Tip ke Legoland Malaysia

by Yati Yusof
Hujan di Legoland

Hujan di Legoland

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan:

1. Sebaiknya elakkan pergi pada cuti umum & cuti umum sewaktu musim cuti sekolah sekiranya anda membeli tiket 1 hari sahaja.

2. Seeloknya sampai awal, sebelum Legoland dibuka iaitu 10am. Gunakan waktu ini untuk sesi fotografi di pintu masuk… sementara muka masih segar🙂. Pastikan waktu operasi untuk hari yang telah dipilih untuk pergi. Bagi pemegang tiket 1 hari, anda memang disarankan untuk berada di sana sebaik pintu dibuka dan pulang bila pintu ditutup.

3. Rancanglah pengembaraan anda di sana. Kalau boleh, dapatkan peta taman daripada mereka yang sudah pergi. Dari situ, anda boleh rancang bahagian mana yang akan dituju dahulu dan seterusnya. Bagi kumpulan / keluarga yang membawa pelbagai tahap umur, perancangan harus lebih teliti. Jika tidak, masa anda akan banyak dihabiskan dengan menunggu dan berjalan tanpa dapat menaiki ride.

Nota:

  • Option – tuju pada ride di bahagian dalam apabila masuk kerana di awal waktu pembukaan taman, orang ramai tertumpu di ride yang berdekatan pintu masuk. Jika, masa menunggu yang tertera di luar tempat menunggu ialah 60min, seeloknya carilah ride yang lain.
  • Selepas 4pm, ramai pengunjung beransur pulang. Inilah masanya untuk anda cuba ride yang menjadi tumpuan ramai seperti: Project X (di Lego technic), Dino Island (di Land of Adventure) atau The Dragon & Dragon Apprentice (di Lego Kingdoms). Kadang2, boleh naik banyak kali. Tapi awas! Ride2 ini akan diberhentikan waktu hujan turun. Waktu musim tengkujuh, petang2 macam ini lah selalu hujan turun.
  • Sekiranya anda ada anak kecil dan besar, eloklah rancang pergi dengan keluarga yang mempunyai anak2 yang seusia. Dengan ini anda boleh berpecah mengikut umur dan tujulah ride2 yang sesuai dengan ketinggian mereka. Jimat masa.
  • Sebelum anda masuk barisan menunggu giliran, pastikan anak anda melepasi had ketinggian yang dibenarkan. Staff yang bertugas mengikut garis panduan ini dengan tegas.
  • Cuaca panas membahang di Malaysia memang agak terasa di Legoland mungkin kerana ianya baru beroperasi – kurang tempat berteduh, mist fan dan pokok2 rimbun. Oleh itu, tengahari adalah waktu terbaik untuk mereka yang membawa anak2 kecil berada di dalam bangunan seperti restoran, kedai2, Lego Studios (di Imagination), baby care di Imagination (tempat yang selesa untuk anak anda merehatkan badan dan melelapkan mata) dan Build & Test (di Imagination).

4. Pilih pakaian yang sesuai untuk dipakai. Fabrik dari jenis yang serap peluh dengan potongan yang longgar dan selesa. Ini adalah kerana kebanyakan masa kita akan berada di luar bangunan dan cuaca di Malaysia sudah diketahui umum panas dan lembap. Pengunjung pasti akan berpeluh apabila seharian di sana. Ini bukannya tempat untuk pameran fesyen🙂 – bila anda selesa anda boleh menghabiskan masa sebaiknya di sana.

5. Pakailah kasut yang paling selesa di dalam koleksi anda. Perlu ingat, anda akan banyak berjalan di sana. Kasut yang lebih kepada ‘cantik’, bertumit, dan mengongkong kaki akan membuatkan anda mahu pulang awal / terpaksa menahan kesakitan. Rugi aje kan kalau balik awal, sebab dah beli tiket mahal-mahal.

6. Sekiranya anda membeli tiket secara online, pastikan anda membawa print out bukti-bukti pembayaran.

7. Sapu sunblock pada muka dan bahagian badan yang terdedah kepada cahaya matahari sekiranya anda tidak mahu pulang dengan muka yang terbakar.

8. Sebaiknya gunakan beg sandang belakang (banyak barang boleh isi dan senang dibawa) atau yang bertali panjang di mana anda boleh selempangkan talinya melintang di tengah badan… beg yang menggunakan sebelah bahu sahaja akan menyakitkan bahu dan badan anda.

9. Sekiranya anda membeli pas tahunan, saya cadangkan agar anda datang untuk membuat pas di sebelah petang (selepas 4pm) kerana waktu itu, kawasan pembelian tiket sudah lengang dan anda tidak perlu menunggu lama. Jangan jadi macam saya, datang untuk buat pas tahunan pada pagi cuti Deepavali sewaktu musim cuti sekolah. 2 jam menunggu di dalam keadaan panas berbahang baru selesai buat pas. Penat sudah…. terus balik, dah tak lalu nak naik ride lagi.

 

Barang-barang yang perlu di bawa:

1. Air kosong untuk minuman.

2. Kipas tangan / mini kipas berbateri / botol air berkipas

3. Topi / cermin mata hitam – cuaca panas memang akan menyilaukan pandangan. Bersiap sedia lah.

4. Payung / baju hujan – sekiranya anda pergi di dalam waktu musim tengkujuh.

5. Makanan kudapan yang simple. – Makanan luar tidak dibenarkan dibawa masuk. Tetapi makanan2 untuk alas perut yang simple2 seperti biskut, coklat, buah epal atau sandwic biasanya tak ada masalah. Sewaktu saya pergi (November 2012) staff yang bertugas di pintu masuk tidak buat pemeriksaan beg pun.

6. Wang tunai yang mencukupi untuk makanan, minuman & cenderahati. Harga makanan & minuman sebagai panduan:

Sebotol air ice lemon tea / orange jus oren 500ml – RM6

Sepinggan fish & chips – RM18

1 set nasi ayam – RM16.50

Tomato & cheese pizza saiz regular – RM18

7. Stroller sekiranya anda membawa anak kecil. Anak2 berumur 5-6 tahun pun mungkin memerlukannya bila sudah seharian berjalan. Kalau tak digunakan untuk anak2, anda boleh juga gunakan untuk membawa barang dan beg.

8. Bagi wanita muslim, telekung wakaf banyak terdapat di surau (ada 2 buah surau). Tetapi sekiranya anda mahukan yang lebih selesa, eloklah bawa telekung sendiri tanpa kain (kain anda boleh guna kain wakaf).

One Comment to “Tip ke Legoland Malaysia”

  1. Sebelum nie saya antara yang paling menentang dalam isu2 camnie .

    .. tapi hari nie dah banyak blogger yg bagi pencerahan atas hal2 camnie.
    . terima kasih awak atas penulisan nie…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: