Archive for April, 2012

April 28, 2012

Walimatul Urus Yang Istimewa

by Yati Yusof

Saat saya membaca kad undangan ke majlis perkahwinan ini (merujuk kepada gambar kad di atas), suatu perasaan gembira dan menyenangkan menyelinap ke dalam diri. Saya begitu berkobar2 untuk memastikan diri ini dapat hadir tepat pada waktu untuk majlis anak kenalan saya. Ianya sungguh istimewa dan berbeza dari yang pernah saya dapat sebelum ini. Saya bertanya juga pada diri sendiri, adakah Ustaz Hasrizal yang terkenal dengan buku ”Aku Terima Nikahnya” yang menjadi tarikan? Adakah semangat yang sama akan lahir jika ustaz jemputan untuk tazkirah tersebut dari kalangan ustaz yang kurang dikenali? Wallahualam…. harapnya bukanlah kerana ada ustaz selebriti :).

Fizikal kad ini tak banyak beza dari yang pernah saya dapat sebelumnya. Istimewanya adalah pada aturcara majlis. Alhamdulillah… sudah ada yang mahu mengubah trend.

Pertama sekali, apa yang saya suka mengenai kad ini adalah doa yang ditulis di selitkan nama pasangan bakal pengantin. Secara tak langsung apabila kita membacanya, kita akan mendoakan terus untuk pasangan itu. Keduanya, tak lain tak bukan adalah dengan adanya majlis ilmu yang ringkas buat tetamu yang hadir. Buah tangan yang bermanfaat untuk tetamu. Ketiganya, tetamu diingatkan dengan tuntuan agama Islam dalam berpakaian, dimana tema pakaian adalah yang sopan dan menutup aurat. Akhir sekali, tertera di kad itu ingatan solat untuk semua dengan menyatakan waktu masuk solat zohor. Agar yang hadir tidak culas menunaikan tuntutan yang satu ini…

Semoga lebih ramai umat Islam diberikan hidayah untuk mengadakan majlis seumpamanya.

April 25, 2012

Pesuruhjaya Sumpah / Commissioner For Oaths

by Yati Yusof

Tak penah saya ambil ‘pot’ mengenai hal2 angkat sumpah (bahasa pasar org2 tua). Tapi duluuuuu (dh lamaaaa masa zaman nak melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti) ada la pernah guna khidmat Pesuruhjaya Sumpah (PS) ni. Tapi itu pun di Muar, ayah yang tunjukkan kat mana nak cari. Di bandar kecil senang aje nak jumpa.

Tiba2 hari ni saya memerlukan khidmat PS sekali lagi… di KL pulak tu… uhuhu mana nak cari ni? Staff pejabat di mana saya berurusan tadi ada la beri tahu PS yang berdekatan. Tapi memandangkan skill mengingat jalan saya sekitar bandaraya KL ni amatlah kurang, jadi saya tak berhasrat untuk cari serta merta PS yang dimaksudkan. Dah la terlupa nak bawa GPS. Baik saya balik rumah dulu dan fikir strategi yang lebih mudah dengan kemahiran yang saya ada. Saya lebih rela cari PS di luar bandaraya KL biar sampai ke Bangi atau Putrajaya, asal tidak di tengah2 kesibukan kota KL ni. Urghhhh sungguh tidak suka jam! Salah lorong jer, terus dah masuk jalan yang tidak diingini. Dah lama saya meninggalkan aktiviti ini…

Balik rumah saya terfikir untuk google. Walaupun selalunya PS ni buka meja kecil je di kaki lima kedai2, mana nak tau ada website kan… Cari , cari, alhamdulillah…. jumpa juga maklumat PS yang terdekat dengan Bandar Kinrara. Ada satu di Puchong Jaya (info dapat dalam forum, takde website pun). Saya cuba call nak tau masih aktif ke PS ni. Mujur masih aktif, cuma pejabatnya dah berpindah ke Petaling Jaya. Ok la tu… sekurang2nya saya tak perlu meredah KL. Menurut PS tu, satu dokumen RM4. Yeay!! Esok saya akan mencarinya dengan bantuan GPS.

(Keesokan harinya…)

Alhamdulillah…. selesai sudah agenda mencari PS. Tak susah nak cari pejabat di Petaling Jaya tu. Kalau tak ada GPS memang tak confident juga saya nak redah sebab memang tak biasa pergi kawasan tu. Setakat ni GPS memang harus saya guna terutama ke tempat2 yang tak biasa pergi dan ketika memandu sendiri. Apa2 hal kalau dah tak jumpa sangat destinasi yang dituju, tekan ‘home‘ balik rumah.

Bagi anda yang mencari khidmat Pesuruhjaya Sumpah kawasan sekitar Petaling Jaya, di bawah adalah butir2nya:

34, Jalan SS2/67, Petaling Jaya. (dekat Hong Leong Bank, pejabatnya di tingkat 2)

017 2150100

Waktu operasi: Hari kerja 8am-4.45pm , Sabtu 9am-12tghari.

 

Pesuruhjaya Sumpah yang lain:

1) Putrajaya:

Bangunan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), pejabatnya di ground floor bangunan, bersebelahan mini mart.

No 20, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

 

 

April 13, 2012

PERMOHONAN PENDAFTARAN KEMASUKAN KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2013 & 2014

by Yati Yusof

Hebahan penting buat ibubapa di Selangor yang mempunyai anak berusia 5 tahun (pada tahun 2012 = lahir pada tahun 2007) yang akan memulakan alam persekolahannya pada tahun 2014:

Jabatan Pelajaran Selangor telah membuka talian (online) untuk pendaftaran sekolah bagi tahun ini. Pendaftaran hendaklah dibuat mulai 01 Mac 2012 sehingga 30 April 2012. Sila klik link ini untuk ke laman tersebut

 http://apps.moe.gov.my/esppsel/  .

Pejam celik, pejam celik tak perasan ‘anak bungsu’ saya dah nak masuk ke alam persekolahan tak lama lagi. Kami sekeluarga masih lagi menganggap ‘adik’ macam baby. Tiga minggu yang sudah, saya terserempak dengan seorang ibu di sekolah anak sulung saya. Kenalan baru tersebut baru sahaja mendaftar sekolah anaknya untuk sesi persekolahan 2014. Mujurlah ada yang mengingati… saya hampir lupa. Tahun lepas dah ingat, tetapi waktu itu pendaftaran tahun 2014 belum dibuka lagi. Tak tahu pula pendaftaran online tu ada tempoh masa, 2 bulan sahaja pulak tu. Hmmm…. sifat melengah2kan pekerjaan ni memang susah betul nak buang. Nak masuk sebulan tahu mengenai pendaftaran online tu, baru kelmarin saya menggesa diri untuk ke laman web yang diberi oleh kenalan tu. Agak terkejut juga saya kerana ada 2 minggu lebih sahaja lagi tempoh untuk mendaftar. Katanya pendaftaran selepas dari 30 April dikira lewat dan mungkin akan mengalami kesukaran tertentu. Yang pasti saya tak mahu terlewat. Kalau lewat, berkemungkinan anak saya tak dapat tempat di sekolah yang dipilih. Cepat, cepat, daftarlah anak anda segera!

Ooops, buat tambahan:

lepas dah daftar online, sila print butir2 yang dimasukkan dan bawa print out tersebut ke pejabat sekolah beserta dokumen2 di bawah:

  • Sijil Asal Surat Beranak Anak dan salinan
  • Kad Pengenalan Ayah dan Salinan
  • Kad Pengenalan Ibu dan Salinan
  • Sijil Asal Nikah dan Salinan
  • Bil Api/Air berserta salinan
  • Sampul surat panjang beserta setem 60 sen (untuk kegunaan sekolah memaklumkan kita mengenai permohonan tersebut)