Archive for April, 2011

April 27, 2011

Tips melegakan pernafasan bayi yang berkahak

by Yati Yusof

Baru2 ini seorang kawan saya begitu runsing memikirkan cara untuk mengubati dan mengurangkan ketidak selesaan bayinya yang diserang batuk berkahak dan selsema. Bayinya yang belum pun berumur 1 tahun itu nyaris dimasukkan ke hospital. Bronchitis dan pneumonia adalah antara penyakit lanjutan dari batuk berkahak dan selsema yang kerap menyerang bayi dan kanak2. Semasa anak2 saya masih bayi mereka juga pernah diserang penyakit2 ini. Saya berpengalaman menjaga anak sulung di hospital selama seminggu gara2 bronchitis. Ianya memang sesuatu yang tidak ingin saya lalui lagi. Di sini ingin saya berkongsi tips untuk melegakan ketidak selesaan batuk selsema bagi bayi dan kanak2 dan mengurangkan kahak (di samping ubat-ubatan yang doktor bagi). Tips2 ini ada yang diperolehi dari tunjuk ajar doktor2 yang pernah mengubati anak2 saya, bahan bacaan dan juga petua org tua2 dan kawan2.

1.  Mandikan dengan air suam (anak kecil lebih2 lagi yang belum mencecah umur 2 thn, eloklah dimandikan dgn air suam walau dalam keadaan sihat).
2. Keluarkan kahak slps mandi air suam lebih mudah kerana kahak / hingus agak cair waktu ini.
Cara keluarkan kahak:
– sedut cara manual guna mulut (saya kurang arif cara ini. Jadi tak boleh nak ulas lanjut. Pernah cuba tapi tidak berjaya).
– sedut gunakan tiub penyedut hingus (sila lihat gambar yang saya sertakan di atas. Saya rekemen yang ini, jenama Pigeon. Mudah digunakan serta lumayan hasilnya 🙂 ) 
3. Wapkan bayi. Caranya: masukkan air panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam 1 bekas yang agak lebar. Titiskan minyak yu yi atau minyak2 jenama lain yang seumpamanya ke dalam air panas. Bawa muka bayi dekat dgn wap air, (selubungkan kain atas kepala agar wap lebih tertumpu pada muka bayi. Kalau boleh muka anda masuk sekali untuk memastikan keselamatan bayi). Hati2 kerana air panas. – hasilnya: melegakan rongga2 pernafasan.
4. Tepuk2 bahagian belakang dan hadapan badan bayi dengan tapak tangan. Caranya: Bentukkan tangan anda seperti mangkuk, dan tepukkan badan anak anda. Gerakkan tangan perlahan2 sambil menepuk seluruh kawasan badan anak. Bunyinya memang agak kuat, tetapi tidak menyakitkan anak.
5. Bagi bayi di bawah umur 1 tahun, biasanya doktor tidak galakkan untuk diberikan madu atas faktor alahan. Untuk anak yang melebihi 1 tahun umurnya, boleh campurkan secamca madu dengan 200ml air suam dan berikan pada anak. Bagi anak yang sudah besar, boleh dimakan terus dari camca. Pastikan tidak menggunakan camca besi. Gunalah sudu dari bahan plastik / kayu. (Nasihat dari pengusaha2 madu).
6. Makanan lain yang boleh mngurangkan penghasilan kahak (untuk bayi yang sudah boleh makan): buah prune, prune jus dan kurma. Pisang dan buah-buahan tropika eloklah dijauhi buat sementara waktu.

7. Selepas mandi, sapukan tapak kaki bayi dengan minyak telon / yu yi / vicks atau apa2 yang seumpamanya (pastikan selamat untuk umur bayi) dan pakaikan stokin.

8. Untuk meredakan selsema hidung tersumbat, boleh juga amalkan petua orang lama ini: ambil kunyit basah sebesar ibu jari (bukan serbuk), asah hujungnya pada lesung batu hingga terbit air kunyit. Sapukan kunyit yang diasah tadi pada batang hidung anak.

Semoga anak2 kita sihat dan dapat melakukan aktiviti harian mereka dengan cemerlang.

Advertisements