sendiri. Apa-apa hal cikgu-cikgi di sekolah kan ada….

Sebenarnya hari ini saya nak kongsi pengalaman di tadika selama 5 bulan itu. Seronok dalam penat… penat, ya penat… saya buat praktikal tak ada elaun. Tak mengapa, saya sudah bersiap sedia dari segi mental untuk itu. Alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki melalui suami saya dan saya tidak rasa terbeban dari segi kewangan dalam keadaan ini. Semoga Allah memberkati apa yang saya lakukan.

Pagi ini, rutin saya tidak lagi ke tadika… tidak lagi tergesa2 mengejar masa seperti biasa. Tidak lagi dihurungi dengan gelak ketawa dan jerit pekikan anak2 prasekolah. Rasa lega ada, sunyi pun ada (pulaakkkk hihih). Lepas ni pagi2 saya dah boleh buat hal2 yang saya missed bila bekerja di luar. Banyak sebenarnya hal yang tergendala bila saya tidak dapat berada dirumah diwaktu pagi… stove yang dah lama tak berkilat, kabinet dapur yang dah mula ‘beraroma’ bla bla bla….

Tiba-tiba saya teringat kepada beberapa orang murid ‘istimewa’ di tadika. Biasalah, dalam ramai-ramai yang mendaftar di tadika setiap tahun biasanya memang ada yang ‘istimewa’ beberapa orang. Tak tahu apa masalah mereka sebenarnya. Sedihnya ibubapa mereka sendiri pun tak tahu masalah anak mereka (sebab tak pernah dibawa jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan atau mungkin juga tak ada masa untuk mendekati mereka). Yang si ibubapa tahu anak mereka lain sikit dari budak biasa. Dua orang tidak boleh berkomunikasi secara normal (tapi ayah dan ibunya cakap di rumah mereka boleh bercakap – saya pelik). Lebih banyak bahasa isyarat yang mereka gunakan. Sebutan kurang betul dan lontaran suara pun tak normal bunyinya. Yang seorang lagi pulak datang dari ibubapa yang sudah berpisah. Budaknya hiperaktif, dan tidak ada tumpuan. Bila saya tahu latar belakangnya, sebak pun ada bila tengok wajahnya. Mungkin perangainya terbentuk dari hasil keadaan dan peristiwa yang ditempuhi… mangsa keadaan. Sungguh tidak terurus. Hidup berjauhan dengan ibu kandung, kadangkala dia datang memeluk saya tiba-tiba. Rindu ibunya barangkali. Melihatkan anak-anak ini saya rasa berkobar-kobar pula nak belajar ilmu baru secara lebih mendalam untuk agenda seterusnya :). Mungkin menjurus kepada Understanding Children’s Behaviour atau juga Attending Special Needs Children – mereka yang menghadapi masalah Attention Deficit / Hyperactive, Autism, Dyslexia, Slow Learner etc. Wallahualam… itu angan-angan saya. Sekiranya angan-angan ini bakal membawa kebaikan kepada saya, agama dan bangsa, moga Allah lorongkan jalan untuk saya dan permudahkan usaha saya. Amiiinnnn…  Sesiapa yang membaca entry ini dan ada info untuk saya realisasikan angan-angan tersebut, harap dapat direct dan tolong saya. Terima kasih…

May 11, 2012

Hari Ibu / Mother’s Day

by Yati Yusof

Sejak dah keluar fatwa Valentine’s Day haram diraikan oleh umat Islam, saya ada juga terfikir bagaimana pula dengan ‘hari2 istimewa’ yang lain, contoh: Hari Ibu. Tup2 ternampak seorang kawan share youtube Ustaz Azhar Idrus berkenaan sambutan Hari Ibu:

Hmmm fikir2lah ya wahai umat Islam. Memanglah murni niatnya untuk meraikan seorang ibu, tetapi cara Islam maksud Ustaz Azhar Idrus ni bukanlah dengan budaya baru yang ramai di antara kita amalkan sekarang. Bukan setahun sekali. Lepas tengok youtube ni cepat2 saya update anak2 dan suami. Rupa2nya anak perempuan saya (10 tahun) dah siapkan hadiah untuk diberikan kepada saya. Dia tengah tunggu hari je nak beri hadiah tu. Bila saya update mengenai hukum sambutannya dia terus bagi hadiah dan kad yang dibuat masa tu juga (bukan pada Hari Ibu yang sebenar). Terharu juga dengan ingatannya, tetapi saya highlight juga yang saya bukan nak hadiah tu semua. Saya lebih gembira sekiranya mereka buat benda2 yang menyenangkan hati saya seperti solat tanpa disuruh dan tidak meninggalkan suruhan Allah yang lain, doakan yang baik untuk ibu bapa, tak membantah / meninggikan suara dengan ibu bapa, tak bergaduh adik beradik, rajin tolong ibu buat kerja rumah dan macam2 lagi lah…. (banyak sangat ceritalah ibu ni kan….). Saya sedar juga, cara saya berkomunikasi dengan anak2 kena betul. Kena selalu banyangkan jika kita di tempat mereka bagaimana arahan yang lebih sedap didengar. Janganlah pulak macam diktator.

Sejak dua menjak ni, sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan hari2 seumpamanya mendapat publisiti yang luar biasa di Malaysia (terutama di bandar2). Macam2 promosi ada untuk kita raikan orang yang tersayang kununnya… tapi tanpa kita sedari sebenarnya kita dah dipergunakan. Hari Ibu (bulan Mei) contohnya dah jadi bulan untuk peniaga meraih lebih keuntungan. Masa ni la peniaga2 boleh buat extra duit dengan macam2 produk. Otak kena kreatif cari peluang. Cikgu2 sekolah pun boleh tahan…. anak saya beli sekuntum bunga ros plastik & coklat dari gurunya yang memang menjual sempena Hari Ibu. Hrmmmm…. dulu masa saya sekolah rendah tak ada ini semua. Kecik2 dah dilatih untuk menjadi penyumbang kepada ekonomi negara. Peniaga2 ni pandai juga mainkan emosi kita. As if kalau kita buat dek je dengan promosi2 yang ada ni, macam la kita tak hargai orang2 yang kita sayang.

Apa2 pun wahai pembaca sekalian, sila tengok syarahan Ustaz Don yang pasti membuatkan air mata anda berguguran… Biar anak tidak memberikan kita material yang gah, tapi doanya sering dititipkan buat ayah dan ibu… Kita ibu bapa kena betul mendidik mereka juga… (mode: self check — apa yang telah aku lakukan pada anak2ku)

April 28, 2012

Walimatul Urus Yang Istimewa

by Yati Yusof

Saat saya membaca kad undangan ke majlis perkahwinan ini (merujuk kepada gambar kad di atas), suatu perasaan gembira dan menyenangkan menyelinap ke dalam diri. Saya begitu berkobar2 untuk memastikan diri ini dapat hadir tepat pada waktu untuk majlis anak kenalan saya. Ianya sungguh istimewa dan berbeza dari yang pernah saya dapat sebelum ini. Saya bertanya juga pada diri sendiri, adakah Ustaz Hasrizal yang terkenal dengan buku ”Aku Terima Nikahnya” yang menjadi tarikan? Adakah semangat yang sama akan lahir jika ustaz jemputan untuk tazkirah tersebut dari kalangan ustaz yang kurang dikenali? Wallahualam…. harapnya bukanlah kerana ada ustaz selebriti :).

Fizikal kad ini tak banyak beza dari yang pernah saya dapat sebelumnya. Istimewanya adalah pada aturcara majlis. Alhamdulillah… sudah ada yang mahu mengubah trend.

Pertama sekali, apa yang saya suka mengenai kad ini adalah doa yang ditulis di selitkan nama pasangan bakal pengantin. Secara tak langsung apabila kita membacanya, kita akan mendoakan terus untuk pasangan itu. Keduanya, tak lain tak bukan adalah dengan adanya majlis ilmu yang ringkas buat tetamu yang hadir. Buah tangan yang bermanfaat untuk tetamu. Ketiganya, tetamu diingatkan dengan tuntuan agama Islam dalam berpakaian, dimana tema pakaian adalah yang sopan dan menutup aurat. Akhir sekali, tertera di kad itu ingatan solat untuk semua dengan menyatakan waktu masuk solat zohor. Agar yang hadir tidak culas menunaikan tuntutan yang satu ini…

Semoga lebih ramai umat Islam diberikan hidayah untuk mengadakan majlis seumpamanya.

April 25, 2012

Pesuruhjaya Sumpah / Commissioner For Oaths

by Yati Yusof

Tak penah saya ambil ‘pot’ mengenai hal2 angkat sumpah (bahasa pasar org2 tua). Tapi duluuuuu (dh lamaaaa masa zaman nak melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti) ada la pernah guna khidmat Pesuruhjaya Sumpah (PS) ni. Tapi itu pun di Muar, ayah yang tunjukkan kat mana nak cari. Di bandar kecil senang aje nak jumpa.

Tiba2 hari ni saya memerlukan khidmat PS sekali lagi… di KL pulak tu… uhuhu mana nak cari ni? Staff pejabat di mana saya berurusan tadi ada la beri tahu PS yang berdekatan. Tapi memandangkan skill mengingat jalan saya sekitar bandaraya KL ni amatlah kurang, jadi saya tak berhasrat untuk cari serta merta PS yang dimaksudkan. Dah la terlupa nak bawa GPS. Baik saya balik rumah dulu dan fikir strategi yang lebih mudah dengan kemahiran yang saya ada. Saya lebih rela cari PS di luar bandaraya KL biar sampai ke Bangi atau Putrajaya, asal tidak di tengah2 kesibukan kota KL ni. Urghhhh sungguh tidak suka jam! Salah lorong jer, terus dah masuk jalan yang tidak diingini. Dah lama saya meninggalkan aktiviti ini…

Balik rumah saya terfikir untuk google. Walaupun selalunya PS ni buka meja kecil je di kaki lima kedai2, mana nak tau ada website kan… Cari , cari, alhamdulillah…. jumpa juga maklumat PS yang terdekat dengan Bandar Kinrara. Ada satu di Puchong Jaya (info dapat dalam forum, takde website pun). Saya cuba call nak tau masih aktif ke PS ni. Mujur masih aktif, cuma pejabatnya dah berpindah ke Petaling Jaya. Ok la tu… sekurang2nya saya tak perlu meredah KL. Menurut PS tu, satu dokumen RM4. Yeay!! Esok saya akan mencarinya dengan bantuan GPS.

(Keesokan harinya…)

Alhamdulillah…. selesai sudah agenda mencari PS. Tak susah nak cari pejabat di Petaling Jaya tu. Kalau tak ada GPS memang tak confident juga saya nak redah sebab memang tak biasa pergi kawasan tu. Setakat ni GPS memang harus saya guna terutama ke tempat2 yang tak biasa pergi dan ketika memandu sendiri. Apa2 hal kalau dah tak jumpa sangat destinasi yang dituju, tekan ‘home‘ balik rumah.

Bagi anda yang mencari khidmat Pesuruhjaya Sumpah kawasan sekitar Petaling Jaya, di bawah adalah butir2nya:

34, Jalan SS2/67, Petaling Jaya. (dekat Hong Leong Bank, pejabatnya di tingkat 2)

017 2150100

Waktu operasi: Hari kerja 8am-4.45pm , Sabtu 9am-12tghari.

 

Pesuruhjaya Sumpah yang lain:

1) Putrajaya:

Bangunan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), pejabatnya di ground floor bangunan, bersebelahan mini mart.

No 20, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

 

 

April 13, 2012

PERMOHONAN PENDAFTARAN KEMASUKAN KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2013 & 2014

by Yati Yusof

Hebahan penting buat ibubapa di Selangor yang mempunyai anak berusia 5 tahun (pada tahun 2012 = lahir pada tahun 2007) yang akan memulakan alam persekolahannya pada tahun 2014:

Jabatan Pelajaran Selangor telah membuka talian (online) untuk pendaftaran sekolah bagi tahun ini. Pendaftaran hendaklah dibuat mulai 01 Mac 2012 sehingga 30 April 2012. Sila klik link ini untuk ke laman tersebut

 http://apps.moe.gov.my/esppsel/  .

Pejam celik, pejam celik tak perasan ‘anak bungsu’ saya dah nak masuk ke alam persekolahan tak lama lagi. Kami sekeluarga masih lagi menganggap ‘adik’ macam baby. Tiga minggu yang sudah, saya terserempak dengan seorang ibu di sekolah anak sulung saya. Kenalan baru tersebut baru sahaja mendaftar sekolah anaknya untuk sesi persekolahan 2014. Mujurlah ada yang mengingati… saya hampir lupa. Tahun lepas dah ingat, tetapi waktu itu pendaftaran tahun 2014 belum dibuka lagi. Tak tahu pula pendaftaran online tu ada tempoh masa, 2 bulan sahaja pulak tu. Hmmm…. sifat melengah2kan pekerjaan ni memang susah betul nak buang. Nak masuk sebulan tahu mengenai pendaftaran online tu, baru kelmarin saya menggesa diri untuk ke laman web yang diberi oleh kenalan tu. Agak terkejut juga saya kerana ada 2 minggu lebih sahaja lagi tempoh untuk mendaftar. Katanya pendaftaran selepas dari 30 April dikira lewat dan mungkin akan mengalami kesukaran tertentu. Yang pasti saya tak mahu terlewat. Kalau lewat, berkemungkinan anak saya tak dapat tempat di sekolah yang dipilih. Cepat, cepat, daftarlah anak anda segera!

Ooops, buat tambahan:

lepas dah daftar online, sila print butir2 yang dimasukkan dan bawa print out tersebut ke pejabat sekolah beserta dokumen2 di bawah:

  • Sijil Asal Surat Beranak Anak dan salinan
  • Kad Pengenalan Ayah dan Salinan
  • Kad Pengenalan Ibu dan Salinan
  • Sijil Asal Nikah dan Salinan
  • Bil Api/Air berserta salinan
  • Sampul surat panjang beserta setem 60 sen (untuk kegunaan sekolah memaklumkan kita mengenai permohonan tersebut)
February 19, 2012

Khidmatku yang terakhir buat ibu…

by Yati Yusof

Bismillahirrahmanirrahim…

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Di kala post ini ditaip, genap seminggu aruah emak pulang ke rahmatullah, kembali kepada penciptanya. Syukur kehadrat Ilahi segala proses mengendalikan jenazah berjalan lancar, semoga roh emak dicucuri rahmat dan bersemadi tenang di alam sana. Lebih kurang 4 bulan emak terlantar di hospital (2 bulan separa koma)… sungguh hati ini hiba tika melihat keadaannya. Tak putus doa dipanjatkan untuk kesejahteraan emak.. “Ya Allah, ampunkan dosa2 ibuku. Kurniakan rahmatMu buat ibuku. Permudahkanlah jalan hidupnya dan ringankanlah derita yang ditanggungnya. Kurniakan penyembuhan untuk penyakit2 ibuku sekiranya kau mengizinkan umur yang panjang untuknya. Sekiranya sudah sampai masa untuk ibuku pulang kepadamu Ya Allah, Kau ambillah dia dengan baik. Permudahkanlah sakaratul mautnya…. tunjukkanlah ibuku jalan yang lurus…. jalan yang Engkau redhai….”

Bersangka baiklah kamu dengan Tuhanmu. Dia Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambanya. Selama emak di hospital tak banyak perubahan berlaku pada kesihatannya. Terdetik juga di hati ini, adakah doaku tidak kau dengari ya Allah… aku sedar Ya Allah, aku banyak melakukan dosa, lalai dan leka… ampunkan dosa2ku Ya Allah. Dengarilah permintaanku Ya Allah….

Kini, setelah berakhirnyanya episod kehidupan ibuku… baru aku nampak sejelas-jelasnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat hamba-hambanya. Memang, saat ditimpa musibah kita sukar nampak akan hikmah di sebaliknya. Hikmah mengambil masa untuk kita fahami. Bersabarlah wahai manusia…. syukur dan redha atas apa jua yang menimpa. Yakinlah bahawa ada sebab atas setiap kurniaan Allah itu… sujud dan mengadulah kepadaNya yang satu…

Sesungguhnya Allah telah memenuhi setiap permintaanku. Terima kasih Ya Allah… Kau telah mengambil ibuku pada waktu yang begitu tepat sekali. Kau telah mengizinkanku untuk berada di sisi emak ketika dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, menitipkan dia dengan bacaan La ilahaillallah. Kau tidak membiarkan dia pergi di dalam keseorangan. Sungguh menginsafkan bila dapat menyaksikan kekuasaanmu ini Ya Allah. Kau telah mengizinkanku untuk memberikan khidmatku yang terakhir buat emak, turut serta memandikannya, mengkafankannya dan menyembahyangkannya. Emak pergi pada hari Isnin selepas Maulidul Rasul, hujung minggu yang bersambung dengan cuti umum. Alhamdulillah…. anak2 emak yang lain dan saudara dekat yg berada jauh dapat datang menziarah tanpa kepayahan. Syukur Alhamdulillah…. semuanya sudah selamat. Berakhir sudah sebuah kehidupan. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa2ku dan dosa2 ibuku… cucurilah rahmatMu buat rohnya dan tempatkan ibuku dikalangan orang2 yang beriman. Lapangkan lah dan terangilah kuburnya Ya Allah…

Buat pembaca sekelian, ketika emak sakit inilah amalan2 yang diaajar dan disarankan kepada saya oleh ramai individu. Sebenarnya amalan2 ini sepatutnya menjadi amalan kita setiap masa, bukan saat2 yang dinyatakan di atas sahaja. Ya Allah Ya Tuhanku, berikan kami kekuatan untuk istiqamah di dalam ibadah2 kami….:

  • Jagalah solat yang wajib dan perbanyakkan solat2 sunat & solat taubat.
  • Baca Al Quran dan surah Yasin selalu (lakukannya setiap hari) dan berzikirlah.
  • Perbanyakkan amal ibadah seperti bersedekah. Niatkan pahala untuk ayah dan ibu.
  • Jangan putus asa… teruslah berdoa dan memohon kepada Allah.
  • Setiap hari niatkan untuk sedekah pahala yang kita perolehi dari amalan2 yang dilakukan kepada ibu bapa.

Sudilah kiranya pembaca2 sekalian menyedekahkan pahala bacaan AlFatihah buat aruah ibu saya Allahyarhamah Rashidah binti Ismail. AlFatihah….

January 13, 2012

Doktor gigi jadi chef – boleh / Chef jadi doktor gigi – ??

by Yati Yusof

Juara Masterchef musim pertama: Ezani sedang beraksi..

Kelmarin masa sembang-sembang dengan suami, termasuk jugalah cerita pasal pemenang Masterchef Malaysia musim pertama, Ezani. Kagum… Kagum… Memang kami tabik springggg kat dia. Tahniah Ezani! Seorang doktor gigi kini jadi chef aka tukang masak la pulak. Ezani memasak dengan mahir sekali tanpa pengajian formal dalam bidang itu. Hmmm… Sekarang dah terbukti doktor gigi boleh jadi tukang masak dalam masa yang sama, tetapi boleh tak tukang masak jadi doktor gigi?hehe.. Kalau terbalik kan macam impossible kan (boleh sebenarnya, cuma ambil masa). Ok, jom kita fikirkan contoh lain pulak… Kalau engineer jadi pelukis tak pelik didengar, tapi pelukis jadi engineer mungkin mengagumkan. Sama juga bila cikgu jadi penyanyi, possible … dulu memang ada pun seorang guru yang masuk pertandingan Sinaran Passport Kegemilangan (bagi mereka yang tak tau sebab masih bayi lagi waktu tu atau memang belum lahir pun, ianya adalah sebuah pertandingan bakat di mana antara bakat baru yang berjaya dicungkil terdiri daripada Shamsul Ghau Ghau dan Lan Pet Pet – terasa tuanya diri ini.. 🙂 ) tapi kalau penyanyi jadi cikgu (cikgu sekolah ajar maths ke, sains ke… bukan cikgu vokal) mungkin tak pernah didengar.

Mengapa begitu ya? Saya dan suami semakin rancak bersembang mencari jawapan kepada persoalan ini. Doktor gigi, guru, jurutera, lawyer, majistret (ala2 Kasim Selamat) dilihat sebagai kerjaya serius yang memerlukan tahap pencapaian akademik yang agak tinggi  (memang tinggi). Ianya memerlukan penguasaan yang kuat dalam bidang sains, matematik dan bahasa. Kena score peperiksaan atas kertas bertulis. Manakala kerjaya di dalam bidang kulinari, seni suara, seni halus memerlukan kepandaian dan kemahiran menggunakan tubuh badan dan deria rasa… Hmmm saya masih mencuba untuk cari istilah yang lebih tepat di sini. Ianya lebih kepada seni. Kemahiran yang lahir semulajadi di dalam diri seseorang. Tidak perlu score matematik tambahan untuk menjadi seberjayanya Siti Nurhaliza.  Penilaian bukan di buat menggunakan pen dan kertas. Tapi bukan maksud saya di sini kerjaya kedua itu bagi orang yang tak pandai. Mereka juga pandai, cuma dalam hal yang berlainan. Saya suka nak rujuk situasi ini pada teori Howard Gardner mengenai multiple intelligences dalam setiap individu:

“Gardner argues that there is a wide range of cognitive abilities, the theory predicts that a child who learns to multiply easily is not necessarily generally more intelligent than a child who has more difficulty on this task. The child who takes more time to master simple multiplication 1) may best learn to multiply through a different approach, 2) may excel in a field outside of mathematics, or 3) may even be looking at and understanding the multiplication process at a fundamentally deeper level, or perhaps as an entirely different process. Such a fundamentally deeper understanding can result in what looks like slowness and can hide a mathematical intelligence potentially higher than that of a child who quickly memorizes the multiplication table despite a less detailed understanding of the process of multiplication.” (quote: Wikipedia)

Teori ini mengatakan dalam diri manusia ada pelbagai kepandaian yang boleh dikategorikan dalam kelas2 berikut:

kategori2 kepandaian di dalam setiap individu

Masalah dalam masyarakat kita ialah kepandaian diiktiraf pada bidang2 sains, matematik dan bahasa sahaja. Mungkin ibu bapa kini perlu lebih terbuka, ubah paradigma anda. Jika anak kurang cemerlang dalam subjek2 core yang disebutkan tadi, cuba cungkil X-factor mereka. Mungkin di situlah bakat yang perlu digilap. Haa… macamana nak tau X-factor itu satu hal lain. Bukan senang nak nampak. Apa yang boleh saya cadangkan ialah dedahkan anak2 kita kepada pelbagai aktiviti dan pengalaman. Saya sendiri pun masih tercari2 kekuatan anak2 saya. Bagi yang Islam, yang penting solat dulu…

Mungkin ada yang bertanggapan kerjaya2 melibatkan seni susah nak cari makan dan tak konsisten. Oleh itu ibu bapa sebolehnya ingin anak2 berjaya di dalam akademik dan menggenggam kerjaya ‘serius’ itu dulu barulah boleh cuba kerjaya seni. Tetapi jika dicongak2 lagi, bidang yang akan memberi ruang yang tiada had untuk manusia mencari rezeki pada masa akan datang ialah bidang yang melibatkan seni. Mengapa saya kata begini? Kerana bidang2 seni ini berupaya menghasilkan sesuatu yang subjektif, yang tak boleh diukur dengan nombor. Setiap satunya adalah unik. Manakala bidang2 yang dianggap ‘serius’ kini sudah boleh digantikan dengan robot, komputer dan mesin. Fikir2kan lah…..

Sebenarnya topik ni masih belum dikupas dengan baik. Apa yang saya taipkan hanyalah brainstorming kami. Banyak yang boleh diperdebatkan lagi. Maka dengan itu, jika ada yang kurang bersetuju jangan pula marah2 :)… Apa kata cikgu2 BM buat topik ini sebagai topik perbahasan di sekolah.

Hari ini bahasa saya agak berterabur…. Layan je la.

January 13, 2012

Checklist Untuk Anak Yang Bakal Masuk Tahun 1

by Yati Yusof

Gambar ihsan blog reallykini.

Minggu pertama sesi persekolahan tahun 2012 sudah berlalu. Ibu2 dan bapa2 yang anak2 baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan yang sebenar (bukan tadika) memang sibuk. Sibuk ambil gambar anak naik van, anak pakai uniform sekolah, anak dalam bilik darjah dan shot2 lainlah. Peace V :D… jgn rasa diperli, saya dulu pun mcm tu juga. Dalam masa yang sama sibuk juga mengawasi anak disekolah, sampaikan di kantin pun penuh dengan ibu bapa yang duduk, bukan murid2 yang dapat duduk untuk makan. Seminggu yang sudah memang jem jalan2 di sekitar kawasan sekolah. Setakat ini saya rasa % murid tahun1 yang menangis di sekolah semakin berkurangan. Dah tak takut… dah biasa pergi tadika / taska. Lagi pula ramai kawan2 dari taska / tadika yang sama bersekolah di situ.
Dalam pada dah biasa tu masih ada juga kes murid yang tersalah naik van (ini kisah benar). Suspen nenek di rumah… tunggu2 cucu tak balik2. Pakcik van kata tak jumpa dia di sekolah. Alhamdulillah la pemandu van yang salah dinaiki tu dapat menghubungi pemandu van yang sepatutnya secara kebetulan. Allah melindungi murid itu…

Di sini saya buat checklist buat ibu bapa yang bakal menghantar anak ke Tahun 1. Semoga insiden2 yang tak diingini dapat dikurangkan.

1. Pakaikan tag nama (biasanya memang sekolah akan sediakan). Belakang tag nama, tuliskan nama & no hp ayah dan ibu, alamat rumah / alamat pengasuh dan plat no van sekolah yang akan dinaiki / no hp van sekolah. Terangkan pada anak butir2 yang telah ditulis dan apa keperluannya.

Gambar ihsan dr blog nurSYAMnurAMAR.

2. Tulis juga maklumat2 di atas di dalam sebuah buku nota yang diletakkan di dalam beg anak / tag yang disangkutkan pada beg anak. Terangkan pada anak, kepentingan buku nota itu. Buku nota itu boleh dijadikan sebagai alat berhubung dengan sesiapa sahaja, contoh: antara guru dan ibu bapa vise versa.

3. Bagi bekalan makanan untuk minggu2 awal kerana kadang kala murid yang ramai membingungkan anak anda untuk membeli makanan. Kadang kala mereka masih takut dan masih belum mahir untuk membeli sendiri.

4. Bagi anak yang berpotensi keciciran di dalam membuang air kecil, bekalkan sehelai seluar panjang di dalam beg mereka.

Semoga anak2 kita dilindungi dan membesar menjadi anak2 yang soleh dan solehah :).