Archive for February, 2011

February 21, 2011

Sambungan dari ‘Dilema nak berhenti kerja atau tidak’

by Yati Yusof

 

Keputusan ini bukan main2 kerana ia akan memberi kesan yang besar kepada keluarga anda. Oleh itu sebelum meneruskan niat, fikir dan timbanglah semasak2nya kelebihan & kekurangan keputusan yang bakal diambil. Antara perkara2 yang perlu anda fikirkan dan bincang dengan pasangan:

1. Kenali diri anda sebelum membuat keputusan. Mengapa anda mahu menjadi surirumah sepenuh masa?

INGAT: menjadi sahm bukanlah mudah. Malah ianya lebih memenatkan jika dibandingkan kerja2 dipejabat sekiranya anda tidak mahir didalam hal2 menguruskan masa, menguruskan aktiviti harian serta kaedah2 mengurus rumah yang cepat, pantas dengan hasil yang baik. Untuk menjadi seorang surirumah yang berjaya ilmu perlu ada. Pastikan anda bersedia untuk menghadapi saat2 sukar dan mahu belajar dalam mencari jalan penyelesaian, bukannya mengalah, terus menerus stress dan akhirnya kecewa.

2. Kenali suami anda.

Adakah dia seorang yang kedekut? Jika ya, fikirlah masak2 dan banyak kali. Jangan sampai makan hati bila dah berhenti kerja nanti. Ini bukan nasihat yang positif sebenarnya :). Jika suami anda kedekut, pastikan anda bekerja di rumah (work-at-home-mom=wahm) bukan setakat sahm sahaja. Cari peluang2 yang ada untuk menjana pendapatan sampingan.

Adakah suami anda ringan tulang di rumah? Jika ya, anda harus bersyukur banyak2. Pastikan sifat ini berterusan walaupun anda surirumah sepenuh masa. Ini harus ditekankan kepada suami. Ada masanya anda juga perlu masa untuk diri sendiri. Jangan sampai mengabaikan diri sendiri apabila memilih untuk berada di rumah. Ketrampilan serta kesihatan diri perlu dijaga. Jangan lupa ‘Me-Time’ di dalam jadual harian atau mingguan anda.

3. Buat list kebaikan / kelebihan dan keburukan / kekurangan jika anda berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Buat perbandingan… bahagian mana yang lebih panjang list? Cuba fikirkan alternatif atau jalan keluar atau perkara yang anda patut buat untuk menjadikan fakta ‘keburukan’ itu menjadi tidaklah seburuk mana sekiranya anda benar2 ingin berhenti kerja. Pendapat peribadi saya, jika list keburukan /kekurangan lebih panjang daripada list kebaikan, lebih baik anda terus bekerja sahaja.

  • Contoh (1) cara2 nak atasi faktor2 didalam list ‘kekurangan’

Kekurangan:  Bila berhenti kerja anda tidak akan dapat gaji bulanan. Adakah ini bermakna anda tidak dapat berbelanja untuk keperluan diri sendiri lagi / tak akan merasa ada duit sendiri langsung?

Jalan keluar: Buat perjanjian dengan suami agar dia memberi elaun bulanan kepada anda. Misalannya RM1000 potongan tetap dari gajinya terus ke dalam akaun anda setiap bulan. (mungkin jumlah ini tidak sebanyak gaji bulanan anda, tetapi percayalah bahawa jumlah ini sebenarnya cukup untuk membiayai keperluan wajib anda eg. bayar pinjaman pengajian (jika ada…), bagi ibubapa, simpanan etc. Kata kunci: jangan bermewah2…)   

  • contoh (2)

Keburukan: Orang sekeliling anda mungkin akan mengeluarkan kenyataan2 negatif yang menyakitkan hati atau mungkin juga menggoyahkan pendirian anda.

Jalan keluar: BERSIAP SEDIALAH!!! Anda memang akan mendengarnya. Tetapkan hati anda. Sekiranya sahm adalah keputusan anda, bulatkan hati dan jangan berpaling lagi. Jauhi kata2 “KALAULAH AKU….”. Mula2 anda mungkin akan berasa hati dan sedih. Lama2 anda akan lali…. dan insyaAllah anda akan lebih berkeyakinan sekiranya anda berusaha dan berfikir yang positif2 sahaja. Anda tidak perlu menjawab atau membidas kata2 orang. Kadang kala diam dan senyum sahaja adalah lebih baik.

4. Faktor kewangan keluarga. Anda harus dan wajib berbincang sedalam-dalamnya hal ini dengan suami anda.

  • buat kiraan terperinci duit masuk dan duit keluar bagi keluarga setiap bulan. Saya akan berikan contoh worksheet yang boleh digunapakai untuk membuat kiraan ini di post yang lain. Kenal pasti gaji bulanan yang anda suami isteri dapat dan dihabiskan untuk apa. Selepas itu, kenal pasti juga wang gaji anda (bukan gaji suami) banyak dihabiskan untuk apa. Berapa peratuskah daripada gaji anda digunakan untuk perbelanjaan keluarga?
  • buat list perbelanjaan yang boleh dikurangkan sekiranya anda berada dirumah eg. perbelanjaan pengasuh, van sekolah, transport anda ke tempat kerja, makan anda di tempat kerja, belanja sekolah anak2 (sebab boleh bawa bekal), tuisyen (mungkin anda boleh mengajar anak2 anda sendiri) dll.
  • tahukah anda bahawa walaupun pendapatan seisi rumah berkurangan, perbelanjaan rumah juga dapat dikurangkan sekiranya anda tidak bekerja. Jadi sebenarnya anda tidak harus sampai ikat perut dan hidup semakin susah. Kata kunci: Perbelanjaan perlulah berhemah. Jika kita ikhlas dan redha dengan apa yang kita ada, insyaAllah anda tidak rasa kekurangan dan tersepit. Rezeki dari Allah swt bukan dalam bentuk wang semata.

5. Apakah goal anda di dalam hidup (jangka panjang dan jangka pendek)? Jadikan goal ini sebagai sesuatu untuk dikejar dan dicapai. Walaupun berada di rumah, jangan biarkan diri anda tenggelam di dalam kerja2 rumah yang tiada penghujungnya itu. Ambil masa untuk belajar skil2 dan ilmu2 baru. Dalami hobi dan ilmu2 yang anda tak berkesempatan buat semasa bekerja dahulu. Skil2 dan hobi2 boleh membantu anda menjana pendapatan sampingan. Selain daripada itu, apabila anak2 sudah besar, aktiviti sedemikian tidak akan membiarkan diri dan otak anda pasif.

SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA !

February 15, 2011

Belanjawan Bulanan Seisi Rumah

by Yati Yusof

Sebenarnya saya nak buat contoh belanjawan ringkas ni dalam bentuk worksheet. Tapi memandangkan ‘saya budak baru belajar’ di arena blogging ni, tak jumpa pula macamana nak masukkan worksheet dalam post. Maka saya ringkaskan sahaja contoh listing yang boleh anda buat. Jika anda boleh hasilkan sesuatu yang lebih baik dari ini, lagi bagus. Ini listing ringkas dan cepat supaya anda boleh dapat bayangkan ke mana perginya duit anda setiap bulan.

A) (+) DUIT MASUK

  • gaji suami
  • gaji isteri
  • komisyen @ pendapatan dari sumber lain

B) * (-) WANG SIMPANAN (diasingkan dahulu)

C)(-)  DUIT KELUAR

  • bil tetap : air, letrik, telefon, astro
  • bayaran tetap pinjaman: kereta, rumah, pinjaman PTPTN
  • anak2: pengasuh, van sekolah, tuisyen, duit sekolah (contoh anggaran: RM3 x 3 org anak x 20 hari)
  • petrol / transport ke tempat kerja
  • perubatan
  • makan: suami & isteri di tempat kerja, makan di luar bagi keluarga
  • belanja dapur / rumah 
  • hiburan / rekreasi keluarga
  • pakaian

FORMULA:  JUMLAH A-B-C= baki bulanan (boleh ditambahkan kepada duit simpanan / tak ada baki: cukup2 makan / negative

balance??? oh tidakkk….)

