Archive for January, 2012

January 13, 2012

Doktor gigi jadi chef – boleh / Chef jadi doktor gigi – ??

by Yati Yusof

Juara Masterchef musim pertama: Ezani sedang beraksi..

Kelmarin masa sembang-sembang dengan suami, termasuk jugalah cerita pasal pemenang Masterchef Malaysia musim pertama, Ezani. Kagum… Kagum… Memang kami tabik springggg kat dia. Tahniah Ezani! Seorang doktor gigi kini jadi chef aka tukang masak la pulak. Ezani memasak dengan mahir sekali tanpa pengajian formal dalam bidang itu. Hmmm… Sekarang dah terbukti doktor gigi boleh jadi tukang masak dalam masa yang sama, tetapi boleh tak tukang masak jadi doktor gigi?hehe.. Kalau terbalik kan macam impossible kan (boleh sebenarnya, cuma ambil masa). Ok, jom kita fikirkan contoh lain pulak… Kalau engineer jadi pelukis tak pelik didengar, tapi pelukis jadi engineer mungkin mengagumkan. Sama juga bila cikgu jadi penyanyi, possible … dulu memang ada pun seorang guru yang masuk pertandingan Sinaran Passport Kegemilangan (bagi mereka yang tak tau sebab masih bayi lagi waktu tu atau memang belum lahir pun, ianya adalah sebuah pertandingan bakat di mana antara bakat baru yang berjaya dicungkil terdiri daripada Shamsul Ghau Ghau dan Lan Pet Pet – terasa tuanya diri ini.. ūüôā ) tapi kalau penyanyi jadi cikgu (cikgu sekolah ajar maths ke, sains ke… bukan cikgu vokal)¬†mungkin tak pernah didengar.

Mengapa begitu ya? Saya dan suami semakin rancak bersembang mencari jawapan kepada persoalan ini. Doktor gigi, guru, jurutera, lawyer, majistret (ala2 Kasim Selamat) dilihat sebagai kerjaya serius yang memerlukan tahap pencapaian akademik yang agak tinggi¬† (memang tinggi). Ianya memerlukan¬†penguasaan yang kuat¬†dalam bidang sains, matematik dan bahasa. Kena score peperiksaan atas kertas bertulis. Manakala kerjaya di dalam bidang kulinari, seni suara, seni halus¬†memerlukan kepandaian dan kemahiran menggunakan tubuh badan dan deria rasa… Hmmm saya masih mencuba untuk cari istilah yang lebih tepat di sini. Ianya lebih kepada seni. Kemahiran yang lahir semulajadi di dalam diri seseorang. Tidak perlu score matematik tambahan¬†untuk menjadi seberjayanya Siti Nurhaliza.¬† Penilaian bukan di buat menggunakan pen dan kertas. Tapi bukan maksud saya di sini kerjaya kedua itu bagi orang yang tak pandai. Mereka juga pandai, cuma dalam hal yang berlainan. Saya suka nak rujuk situasi ini pada teori Howard Gardner mengenai multiple intelligences dalam setiap individu:

“Gardner argues that there is a wide range of cognitive abilities, the theory predicts that a child who learns to multiply easily is not necessarily generally more intelligent than a child who has more difficulty on this task. The child who takes more time to master simple multiplication 1) may best learn to multiply through a different approach, 2) may excel in a field outside of mathematics, or 3) may even be looking at and understanding the multiplication process at a fundamentally deeper level, or perhaps as an entirely different process. Such a fundamentally deeper understanding can result in what looks like slowness and can hide a mathematical intelligence potentially higher than that of a child who quickly memorizes the multiplication table despite a less detailed understanding of the process of multiplication.” (quote: Wikipedia)

Teori ini mengatakan dalam diri manusia ada pelbagai kepandaian yang boleh dikategorikan dalam kelas2 berikut:

kategori2 kepandaian di dalam setiap individu

Masalah dalam masyarakat kita¬†ialah kepandaian diiktiraf pada bidang2 sains, matematik dan bahasa sahaja. Mungkin ibu bapa kini perlu lebih terbuka, ubah paradigma anda. Jika anak kurang cemerlang dalam subjek2 core yang disebutkan tadi, cuba cungkil X-factor mereka. Mungkin di situlah bakat yang perlu digilap. Haa… macamana nak tau X-factor itu satu¬†hal lain. Bukan senang nak nampak.¬†Apa yang boleh saya cadangkan ialah dedahkan anak2 kita kepada pelbagai aktiviti dan pengalaman. Saya sendiri pun masih tercari2 kekuatan anak2 saya. Bagi yang Islam, yang penting solat dulu…

Mungkin¬†ada yang¬†bertanggapan¬†kerjaya2 melibatkan seni susah nak cari makan dan tak konsisten. Oleh itu ibu bapa sebolehnya ingin anak2 berjaya di dalam akademik dan menggenggam kerjaya ‘serius’ itu dulu barulah boleh cuba kerjaya seni. Tetapi¬†jika dicongak2 lagi, bidang yang akan memberi ruang yang tiada had untuk manusia mencari rezeki pada masa akan datang ialah bidang yang melibatkan seni. Mengapa saya kata begini? Kerana bidang2 seni ini berupaya menghasilkan sesuatu yang subjektif, yang tak boleh diukur dengan nombor. Setiap satunya adalah unik.¬†Manakala bidang2 yang dianggap ‘serius’ kini sudah boleh digantikan dengan robot, komputer¬†dan mesin. Fikir2kan lah…..

Sebenarnya topik ni masih belum dikupas dengan baik. Apa yang saya taipkan hanyalah brainstorming kami. Banyak yang boleh diperdebatkan lagi. Maka dengan itu, jika ada yang kurang bersetuju jangan pula marah2 :)… Apa kata cikgu2 BM buat topik ini sebagai topik perbahasan di sekolah.

Hari ini bahasa saya agak berterabur…. Layan je la.

January 13, 2012

Checklist Untuk Anak Yang Bakal Masuk Tahun 1

by Yati Yusof

Gambar ihsan blog reallykini.

Minggu pertama sesi persekolahan tahun 2012 sudah berlalu. Ibu2 dan bapa2 yang anak2 baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan yang sebenar (bukan tadika) memang sibuk. Sibuk ambil gambar anak naik van, anak pakai uniform sekolah, anak dalam bilik darjah dan shot2 lainlah. Peace V :D… jgn rasa diperli, saya dulu pun mcm tu juga. Dalam masa yang sama sibuk juga mengawasi anak disekolah, sampaikan di kantin pun penuh dengan ibu bapa yang duduk, bukan murid2 yang dapat duduk untuk makan. Seminggu yang sudah memang jem jalan2 di sekitar kawasan sekolah. Setakat ini saya rasa % murid tahun1 yang menangis di sekolah semakin berkurangan. Dah tak takut… dah biasa pergi tadika / taska. Lagi pula ramai kawan2 dari taska / tadika yang sama bersekolah di situ.
Dalam pada dah biasa tu masih ada juga kes murid yang tersalah naik van (ini kisah benar). Suspen nenek di rumah… tunggu2 cucu tak balik2. Pakcik van kata tak jumpa dia di sekolah. Alhamdulillah la pemandu van yang salah dinaiki tu dapat menghubungi pemandu van yang sepatutnya secara kebetulan. Allah melindungi murid itu…

Di sini saya buat checklist buat ibu bapa yang bakal menghantar anak ke Tahun 1. Semoga insiden2 yang tak diingini dapat dikurangkan.

1. Pakaikan tag nama (biasanya memang sekolah akan sediakan). Belakang tag nama, tuliskan nama & no hp ayah dan ibu, alamat rumah / alamat pengasuh dan plat no van sekolah yang akan dinaiki / no hp van sekolah. Terangkan pada anak butir2 yang telah ditulis dan apa keperluannya.

Gambar ihsan dr blog nurSYAMnurAMAR.

2. Tulis juga maklumat2 di atas di dalam sebuah buku nota yang diletakkan di dalam beg anak / tag yang disangkutkan pada beg anak. Terangkan pada anak, kepentingan buku nota itu. Buku nota itu boleh dijadikan sebagai alat berhubung dengan sesiapa sahaja, contoh: antara guru dan ibu bapa vise versa.

3. Bagi bekalan makanan untuk minggu2 awal kerana kadang kala murid yang ramai membingungkan anak anda untuk membeli makanan. Kadang kala mereka masih takut dan masih belum mahir untuk membeli sendiri.

4. Bagi anak yang berpotensi keciciran di dalam membuang air kecil, bekalkan sehelai seluar panjang di dalam beg mereka.

Semoga anak2 kita dilindungi dan membesar menjadi anak2 yang soleh dan solehah :).

January 6, 2012

Sambutan Hari Lahir Yang Selari Dengan Ajaran Islam

by Yati Yusof

Di ruang ini saya tertarik untuk menaip isi2 kepada soal jawab yang dikendalikan oleh Ustazah Maznah Daud (AJK Penasihat Ibadah Haji/JAKIM) di dalam slot Fikah Wanita Majalah Anis (keluaran Januari 2012) berkenaan amalan sambutan harijadi di kalangan masyarakat kita.

Soalan yang menarik perhatian saya: Apakah yang hendak diraikan?

Ya, apa yang hendak kita raikan sebenarnya? Wanita terutamanya¬†amat mengambil berat tentang tarikh lahir. Isteri boleh jadi merajuk besar jika suami tidak ingat akan tarikh hari lahirnya. Hakikatnya ramai yang tak perasan harijadi bermakna usia kita telah bertambah dan tempoh hayat semakin berkurang. Dalam kata lainnya kubur pun sudah kata mari… macam tak kena pulak kalau kita nak bergembira meraikannya jika difikir dari sisi ini kan… kecualilah setahun yang lalu kita telah isi dengan ketaatan sehingga kita rasa benar2 gembira.

Saya setuju dengan artikel Ustazah Maznah, jika benar setahun yang lalu kita telah manfaatkan masa yang ada dengan segala amal kebajikan, kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka wajarlah kita rasa gembira dan bersyukur. Adalah lebih baik jika kesyukuran itu diterjemahkan dengan menigkatkan lagi amal soleh, bukannya dengan membuat upacara sambutan yang tidak selari dengan ajaran Islam.

Sebaliknya, jika setahun yang lalu kita cuai dalam melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka kita patut berasa insaf, bertaubat dan perbaiki diri agar esok menjadi insan yang lebih baik. Manfaatkan usia yang dikurniakan (yang kita tak tau bila penamatnya) dengan amal soleh dan dekatkan diri dengan Allah.

KESIMPULAN:

  • Jadikan hari lahir sebagai hari muhasabah diri – sejauh mana kita telah berbakti kepada Pencipta yang telah memberikan kehidupan ini kepada kita.
  • Pada hari lahir anak2 patut merenung kembali jasa ibu bapa. Bertambah usia anak2, bertambahlah budi ibu bapa di dalam menjaga dan mendidik mereka. Sudah terbalaskah budi ibu bapa?
  • Usah biasakan anak2 menjadikan budaya di mana hari lahir adalah hari kita menanti dan menagih hadiah, terutama dari ibu bapa yang sememangnya sudah banyak berkorban untuk anak2.
  • Sebaliknya insan yang menyambut hari lahirnya itulah yang patutnya memberi hadiah kepada mereka2 yang telah berjasa¬† dalam hidupnya sehingga ke usia yang telah dicapai sekarang ini.

HUKUM:

Ada 2 pendapat ulama mengenai hukum sambutan hari lahir:

1) Sesetengah ulama berpendapat adalah haram sambutan harijadi yang mengadakan upacara meniup lilin, menyanyi dan menari dalam keadaan bercampur gaul lelaki dan perempuan kerana ianya perbuatan yang meniru budaya orang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: “sesiapa yang meniru satu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan kaum tersebut” (Riwayat Abu Daud).

2) Ada pendapat yang lain pula mengatakan sambutan hari jadi adalah perkara yang tiada nas mengenainya, sama ada menyuruh atau melarang. Oleh itu perlu dilihat kepada tujuan dan cara sambutan diadakan.

Wallahualam…

SELAMAT HARI LAHIR BUAT MEREKA2 YANG MENYAMBUT HARI LAHIRNYA PADA HARI INI.

Untuk penerangan hukum yang lebih jelas tentang amalan sambutan hari lahir, sila baca http://myibrah.com/hukum-meniup-lilin

Penerangan dari Ustaz Azhar Idrus pula

Hukum Sambut Hari Jadi / Birthday

January 6, 2012

Surirumah Yang Bekerja / Tidak Bekerja

by Yati Yusof

Minggu lalu saya berkesempatan membaca dialog dibawah di dalam sisipan seorang rakan di facebook:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA??

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! p/s : hargai isteri anda…..

Tersenyum saya membacanya. Tak tahulah samada ini kisah benar atau rekaan semata. Hakikatnya memang ramai yang berfikiran sebegini. Sehinggakan di kalangan surirumah sendiri pun kadang kala terpacul juga di mulut yang dia tidak bekerja apabila ditanyakan apakah pekerjaan beliau. Kita dah terbiasa dengan istilah¬†‘bekerja’¬†yang merujuk kepada pekerjaan yang beroleh pendapatan¬†yang kebiasaannya¬†dibawah seliaan orang lain.

Saya musykil… agaknya ada tak surirumah yang tidak bekerja? Hmm… mungkin juga ada. Seorang surirumah yang bersuamikan orang kaya agaknya. Kerja2 rumah boleh serahkan pada pembantu rumah. Transport anak ke sekolah boleh gajikan seorang driver atau paling cokia pun naik van sekolah. Tak perlu¬†susah payah¬†cari duit tambahan dengan menjahit baju malam2 macam Puan Halimah.¬†Orang selalu kata ala tai-tai gitu… duduk rumah asah kuku.

Alhamdulillah suami saya bukan seperti Encik Zainal. Bagi mereka2 yang dikurniakan suami yang bukan seperti Encik Zainal, hargailah suami anda…. gembirakan dan bahagiakanlah dia selalu :). Oooopss tapi bukanlah maksud saya mereka2 yang senasib dengan Puan Halimah tak perlu hargai suami. Sebagai isteri, kita tetap kena jalankan tanggungjawab kita kepada suami dan taat kepada mereka asal kehendak mereka tak menyimpang dari suruhan agama. Jika ada perkara2 yang tidak disenangi pada suami, doalah banyak2 agar suami diberikan hidayah dan dibukakan hatinya untuk berubah…

SELAMAT TAHUN BARU 2012 buat semua. Saya perlu lebih mahir dalam¬†percaturan dan penggunaan¬†masa¬† untuk hari2 seterusnya.¬†Semoga Allah berkati dan redhai¬†apa yang saya lakukan… Amin.

Quote: “Rugilah bagi mereka yang hari ininya sama seperti semalam, tercela bagi mereka yang hari ininya lebih buruk dari semalam dan beruntunglah bagi mereka yang hari ininya lebih baik dari semlaam” — dgr dari IKIM FM, merujuk kepada amalan kita seharian. Mari sama2 perbaiki diri kita setiap hari.