Archive for November, 2011

November 30, 2011

Tip untuk ibu bapa yang anaknya berpotensi hilang di tempat awam

by Yati Yusof

Saya maklum, ramai di antara kita yang mempunyai anak berumur 2-6 tahun yang lasak, tak tau duduk diam. Pasti sukar untuk membawa mereka ke tempat2 awam untuk membeli belah, makan2, melancong dan sebagainya. Anak2 yang lasak biasanya tidak suka untuk berada di satu2 tempat terlalu lama (kecuali tempat permainan) dan melakukan satu2 aktiviti terlalu lama. Mereka sukakan kebebasan. Kes2 ibubapa yang kehilangan anak selalunya terjadi di pusat2 membeli belah yang ramai pengunjung waktu2 mega sale atau waktu2 persediaan perayaan . Untuk memastikan anak anda selamat di tempat2 ini, saya cadangkan:

  • Pakaikan anak anda tag nama. Pada tag itu tulis / taipkan nama dan nombor telefon anda untuk dihubungi sekiranya anak hilang dari pengawasan anda. Tag ini boleh digantung di leher anak (guna tali yang selalu digunakan untuk pas masuk ke pejabat) jika anak anda tidak rimas dan tidak membuangnya. Alternatif kepada rantai leher, gunakan sticker dan lekatkan di baju anak. Ataupun tuliskan pada sekeping kertas atau kad dan selitkannya di kocek seluar anak (jika baju mereka mempunya kocek).
  • Sekiranya anda ke luar negara bersama keluarga dan anak anda belum boleh berbahasa Inggeris dengan fasih / bahasa yang digunakan di negara tersebut, buat sekeping kad dwibahasa yang mengandungi nama anak, nama ibu/bapa dan no telefon dan gantungkan kad ini di leher anak (jika bahasa perantara negara itu bukan bahasa Inggeris, seperti di Jepun atau Italy).
  • Pesan pada anak apa yang harus dilakukan sekiranya mereka rasa sudah terpisah dari anda: cuba cari pengawal keselamatan untuk membantu (sebelum itu anda perlu menunjukkan kepada anak anda uniform yang biasa dipakai oleh polis atau pengawal keselamatan), jangan pergi jauh dari tempat terpisah kerana anda akan pasti mencari mereka, tunjukkan kepada mereka Help Desk atau kaunter yang berpotensi untuk memberikan pertolongan, dapatkan pertolongan dari orang sekitar yang berkeluarga (ada ayah, ibu dan anak – orang2 tak dikenali sebegini secara logiknya lebih boleh dipercayai dan selalunya punya empati untuk menolong… wallahualam..)  

Advertisements
November 19, 2011

Aktiviti cuti sekolah

by Yati Yusof

Kali ini saya ingin berkongsi isi artikel Dr. Tengku Asmadi dalam majalah Anis keluaran November 2011: Tip Isi Masa Anak Selepas Periksa. Beliau telah meringkaskan apa yang selalu bermain di fikiran saya terutama bila cuti sekolah hujung tahun menjelang tiba. Berilah pendedahan kepada anak2 melalui aktiviti2 yang menekankan faktor2 yang berikut:

  • cari peluang bina bakat anak.

Dalam setiap individu ada kepandaian yang pelbagai. Jangan ingat yang tak dapat A dalam subjek bahasa / maths / science itu tak pandai. Mereka mungkin pandai dalam bidang lain seperti sukan, muzik, komunikasi, memasak, menjahit, bertukang atau hal2 berkaitan alam semulajadi. Carilah X-factor / pupuk bakat anak kita sekarang kerana ianya boleh menjadi punca mata pencarian mereka kelak.

  • siapkan diri anak bagi berhadapan dengan cabaran baru.

Bina keyakinan diri anak dengan cabaran baru yang bakal mendatang terutama anak2 yang bakal melangkah ke alam persekolahan baru seperti ke sekolah menengah (sekolah baru, kelas baru, kawan baru, tahap pembelajaran baru).

  • dedahkan anak dengan pengalaman baru.

Anak2 tidak tahu kebolehan dan kehebatannya sehinggalah dia terdedah dengannya. Contoh: Anak2 yang tidak pernah bermain boling tidak tahu yang dia bagus / berpotensi di dalam sukan itu. Oleh itu, berikan mereka peluang untuk merasai pengalaman itu.

  • bekalkan diri anak2 dengan kemahiran insaniah (soft skill).

Contoh2 kemahiran insaniah: kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, bergaul, memimpin, pemikiran kreatif dan kritis dan penyelesaian masalah. Kemahiran2 ini memerlukan masa untuk dibangunkan dan prosesnya berlaku secara berterusan. Sebahagian daripada kemahiran2 ini datang dari ibu bapa sendiri melalui pergaulan dan percakapan seharian antara kita dan anak2.

Waktu cuti inilah anak2 tidak sibuk dengan akademik, oleh itu mari kita gunakannya untuk membentuk peribadi dan polish kemahiran hidup mereka. Inilah rancangan saya untuk anak2 (11 tahun & 9 tahun) bagi cuti kali ini:

  1. Memasak dengan anak2. Ajar mereka resepi yang simple (semestinya sesuatu yang mereka suka makan dan asas. Mulakan dengan memasak nasi).
  2. Cubaan untuk menjahit – mungkin felt craft.
  3. Mencuci bilik air dan tandas sendiri serta kemahiran hidup yang lain seperti menyidai baju dan melipat baju. (Kita selalu ingat kerja ni mudah kan? Saya memang tak pernah ajar anak2 kaedah mencuci, end up saya yang kena cuci semua bilik air di rumah. Sudah tiba masanya kerja2 ini diagihkan.)
  4. Art & Craft. Aktiviti ni kami sekeluarga memang enjoy, tapi tak pernah luangkan masa betul2 untuk hasilkan sesuatu yang serius.
  5. Mencuba sukan baru (rock climbing, roller blade, kenu).

Harapnya rancangan berjalan lancar….  Oh ya, dalam merancang aktiviti ini semua, jangan terlepas pandang pula hal2 agama. Itu elemen penting yang wajib diperkukuhkan.

November 17, 2011

Aktiviti bersama anak-anak di dalam kereta

by Yati Yusof

Bagaimanakah anda dan keluarga menempuh perjalanan (berkereta) yang jauh iaitu lebih dari 2 jam? Kalau anak2 tidur sepanjang perjalanan mudahlah kerja anda. Kalau tidak, pasti ada yang kebosanan. Tak tentu arah ibubapa jadinya jika anak2 yang bosan mula buat perangai di dalam kereta. Biasanya anak2 kecil (umur prasekolah dan sekolah rendah) menunjukkan kebosanan mereka dengan: komplen, bergaduh sesama adik beradik, menangis, merengek dan mula meminta macam2 yang kadang2 buat kita naik geram. Itulah cara mereka meluahkan perasaan.

Permainan2 ini mungkin boleh membantu mengisi masa perjalanan anda dan dalam masa yang sama pemandu tidak akan rasa mengantuk serta ianya boleh menambah pengetahuan anak2:
1. 5 NAMA
Berikan anak anda soalan2 seperti: Berikan 5 nama tempat yang bermula dengan ‘bukit’ (Bukit Jalil, Bukit Gambir, Bukit Kepong, Bukit Merah, Bukit Fraser dan lain-lain lagi) / Namakan 5 jenis pisang / Namakan 5 jenis ikan / Berikan 5 nama binatang yang terdapat di dalam zoo / Namakan ibu2 negeri di dalam Malaysia / Namakan 5 jenama kereta dan bermacam2 lagi soalan boleh direka berdasarkan peringkat umur anak anda. Ianya boleh dilakukan secara ‘siapa cepat dia dapat’ atau untuk mengelakkan dari pergaduhan berikan mereka giliran.
2. TEKA-TEKI
Anak2 sukakan teka-teki. Jangan tak tahu, anak2 zaman sekarang juga ada teka-teki rekaan mereka sesama rakan2 yang banyak berkisar tentang dunia mereka. Inilah cara terbaik untuk berseronok dan berkongsi gelak ketawa dengan anak2.
3. BIJAK SIFIR
Soal sifir secara rawak kepada anak anda untuk memahirkan lagi sifir mereka.
4. BACA PLAT KERETA / PAPAN TANDA
Permainan ini sesuai untuk anak2 yang baru mula belajar untuk mengenal huruf dan nombor. Minta mereka bacakan plat kereta atau papan tanda di sepanjang perjalanan. Ianya satu latihan untuk mengenal huruf dan nombor tanpa perlu mengadap buku. Sorak dan sambutlah dengan gembira apabila mereka dapat membaca dengan betul. Mereka pasti bangga dan teruja.
5. IDOLA KECIL
Ajaklah anak2 anda menyanyi atau bernasyid bersama2 atau secara solo.
6. HAFAL DOA / SURAH
Anda boleh putarkan cd bacaan doa atau surah2 lazim di dalam kereta dan hafal bersama2.

Sekiranya anda ada permainan lain yang tidak terdapat di sini, saya amat berbesar hati jika anda sudi berkongsi dengan saya. Selalunya permainan nombor 1 & 2 mendapat sambutan hangat di kalangan anak2 yang sudah bersekolah.