About

Saya adalah seorang surirumah sepenuh masa. Saya pernah bekerja di syarikat swasta selepas tamat pengajian di peringkat ijazah, waktu itu saya masih belum berkahwin sehinggalah saya berkahwin dan mempunyai seorang anak. Atas tuntutan keperluan berkeluarga, saya nekad berhenti kerja. Kini, sudah lebih kurang 10 tahun saya menyandang tugas menguruskan keluarga (suami + 3 anak) dan semakin hari saya berasa lebih berkeyakinan, hidup semakin bermakna dan terisi. Alhamdulillah … syukur pada Tuhan dan terima kasih yang tak terhingga kepada suami, keluarga dan juga kawan2 rapat. Tidak dinafikan ada juga hari2 mendung yang memerlukan suntikan motivasi. Macam juga orang2 yang bekerja di pejabat, setelah beberapa lama bekerja harus juga dihantar training, kena polish skills, tambah kebolehan baru dan naikkan tahap motivasi bekerja. Setelah sekian lama berkecimpung dalam arena ini, kesimpulan yang saya boleh katakan ialah, untuk menjadi seorang surirumah yang cemerlang, kita haruslah berilmu dan menguruskan kerja2 seharian sama seperti di pejabat. Perlu ada skill pengurusan yang baik. Kita adalah bos sendiri di rumah, kita kena cipta sendiri sistem kerja dan suasana kerja yang baik dan memberangsangkan. SAHM alaf baru harus bijak, berilmu dan berwawasan. Itulah bezanya kita dari bibik dari seberang. Bukan niat saya untuk merendahkan bibik2 dari seberang, tetapi mengangkat darjat isteri2 surirumah sepenuh masa yang sebelum ini selalu dianggap sebagai pekerjaan untuk mereka2 yang tidak cemerlang.

Saya harap blog ini dapat memberi manafaat kepada para pembaca yang sudi singgah.

Terima kasih :)….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: