Hari Ibu / Mother’s Day

by Yati Yusof

Sejak dah keluar fatwa Valentine’s Day haram diraikan oleh umat Islam, saya ada juga terfikir bagaimana pula dengan ‘hari2 istimewa’ yang lain, contoh: Hari Ibu. Tup2 ternampak seorang kawan share youtube Ustaz Azhar Idrus berkenaan sambutan Hari Ibu:

Hmmm fikir2lah ya wahai umat Islam. Memanglah murni niatnya untuk meraikan seorang ibu, tetapi cara Islam maksud Ustaz Azhar Idrus ni bukanlah dengan budaya baru yang ramai di antara kita amalkan sekarang. Bukan setahun sekali. Lepas tengok youtube ni cepat2 saya update anak2 dan suami. Rupa2nya anak perempuan saya (10 tahun) dah siapkan hadiah untuk diberikan kepada saya. Dia tengah tunggu hari je nak beri hadiah tu. Bila saya update mengenai hukum sambutannya dia terus bagi hadiah dan kad yang dibuat masa tu juga (bukan pada Hari Ibu yang sebenar). Terharu juga dengan ingatannya, tetapi saya highlight juga yang saya bukan nak hadiah tu semua. Saya lebih gembira sekiranya mereka buat benda2 yang menyenangkan hati saya seperti solat tanpa disuruh dan tidak meninggalkan suruhan Allah yang lain, doakan yang baik untuk ibu bapa, tak membantah / meninggikan suara dengan ibu bapa, tak bergaduh adik beradik, rajin tolong ibu buat kerja rumah dan macam2 lagi lah…. (banyak sangat ceritalah ibu ni kan….). Saya sedar juga, cara saya berkomunikasi dengan anak2 kena betul. Kena selalu banyangkan jika kita di tempat mereka bagaimana arahan yang lebih sedap didengar. Janganlah pulak macam diktator.

Sejak dua menjak ni, sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan hari2 seumpamanya mendapat publisiti yang luar biasa di Malaysia (terutama di bandar2). Macam2 promosi ada untuk kita raikan orang yang tersayang kununnya… tapi tanpa kita sedari sebenarnya kita dah dipergunakan. Hari Ibu (bulan Mei) contohnya dah jadi bulan untuk peniaga meraih lebih keuntungan. Masa ni la peniaga2 boleh buat extra duit dengan macam2 produk. Otak kena kreatif cari peluang. Cikgu2 sekolah pun boleh tahan…. anak saya beli sekuntum bunga ros plastik & coklat dari gurunya yang memang menjual sempena Hari Ibu. Hrmmmm…. dulu masa saya sekolah rendah tak ada ini semua. Kecik2 dah dilatih untuk menjadi penyumbang kepada ekonomi negara. Peniaga2 ni pandai juga mainkan emosi kita. As if kalau kita buat dek je dengan promosi2 yang ada ni, macam la kita tak hargai orang2 yang kita sayang.

Apa2 pun wahai pembaca sekalian, sila tengok syarahan Ustaz Don yang pasti membuatkan air mata anda berguguran… Biar anak tidak memberikan kita material yang gah, tapi doanya sering dititipkan buat ayah dan ibu… Kita ibu bapa kena betul mendidik mereka juga… (mode: self check — apa yang telah aku lakukan pada anak2ku)

Leave a comment