Tip mengurus anak berkhatan

by Yati Yusof

Cuti sekolah akhir tahun sudah pun bermula, maka ramai jugalah ibu bapa yang merancang untuk mengkhatankan anak lelaki mereka. Anak lelaki saya telah selamat berkhatan ketika umurnya 10 tahun (2 tahun yang lepas). Setelah meneliti kaedah2 berkhatan yang ada akhirnya saya dan suami bersetuju untuk menggunakan kaedah konvensional yang sudah dimodenkan sedikit, bukan smart clamp.  Kaedah ini menggunakan alat yang dipanggil cautery yang digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah. Ramai orang ingat kaedah ini guna laser. Sebenarnya bukan laser tapi hujung cautery itu yang menghasilkan haba. Jika nak tahu lebih lanjut terutama sekali tetang kelebihan dan kekurangan kaedah konvensional dan terkini (clamp), blog Dr Azwan ada penerangan yang lebih terperinci: drazwan.blogspot.com  .

Cautery – alat yg digunakan untuk berkhatan cara konvensional dan sedikit update.

Bagi mereka yang tiada pengalaman mengkhatankan anak, di sini saya akan berkongsi sedikit pengalaman dan tip-tip yang diperolehi dari kawan2, saudara mara dan diri sendiri:

SEBELUM BERKHATAN

  1. Dari awal tahun lagi saya dan suami sudah pun memberitahu anak lelaki kami akan rancangan untuk mengkhatankannya. Biarlah dia menghadapinya dengan keadaan yang bersedia. Memang pada mulanya dia takut dan tak mahu melakukannya. Tetapi penjelasan kami tentang fadilat berkhatan, hukum dari segi agama, kesannya terhadap kesihatan… alhamdulillah akhirnya dia bersetuju dan rela. Proses ini memakan masa berbulan, ya berbulan untuk menanamkan rasa yakin dan berani di dalam diri anak ini. Dengan usaha ini akhirnya kami tidak perlu menyogoknya dengan hadiah2 seperti PSP (2-3 tahun lalu PSP antara kegilaan kanak2 seumurnya. Sekarang dah habis musim) dan seumpamanya atau reward material yang lain-lain. Sooner or later he has to do it, better do it now than older kan… lg malu nanti dah besar2 baru nak sunat🙂 (antara kata2 yang saya guna hihi… – termakan juga akhirnya anakku).
  2. Sebelum bersunat, raikanlah anak dengan menjamunya makanan kegemaran sebab lepas sunat saya memang memantau makanan yang diambil. Kira amalan berpantanglah walaupun kalau tanya sesetengah doktor tidak perlu berpantang. Pendekatan saya: berpantang pun bukanlah susah sangat. Sebelum mengalami gatal2, bernanah atau luka yang tak kering2 lebih baik saya ambil langkah berjaga2 dengan berpantang.
  3. Raikan juga anak itu dengan membawanya ke tempat2 rekreasi kesukaannya / berenang. Lepas sunat nanti tak boleh aktif sangat kalau nak cepat baik.
  4. Barang2 yang perlu dibawa ketika pergi berkhatan: tuala kecil / sapu tangan, kain pelikat. Kalau tak nak pakai kain pun boleh, guna cawan kertas large size (buang bahagian dasar cawan untuk pengudaraan) / mangkuk pakai buang ditangkupkan pada alat sulit, lepas tu pakai seluar macam biasa.

SEMASA BERKHATAN

  1. Untuk kaedah konvensional, saat yg paling sakit ialah waktu dibiuskan. Berikan sapu tangan / tuala kecil untuk anak gigit semasa berkhatan ketika bius dilakukan. Ini adalah agar anak itu tidak menjerit sehendaknya yang mana ini akan melemahkan semangat kawan2 yang sedang menunggu giliran selepasnya. Cara ini juga membolehkan anak itu mengawal / menahan kesakitan yang dialaminya. Biasanya lepas bius dah ok, tak sakit lagi… boleh sembang2 dengan doktor sambil doktor buat kerja.

SELEPAS BERKHATAN

  1. Berpantang dari segi pemakanan. Ada banyak pendapat sebenarnya mengenai berpantang. Terpulang kepada anda. Kalau ikut doktor, tak perlu berpantang pun. Personally, saya lebih suka ambil langkah berjaga2. Sepanjang tempoh luka masih belum kering, saya tak bagi anak saya makan seafood, ayam dan ikan yang boleh membuatkan gatal (eg. kembung) dan juga ikan yang berbisa (eg. mayong, sembilang dan pari). Kalau kes biasa, luka ambil masa lebih kurang seminggu untuk kering (bagi yang cepat ada juga lepas 3 hari dah ok). Jadi, bukanlah sengsara sangat untuk berpantang kan? Saya paling takut kalau luka jadi gatal, bernanah atau lambat kering… lagi parah. Ada juga orang pesan jangan minum air banyak2 sangat. nanti lambat baik. Wallahualam… saya tak pasti kesahihannya. Anak saya minum macam biasa, sederhana sahaja. Takut juga kalau tahan2 sangat minum nanti kencing tak lawas, sakit pula bila nak buang air kecil.
  2. Berpantang dari segi aktiviti lasak. Ada sesetengah budak lepas 3 hari dah baik katanya, boleh berlari bagai. Tetapi berjaga2 lah juga ya… jangan eksen sangat. Ada juga kes yang lepas 3 hari nampak dah ok, terus pergi jalan2 ke zoo la, beriadah la, berenang la.. lepas tu bentan pula dan luka berdarah kembali. Seelok2nya bagi la lebihan hari untuk berehat. Buat aktiviti yang santai2 sahaja.
  3. Cara2 mencuci saya rujuk kepada artikel tulisan Dr Azwan di blognya: “sewaktu kencing, tekan tisu di sekeliling agar kemaluan itu sedikit terkeluar. Lepas itu cuci sahaja dengan air bersih dan lap kering-kering” (tajuk artikel: Berkhatan Untuk Kanak-kanak Obes) .
  4. Cara suami saya memakaikan kain untuk anak saya agar tangan tidak perlu sentiasa memegang kain. Mudah untuk bergerak dan duduk sambil tangan bebas melakukan apa jua kerja. Tak ada la asik berbaring aje macam budak2 zaman dulu. Yang bagusnya, ia menghasilkan pengudaraan yang baik. Bahan2 yang diperlukan: penyangkut baju bentuk no 8, tali pinggang & kain pelikat.
  5. Bengkok kan hanger ikut bentuk badan dan masukkan tali pinggang.

    Pakaikan hanger di bahagian badan menggunakan tali pinggang.

    Sarung kain pelikat dan ikat macam biasa. Tadaaa!! Dah siap… boleh pegang ipad dengan selesa🙂

    6. Untuk waktu tidur / berbaring pula, kami guna cara ini. Kalau rumah moden sekarang siling tinggi, pasti susah nak sangkut tali buat ikat kain. Bahan2 yang diperlukan: Play Gym Baby bentuk segitiga di hujung & selimut.

    Letakkan selimut di atas Play Gym Baby. Anak yang bersunat tu tak perlu pakai apa2 di dalam selimut. Pengudaraan yang baik amat perlu untuk luka cepat sembuh.

    Jika tidak ada Baby Gym, boleh juga guna tripod kamera untuk gantikannya🙂. Guna tali untuk ikat kain pada batang tripod yang ditengah2.

    NOTA TAMBAHAN:

  1. Sepanjang tempoh anak saya berkhatan suami saya yang menjaganya. Biar le dia orang… hal2 orang lelaki kan. Inilah waktunya untuk mengeratkan lagi hubungan ayah dan anak (father-son bonding time).
  2. Pengudaraan yang baik penting untuk luka cepat kering. Oleh sebab ini anak saya memang pakai kain sepanjang tempoh pemulihan. Waktu tidur memang lebih terbuka dengan cara yang digunakan di atas.

12 Comments to “Tip mengurus anak berkhatan”

  1. org kata smart clamp tu bole pakai seluar ke?

  2. Tiba giliran kami pula yang lalui zaman anak lelaki berkhatan,nak tanya dari segi bab makanan anak berkhatan, boleh ker bagi diorang nih makan sup ikan haruan,bagi luka cepat baik…

  3. Pesan abah saya, ikan yg boleh makan waktu pantang anak lelaki ialah haruan, tenggiri, selar dan talang. Kaedah hanya rebus atau bakar shj. Rebus pakai asam keping dan garam, nk boh serai dan sikit bwg besar boleh bg rasa. Minum air suam atau teh O. Biskut kering boleh makan. Lepas cuci luka kasi kering boleh bubuh minyak gamat, nak cepat sembuh luka. Abah pesan mmg kena pantang mcm org bersalin sebab nk bg luka cepat kering dan sembuh.

  4. good info. Tksih…mohon share di fb saya ye puan…

  5. assalamualaikum..3 org anak sy akan berkhatan 23/11 ni. Tq for this good info. Sy nak minta izin share di blog sy boleh? Tq

  6. Assalamualaikum puan Yati yang budiman. Sungguh bermanfaat article puan ni. Anak sulung saya juga (8 tahun) akan berkhatan pada 6 December ni. Tapi saya, ibu dan bapa saya yang sepenuhnya akan menjaganya kerana suami saya (bapanya) sudahpun meninggal dunia tahun lepas. Doakan yang terbaik untuk kami anak beranak ya supaya semuanya dipermudahkan, ameen…

  7. assalamualaikum sis..tq sbb bg info yg berguna utk sy kongsikan..hari nie masuk ari kedua ank sy dlm pantang bersunat..kdg2 pening jgk x tau nk bg mkn apa..sbb nie baru 1st time sy jaga..ayahnya lak outstation..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: