Walimatul Urus Yang Istimewa

by Yati Yusof

Saat saya membaca kad undangan ke majlis perkahwinan ini (merujuk kepada gambar kad di atas), suatu perasaan gembira dan menyenangkan menyelinap ke dalam diri. Saya begitu berkobar2 untuk memastikan diri ini dapat hadir tepat pada waktu untuk majlis anak kenalan saya. Ianya sungguh istimewa dan berbeza dari yang pernah saya dapat sebelum ini. Saya bertanya juga pada diri sendiri, adakah Ustaz Hasrizal yang terkenal dengan buku ”Aku Terima Nikahnya” yang menjadi tarikan? Adakah semangat yang sama akan lahir jika ustaz jemputan untuk tazkirah tersebut dari kalangan ustaz yang kurang dikenali? Wallahualam…. harapnya bukanlah kerana ada ustaz selebriti🙂.

Fizikal kad ini tak banyak beza dari yang pernah saya dapat sebelumnya. Istimewanya adalah pada aturcara majlis. Alhamdulillah… sudah ada yang mahu mengubah trend.

Pertama sekali, apa yang saya suka mengenai kad ini adalah doa yang ditulis di selitkan nama pasangan bakal pengantin. Secara tak langsung apabila kita membacanya, kita akan mendoakan terus untuk pasangan itu. Keduanya, tak lain tak bukan adalah dengan adanya majlis ilmu yang ringkas buat tetamu yang hadir. Buah tangan yang bermanfaat untuk tetamu. Ketiganya, tetamu diingatkan dengan tuntuan agama Islam dalam berpakaian, dimana tema pakaian adalah yang sopan dan menutup aurat. Akhir sekali, tertera di kad itu ingatan solat untuk semua dengan menyatakan waktu masuk solat zohor. Agar yang hadir tidak culas menunaikan tuntutan yang satu ini…

Semoga lebih ramai umat Islam diberikan hidayah untuk mengadakan majlis seumpamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: