Pengalaman jadi cikgu tadika

by Yati Yusof

Alhamdulillah…. selesai sudah praktikal di tadika selama 5 bulan yang perlu saya lengkapkan untuk mendapat Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Hmmm… di saat kawan-kawan seangkatan meningkatkan diri masing-masing dengan melanjutkan pelajaran di peringkat Master dan PHD, saya pulak macam patah balik buat Diploma. Hehe… takpe la, asal saya tahu apa yang saya inginkan. Saya berpegang, tiada had di dalam menuntut ilmu. Saya enjoy buat course ni. Kenal ramai kawan, baik muda juga senior; ada yang baru lepasan SPM, ada yang sebaya dan juga senior yang dah berjaya membuka tadika sendiri. Bertambah pengalaman bila jumpa mereka yang datang dari pelbagai latar belakang. Yang paling saya suka, saya boleh menggunakan ilmu yang dipelajari keatas anak2 sendiri. Bukan setakat besarkan anak berdasarkan instinct dan ilmu tak formal yang didapati dari pemerhatian ibubapa sendiri dan orang sekeliling sahaja. Ilmu keibubapaan harus dipelajari dan digali. Saya seru ibubapa yang lain untuk merajinkan diri sertai kursus-kursus pendek yang berkaitan sekiranya tak mampu (dari segi masa terutamanya) jika nak buat course diploma macam ni. Pengalaman dan pemerhatian selama saya berada di tadika, didapati ramai ibubapa yang kurang ilmu keibubapaan biar pun mereka berpangkat tinggi di tempat kerja dan juga berpendidikan tinggi. Mungkin ramai yang ingat ilmu ini tidak perlu dipelajari dan ianya seakan boleh datang sendiri. Apa-apa hal cikgu-cikgi di sekolah kan ada….

Sebenarnya hari ini saya nak kongsi pengalaman di tadika selama 5 bulan itu. Seronok dalam penat… penat, ya penat… saya buat praktikal tak ada elaun. Tak mengapa, saya sudah bersiap sedia dari segi mental untuk itu. Alhamdulillah Allah mengurniakan rezeki melalui suami saya dan saya tidak rasa terbeban dari segi kewangan dalam keadaan ini. Semoga Allah memberkati apa yang saya lakukan.

Pagi ini, rutin saya tidak lagi ke tadika… tidak lagi tergesa2 mengejar masa seperti biasa. Tidak lagi dihurungi dengan gelak ketawa dan jerit pekikan anak2 prasekolah. Rasa lega ada, sunyi pun ada (pulaakkkk hihih). Lepas ni pagi2 saya dah boleh buat hal2 yang saya missed bila bekerja di luar. Banyak sebenarnya hal yang tergendala bila saya tidak dapat berada dirumah diwaktu pagi… stove yang dah lama tak berkilat, kabinet dapur yang dah mula ‘beraroma’ bla bla bla….

Tiba-tiba saya teringat kepada beberapa orang murid ‘istimewa’ di tadika. Biasalah, dalam ramai-ramai yang mendaftar di tadika setiap tahun biasanya memang ada yang ‘istimewa’ beberapa orang. Tak tahu apa masalah mereka sebenarnya. Sedihnya ibubapa mereka sendiri pun tak tahu masalah anak mereka (sebab tak pernah dibawa jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan atau mungkin juga tak ada masa untuk mendekati mereka). Yang si ibubapa tahu anak mereka lain sikit dari budak biasa. Dua orang tidak boleh berkomunikasi secara normal (tapi ayah dan ibunya cakap di rumah mereka boleh bercakap – saya pelik). Lebih banyak bahasa isyarat yang mereka gunakan. Sebutan kurang betul dan lontaran suara pun tak normal bunyinya. Yang seorang lagi pulak datang dari ibubapa yang sudah berpisah. Budaknya hiperaktif, dan tidak ada tumpuan. Bila saya tahu latar belakangnya, sebak pun ada bila tengok wajahnya. Mungkin perangainya terbentuk dari hasil keadaan dan peristiwa yang ditempuhi… mangsa keadaan. Sungguh tidak terurus. Hidup berjauhan dengan ibu kandung, kadangkala dia datang memeluk saya tiba-tiba. Rindu ibunya barangkali. Melihatkan anak-anak ini saya rasa berkobar-kobar pula nak belajar ilmu baru secara lebih mendalam untuk agenda seterusnya :). Mungkin menjurus kepada Understanding Children’s Behaviour atau juga Attending Special Needs Children – mereka yang menghadapi masalah Attention Deficit / Hyperactive, Autism, Dyslexia, Slow Learner etc. Wallahualam… itu angan-angan saya. Sekiranya angan-angan ini bakal membawa kebaikan kepada saya, agama dan bangsa, moga Allah lorongkan jalan untuk saya dan permudahkan usaha saya. Amiiinnnn…  Sesiapa yang membaca entry ini dan ada info untuk saya realisasikan angan-angan tersebut, harap dapat direct dan tolong saya. Terima kasih…

2 Comments to “Pengalaman jadi cikgu tadika”

  1. Dah grad ye puan rhayo? Alhamdulillah n tahniah…aku pun teringin nak gi belajo mcm ko. Mb aku blh suggest sekolah aku gi hantar teachers ke short course mcm ko…kekdg kesian tgk bdk2 yg berada pd tangan2 yg salah….

    • Alhamdulillah… selesai dah Dina. Punya la lama buat. Defer sem byk kali, bersalin la… ikut suami posting la… kalah org nak buat phd. I agree with u. Kalau sek kau byk duit suggest la. At least ada cikgu kat sek tu yg berpengetahuan pasal special needs kids ni. Kanak2 mcm ni rupa fizikal sama jer mcm budak biasa. Jd kalau kita tak tau tanda2 yg mereka ada masalah lain, masalah pd dua2 pihak cikgu & anak murid (termasuk ibubapa).

Leave a comment