Archive for May, 2011

May 23, 2011

(Aargghhh… tak sempat masak lagi…) Macamana nak jadi ‘sempat masak’

by Yati Yusof

Sindrom tak sempat masak ni terjadi bukan sahaja kepada ibu2 bekerja, malah boleh juga melanda stay-at-home mom lebih2 lagi jika mereka juga menyandang status work-at-home mom. Ini ada beberapa tips untuk anda sempat memasak dirumah walaupun ketika masa yang suntuk (tapi kalau malas nak masak lain cerita ye ūüôā ). Masak lah resepi yang mudah2…

1. Kupas bawang banyak2 dan simpan stok seminggu dalam peti sejuk. Bila nak masak senang…. ambil jer beberapa biji yang diperlukan.

2. Sesiapa yang selalu guna cili kisar dalam masakan, elok sangatlah kisar banyak2 sekali gus dan simpan dalam peti sejuk juga (penuh laaa peti hikmat…). Resepi untuk cili kisar yang tahan lama: kisar cili kering,¬†bawang putih dan garam sikit¬†(bawang merah jangan… tambah bawang merah masa nak masak nanti). Masukkan dalam bekas (tidak bertutup) dan simpan dalam peti sejuk. Kalau bertutup, nanti bekas akan berair dan ini mempercepatkan cili kisar jadi tak elok dari segi rasa. – Tips dari adik ipar yang diturunkan oleh mak mertua dia :). Tqvm.

3. Plan menu masakan untuk seminggu… jadi tak jadi masak¬†belakang kira. Yang penting niat dah ada. Bila dah plan, bahan2 utama untuk resepi tu dah boleh standby dalam peti sejuk. Keluar beli bahan2 pun sekali aje dalam seminggu, jimat masa dan tenaga, malah lebih ekonomi.

4.¬†Letakkan bahan2 mentah seperti ayam, daging atau ikan yang beku ke dalam ‘chill room’ peti sejuk anda¬†malam sebelum bahan2 itu hendak di masak. Cepat sikit proses defrost.

5. Anda boleh juga masak satu2 resepi (yang berasaskan ayam, ikan atau daging sahaja. Sayur tidak sesuai) itu dalam kuantiti yang banyak. Kemudian apabila lauk tadi sudah sejuk, asingkan kepada beberapa portion (agak2 untuk sekali makan) ke dalam bekas plastik tahan beku dan bekukan ke dalam freezer. Bila2 tak sempat masak boleh la gunakan lauk beku ini… tapi kena defrost dan panaskan dulu sebelum makan. Perlu diingatkan, lauk ini mestilah lauk yang baru dimasak, iaini lauk yang belum disentuh lagi… kalau lauk baki yang tak habis tak digalakkan buat macam ini kerana nanti bila reheat, rasa tak fresh… tak sedap. Ditakuti kena keracunan makanan pula. (Kaedah ini diperkenalkan oleh ibu saudara saya. Dia gelarkan lauk begini ‘lauk purba’ ūüôā )

6. Pastikan bahan2 asas bagi masakan2 mudah yang anda dan keluarga gemar makan sentiasa ada stok, seperti telur, sardin, udang, timun dll.

7. Sediakan ayam (bahagian dada), udang dan sotong yang sudah dibersihkan dan diasing2kan dalam kuantiti yang sedikit di dalam peti beku anda. Bahan2 yang sikit2 ni boleh dijadikan rencah dalam masakan mudah seperti nasi gorang, mee goreng atau lauk2 mudah lain. Bila kita simpan asing2 sikit2, senang nak keluarkan dan cepat defrost. Maka cepatlah kita memasak.

Kalau anda ada tips2 yang lain, boleh la share dengan saya juga ye…

Advertisements
May 20, 2011

Begini Sayang…

by Yati Yusof

Anak saya dahulu pernah bertanya “macamana baby keluar dari perut ibu?” Masa tu saya ambil masa yang lama untuk memberikan jawapannya. Puas fikir… Sebaliknya saya menyoal anak saya semula “ha… cuba teka, agaknya2 baby keluar dari mana?”. Anak saya meneka yang baby keluar dari pusat, tetapi dia pelik juga mana mungkin kan sebab pusat tu kecil aje. Akhirnya saya memberi jawapan juga walaupun ada satu jawapan yang kurang tepat. Jawapan saya ialah: 1. Baby keluar dari perut. Doktor akan gunting kulit perut sikit bagi ruang untuk baby keluar (auwww…. sungguh ngeri bagi budak kecil untuk membayangkannya)¬† 2. hahaha yang ini kelakar sikit… jawapan yang tak betul. Tapi masa tu saya dah tak ada idea lagi, saya cuma teringat yang kawan saya pernah memberikan jawapan sebegini pada anak dia. Saya pinjam lah. Saya menjawab secara melawak… “baby keluar kat tempat buang air besar¬†kot” hehehehh “yeeee yaikssss ” respon anak saya. Ketika itu saya lupa untuk mengaitkan hal ini dengan kebesaran dan kekuasaan Tuhan. Astaghfirullahalazim….. Apabila saya nampak buku ini (seperti gambar di atas)¬†dan membelek2 isi kandungnya, yesss…. inilah yang boleh membantu saya¬†menjawab soalan2 dari anak saya.

Walaupun ketika menaip saya¬†belum lagi¬†habis membaca buku ini, tetapi apa yang boleh saya katakan mengenainya ialah ia memang mantopss! Sangat bagus untuk ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak2 yang sedang membesar. Buku ini memberi kita ilham bagaimana nak memberi jawapan yang jujur dan bernas serta menanamkam persoalan2¬†tauhid, akidah dan taqwa¬†kepada soalan2 yang sering diutarakan oleh anak2 dalam bahasa yang mudah. Contohnya ye… jawapan kepada macamana adik boleh ada dalam perut ibu?, macamana nak ajar anak solat dengan cara berhikmah, berpuasa,¬†cara2 berdoa, kenapa manusia mati dan¬†dimasukkan ke dalam kubur¬†dan lain-lain lagi. Di dalam menjawab pertanyaan anak2, tarbiahnya bukan untuk mereka semata2, tetapi untuk kita juga.

Isi kandungnya terbahagi kepada 2, bahagian pertama merupakan ‘diary ayah’ (ada beberapa bab dalam bahagian ini) dan bahagian kedua ialah ‘diary ibu’. Setiap satu bab tidak berkait dengan bab yang lain, dan bab2 ini akan disudahi dengan mutiara kata buat ibu bapa. Lebih kurang tips juga la… Jadi kita boleh baca lompat2.

Menariknya buku ini ditulis oleh sepasang suami isteri. Ianya dari pengalaman mereka membesarkan¬†anak2 sendiri. Bahasanya ringkas dan santai. Saya rekemen sangat2 anda semua memiliki buku ini (penulis: Mohd Hisham Mohd Sharif & Hasifah Zainuddin, terbitan Galeri Ilmu). Saya review buku ni bukan kerana dapat komisyen atau imbuhan apa2… sekadar berkongsi benda yang baik.