NOTA:

  • sila tambah dan buang item2 yang perlu atau tidak perlu bagi belanjawan keluarga anda. Diatas adalah sebagai contoh semata2.
  • tulis di sebelah setiap item perbelanjaan sumber wang yang digunakan (samada dari gaji isteri atau suami). Gunakan pen warna yang berbeza agar mudah nampak. Dari sini, anda (isteri) boleh lihat berapa peratuskah gaji anda digunakan untuk perbelanjaan seisi rumah dalam tempoh sebulan.
  • buat kesimpulan dari worksheet. Sekiranya perbelanjaan yang digunakan dari gaji isteri lebih kepada hal2 pengasuh anak2, keperluan anak2 seperti susu / lampin pakai buang / duit sekolah (bagi anak2 yang bersekolah), duit transport ke tempat kerja (isteri shaja), makan di tempat kerja (isteri sahaja), pakaian kerja dan kosmetik; saya kira kos2 ini tidak akan membebankan sekiranya isteri tidak bekerja. Kenal pasti perbelanjaan yang boleh dikurangkan sekiranya isteri tidak bekerja.
February 15, 2011

Dilema nak berhenti kerja atau tidak?

by Yati Yusof

Isu kali ini berkait rapat dengan post sebelumnya. Ini adalah proses permulaan bagi seseorang yang benar2 mempunyai niat untuk bertukar kerjaya, dari seorang yang makan gaji kepada seorang ibu yang berada di rumah menguruskan keluarga (stay-at-home-mom = sahm). Soalan ini sememangnya menyesakkan kepala. Biar saya buatkan list dan brainstorm sikit2 untuk anda. Mana nak tau ianya boleh membantu mengurangkan sesakan lalu lintas di benak dan kepala mu itu.

Faktor yang membuat ramai wanita bekerja takut menjadi sahm:

  • Masalah kewangan mungkin berlaku selepas berhenti kerja. Ye lah, kalau suami isteri bekerja, ada dua pendapatan. kalau isteri tak bekerja, pendapatan tinggal satu. Duit untuk kegunaan seisi rumah semakin sedikit la maknanya (hakikatnya tidaklah selalunya begitu. Mengapa saya katakan tidak? persoalan ini akan dihuraikan kemudian). Boleh survive ke??
  • Tidak dapat pegang duit sendiri lagi. Kalau nak beli apa2 semua kena mintak pada suami dulu. Bukan setakat minta duit sahaja ye, kena minta izin juga. Kalau tak dapat approval, terkulat2 lah kita….
  • Takut hilang identiti….. kalau bekerja, wanita ada pegang title lain selain dari ibu dan isteri. Perasaan ini meningkatkan keyakinan diri sesetengah wanita.
  • Bagi yang mempunyai kelayakan (ada degree atau lebih tinggi dari itu), mungkin akan berasa sayang untuk melepaskan gaji dan kedudukan yang ada ditempat kerja setelah bekerja keras bukan sahaja dari segi masa, malah juga wang untuknya.
  • Hidup kurang ‘selamat’ bila tidak bekerja?? Ya, ramai yang berasa tidak selamat jika isteri bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami (memang benar pun…). Apa akan jadi jika suami meninggal dunia atau berlaku perceraian (mintak dijauhkan la ye…)?
  • Tak sanggup nak dengar cemuhan orang sekeliling terutamanya dari orang2 terdekat seperti dari keluarga sendiri atau saudara mara. Kata2 biasa…. “penat aje belajar tinggi2…. lepas tu duduk rumah jaga anak” atau sekadar “rugiiinyaaa!”.

Ok, cukuplah tu…. tak perlu banyak2, nanti lagi sesak dada :). Macamana nak keluar dari dilema ini? Jawabnya, kenalah buat keputusan, buat pilihan…. macamana nak buat keputusan? huhuh takutnya nak menanggung risiko….. Saya akan cuba bagi idea macaman nak buat keputusan ini di post yang lain. Daaa…..