Dilema nak berhenti kerja atau tidak?

by Yati Yusof

Isu kali ini berkait rapat dengan post sebelumnya. Ini adalah proses permulaan bagi seseorang yang benar2 mempunyai niat untuk bertukar kerjaya, dari seorang yang makan gaji kepada seorang ibu yang berada di rumah menguruskan keluarga (stay-at-home-mom = sahm). Soalan ini sememangnya menyesakkan kepala. Biar saya buatkan list dan brainstorm sikit2 untuk anda. Mana nak tau ianya boleh membantu mengurangkan sesakan lalu lintas di benak dan kepala mu itu.

Faktor yang membuat ramai wanita bekerja takut menjadi sahm:

  • Masalah kewangan mungkin berlaku selepas berhenti kerja. Ye lah, kalau suami isteri bekerja, ada dua pendapatan. kalau isteri tak bekerja, pendapatan tinggal satu. Duit untuk kegunaan seisi rumah semakin sedikit la maknanya (hakikatnya tidaklah selalunya begitu. Mengapa saya katakan tidak? persoalan ini akan dihuraikan kemudian). Boleh survive ke??
  • Tidak dapat pegang duit sendiri lagi. Kalau nak beli apa2 semua kena mintak pada suami dulu. Bukan setakat minta duit sahaja ye, kena minta izin juga. Kalau tak dapat approval, terkulat2 lah kita….
  • Takut hilang identiti….. kalau bekerja, wanita ada pegang title lain selain dari ibu dan isteri. Perasaan ini meningkatkan keyakinan diri sesetengah wanita.
  • Bagi yang mempunyai kelayakan (ada degree atau lebih tinggi dari itu), mungkin akan berasa sayang untuk melepaskan gaji dan kedudukan yang ada ditempat kerja setelah bekerja keras bukan sahaja dari segi masa, malah juga wang untuknya.
  • Hidup kurang ‘selamat’ bila tidak bekerja?? Ya, ramai yang berasa tidak selamat jika isteri bergantung sepenuhnya kepada pendapatan suami (memang benar pun…). Apa akan jadi jika suami meninggal dunia atau berlaku perceraian (mintak dijauhkan la ye…)?
  • Tak sanggup nak dengar cemuhan orang sekeliling terutamanya dari orang2 terdekat seperti dari keluarga sendiri atau saudara mara. Kata2 biasa…. “penat aje belajar tinggi2…. lepas tu duduk rumah jaga anak” atau sekadar “rugiiinyaaa!”.

Ok, cukuplah tu…. tak perlu banyak2, nanti lagi sesak dada🙂. Macamana nak keluar dari dilema ini? Jawabnya, kenalah buat keputusan, buat pilihan…. macamana nak buat keputusan? huhuh takutnya nak menanggung risiko….. Saya akan cuba bagi idea macaman nak buat keputusan ini di post yang lain. Daaa…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: