January 6, 2012

Sambutan Hari Lahir Yang Selari Dengan Ajaran Islam

by Yati Yusof

Di ruang ini saya tertarik untuk menaip isi2 kepada soal jawab yang dikendalikan oleh Ustazah Maznah Daud (AJK Penasihat Ibadah Haji/JAKIM) di dalam slot Fikah Wanita Majalah Anis (keluaran Januari 2012) berkenaan amalan sambutan harijadi di kalangan masyarakat kita.

Soalan yang menarik perhatian saya: Apakah yang hendak diraikan?

Ya, apa yang hendak kita raikan sebenarnya? Wanita terutamanya amat mengambil berat tentang tarikh lahir. Isteri boleh jadi merajuk besar jika suami tidak ingat akan tarikh hari lahirnya. Hakikatnya ramai yang tak perasan harijadi bermakna usia kita telah bertambah dan tempoh hayat semakin berkurang. Dalam kata lainnya kubur pun sudah kata mari… macam tak kena pulak kalau kita nak bergembira meraikannya jika difikir dari sisi ini kan… kecualilah setahun yang lalu kita telah isi dengan ketaatan sehingga kita rasa benar2 gembira.

Saya setuju dengan artikel Ustazah Maznah, jika benar setahun yang lalu kita telah manfaatkan masa yang ada dengan segala amal kebajikan, kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka wajarlah kita rasa gembira dan bersyukur. Adalah lebih baik jika kesyukuran itu diterjemahkan dengan menigkatkan lagi amal soleh, bukannya dengan membuat upacara sambutan yang tidak selari dengan ajaran Islam.

Sebaliknya, jika setahun yang lalu kita cuai dalam melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka kita patut berasa insaf, bertaubat dan perbaiki diri agar esok menjadi insan yang lebih baik. Manfaatkan usia yang dikurniakan (yang kita tak tau bila penamatnya) dengan amal soleh dan dekatkan diri dengan Allah.

KESIMPULAN:

  • Jadikan hari lahir sebagai hari muhasabah diri – sejauh mana kita telah berbakti kepada Pencipta yang telah memberikan kehidupan ini kepada kita.
  • Pada hari lahir anak2 patut merenung kembali jasa ibu bapa. Bertambah usia anak2, bertambahlah budi ibu bapa di dalam menjaga dan mendidik mereka. Sudah terbalaskah budi ibu bapa?
  • Usah biasakan anak2 menjadikan budaya di mana hari lahir adalah hari kita menanti dan menagih hadiah, terutama dari ibu bapa yang sememangnya sudah banyak berkorban untuk anak2.
  • Sebaliknya insan yang menyambut hari lahirnya itulah yang patutnya memberi hadiah kepada mereka2 yang telah berjasa  dalam hidupnya sehingga ke usia yang telah dicapai sekarang ini.

HUKUM:

Ada 2 pendapat ulama mengenai hukum sambutan hari lahir:

1) Sesetengah ulama berpendapat adalah haram sambutan harijadi yang mengadakan upacara meniup lilin, menyanyi dan menari dalam keadaan bercampur gaul lelaki dan perempuan kerana ianya perbuatan yang meniru budaya orang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: “sesiapa yang meniru satu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan kaum tersebut” (Riwayat Abu Daud).

2) Ada pendapat yang lain pula mengatakan sambutan hari jadi adalah perkara yang tiada nas mengenainya, sama ada menyuruh atau melarang. Oleh itu perlu dilihat kepada tujuan dan cara sambutan diadakan.

Wallahualam…

SELAMAT HARI LAHIR BUAT MEREKA2 YANG MENYAMBUT HARI LAHIRNYA PADA HARI INI.

Untuk penerangan hukum yang lebih jelas tentang amalan sambutan hari lahir, sila baca http://myibrah.com/hukum-meniup-lilin

Penerangan dari Ustaz Azhar Idrus pula

Hukum Sambut Hari Jadi / Birthday

Advertisements
January 6, 2012

Surirumah Yang Bekerja / Tidak Bekerja

by Yati Yusof

Minggu lalu saya berkesempatan membaca dialog dibawah di dalam sisipan seorang rakan di facebook:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA??

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! p/s : hargai isteri anda…..

Tersenyum saya membacanya. Tak tahulah samada ini kisah benar atau rekaan semata. Hakikatnya memang ramai yang berfikiran sebegini. Sehinggakan di kalangan surirumah sendiri pun kadang kala terpacul juga di mulut yang dia tidak bekerja apabila ditanyakan apakah pekerjaan beliau. Kita dah terbiasa dengan istilah ‘bekerja’ yang merujuk kepada pekerjaan yang beroleh pendapatan yang kebiasaannya dibawah seliaan orang lain.

Saya musykil… agaknya ada tak surirumah yang tidak bekerja? Hmm… mungkin juga ada. Seorang surirumah yang bersuamikan orang kaya agaknya. Kerja2 rumah boleh serahkan pada pembantu rumah. Transport anak ke sekolah boleh gajikan seorang driver atau paling cokia pun naik van sekolah. Tak perlu susah payah cari duit tambahan dengan menjahit baju malam2 macam Puan Halimah. Orang selalu kata ala tai-tai gitu… duduk rumah asah kuku.

Alhamdulillah suami saya bukan seperti Encik Zainal. Bagi mereka2 yang dikurniakan suami yang bukan seperti Encik Zainal, hargailah suami anda…. gembirakan dan bahagiakanlah dia selalu :). Oooopss tapi bukanlah maksud saya mereka2 yang senasib dengan Puan Halimah tak perlu hargai suami. Sebagai isteri, kita tetap kena jalankan tanggungjawab kita kepada suami dan taat kepada mereka asal kehendak mereka tak menyimpang dari suruhan agama. Jika ada perkara2 yang tidak disenangi pada suami, doalah banyak2 agar suami diberikan hidayah dan dibukakan hatinya untuk berubah…

SELAMAT TAHUN BARU 2012 buat semua. Saya perlu lebih mahir dalam percaturan dan penggunaan masa  untuk hari2 seterusnya. Semoga Allah berkati dan redhai apa yang saya lakukan… Amin.

Quote: “Rugilah bagi mereka yang hari ininya sama seperti semalam, tercela bagi mereka yang hari ininya lebih buruk dari semalam dan beruntunglah bagi mereka yang hari ininya lebih baik dari semlaam” — dgr dari IKIM FM, merujuk kepada amalan kita seharian. Mari sama2 perbaiki diri kita setiap hari.

November 30, 2011

Tip untuk ibu bapa yang anaknya berpotensi hilang di tempat awam

by Yati Yusof

Saya maklum, ramai di antara kita yang mempunyai anak berumur 2-6 tahun yang lasak, tak tau duduk diam. Pasti sukar untuk membawa mereka ke tempat2 awam untuk membeli belah, makan2, melancong dan sebagainya. Anak2 yang lasak biasanya tidak suka untuk berada di satu2 tempat terlalu lama (kecuali tempat permainan) dan melakukan satu2 aktiviti terlalu lama. Mereka sukakan kebebasan. Kes2 ibubapa yang kehilangan anak selalunya terjadi di pusat2 membeli belah yang ramai pengunjung waktu2 mega sale atau waktu2 persediaan perayaan . Untuk memastikan anak anda selamat di tempat2 ini, saya cadangkan:

  • Pakaikan anak anda tag nama. Pada tag itu tulis / taipkan nama dan nombor telefon anda untuk dihubungi sekiranya anak hilang dari pengawasan anda. Tag ini boleh digantung di leher anak (guna tali yang selalu digunakan untuk pas masuk ke pejabat) jika anak anda tidak rimas dan tidak membuangnya. Alternatif kepada rantai leher, gunakan sticker dan lekatkan di baju anak. Ataupun tuliskan pada sekeping kertas atau kad dan selitkannya di kocek seluar anak (jika baju mereka mempunya kocek).
  • Sekiranya anda ke luar negara bersama keluarga dan anak anda belum boleh berbahasa Inggeris dengan fasih / bahasa yang digunakan di negara tersebut, buat sekeping kad dwibahasa yang mengandungi nama anak, nama ibu/bapa dan no telefon dan gantungkan kad ini di leher anak (jika bahasa perantara negara itu bukan bahasa Inggeris, seperti di Jepun atau Italy).
  • Pesan pada anak apa yang harus dilakukan sekiranya mereka rasa sudah terpisah dari anda: cuba cari pengawal keselamatan untuk membantu (sebelum itu anda perlu menunjukkan kepada anak anda uniform yang biasa dipakai oleh polis atau pengawal keselamatan), jangan pergi jauh dari tempat terpisah kerana anda akan pasti mencari mereka, tunjukkan kepada mereka Help Desk atau kaunter yang berpotensi untuk memberikan pertolongan, dapatkan pertolongan dari orang sekitar yang berkeluarga (ada ayah, ibu dan anak – orang2 tak dikenali sebegini secara logiknya lebih boleh dipercayai dan selalunya punya empati untuk menolong… wallahualam..)  

November 19, 2011

Aktiviti cuti sekolah

by Yati Yusof

Kali ini saya ingin berkongsi isi artikel Dr. Tengku Asmadi dalam majalah Anis keluaran November 2011: Tip Isi Masa Anak Selepas Periksa. Beliau telah meringkaskan apa yang selalu bermain di fikiran saya terutama bila cuti sekolah hujung tahun menjelang tiba. Berilah pendedahan kepada anak2 melalui aktiviti2 yang menekankan faktor2 yang berikut:

  • cari peluang bina bakat anak.

Dalam setiap individu ada kepandaian yang pelbagai. Jangan ingat yang tak dapat A dalam subjek bahasa / maths / science itu tak pandai. Mereka mungkin pandai dalam bidang lain seperti sukan, muzik, komunikasi, memasak, menjahit, bertukang atau hal2 berkaitan alam semulajadi. Carilah X-factor / pupuk bakat anak kita sekarang kerana ianya boleh menjadi punca mata pencarian mereka kelak.

  • siapkan diri anak bagi berhadapan dengan cabaran baru.

Bina keyakinan diri anak dengan cabaran baru yang bakal mendatang terutama anak2 yang bakal melangkah ke alam persekolahan baru seperti ke sekolah menengah (sekolah baru, kelas baru, kawan baru, tahap pembelajaran baru).

  • dedahkan anak dengan pengalaman baru.

Anak2 tidak tahu kebolehan dan kehebatannya sehinggalah dia terdedah dengannya. Contoh: Anak2 yang tidak pernah bermain boling tidak tahu yang dia bagus / berpotensi di dalam sukan itu. Oleh itu, berikan mereka peluang untuk merasai pengalaman itu.

  • bekalkan diri anak2 dengan kemahiran insaniah (soft skill).

Contoh2 kemahiran insaniah: kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, bergaul, memimpin, pemikiran kreatif dan kritis dan penyelesaian masalah. Kemahiran2 ini memerlukan masa untuk dibangunkan dan prosesnya berlaku secara berterusan. Sebahagian daripada kemahiran2 ini datang dari ibu bapa sendiri melalui pergaulan dan percakapan seharian antara kita dan anak2.

Waktu cuti inilah anak2 tidak sibuk dengan akademik, oleh itu mari kita gunakannya untuk membentuk peribadi dan polish kemahiran hidup mereka. Inilah rancangan saya untuk anak2 (11 tahun & 9 tahun) bagi cuti kali ini:

  1. Memasak dengan anak2. Ajar mereka resepi yang simple (semestinya sesuatu yang mereka suka makan dan asas. Mulakan dengan memasak nasi).
  2. Cubaan untuk menjahit – mungkin felt craft.
  3. Mencuci bilik air dan tandas sendiri serta kemahiran hidup yang lain seperti menyidai baju dan melipat baju. (Kita selalu ingat kerja ni mudah kan? Saya memang tak pernah ajar anak2 kaedah mencuci, end up saya yang kena cuci semua bilik air di rumah. Sudah tiba masanya kerja2 ini diagihkan.)
  4. Art & Craft. Aktiviti ni kami sekeluarga memang enjoy, tapi tak pernah luangkan masa betul2 untuk hasilkan sesuatu yang serius.
  5. Mencuba sukan baru (rock climbing, roller blade, kenu).

Harapnya rancangan berjalan lancar….  Oh ya, dalam merancang aktiviti ini semua, jangan terlepas pandang pula hal2 agama. Itu elemen penting yang wajib diperkukuhkan.

November 17, 2011

Aktiviti bersama anak-anak di dalam kereta

by Yati Yusof

Bagaimanakah anda dan keluarga menempuh perjalanan (berkereta) yang jauh iaitu lebih dari 2 jam? Kalau anak2 tidur sepanjang perjalanan mudahlah kerja anda. Kalau tidak, pasti ada yang kebosanan. Tak tentu arah ibubapa jadinya jika anak2 yang bosan mula buat perangai di dalam kereta. Biasanya anak2 kecil (umur prasekolah dan sekolah rendah) menunjukkan kebosanan mereka dengan: komplen, bergaduh sesama adik beradik, menangis, merengek dan mula meminta macam2 yang kadang2 buat kita naik geram. Itulah cara mereka meluahkan perasaan.

Permainan2 ini mungkin boleh membantu mengisi masa perjalanan anda dan dalam masa yang sama pemandu tidak akan rasa mengantuk serta ianya boleh menambah pengetahuan anak2:
1. 5 NAMA
Berikan anak anda soalan2 seperti: Berikan 5 nama tempat yang bermula dengan ‘bukit’ (Bukit Jalil, Bukit Gambir, Bukit Kepong, Bukit Merah, Bukit Fraser dan lain-lain lagi) / Namakan 5 jenis pisang / Namakan 5 jenis ikan / Berikan 5 nama binatang yang terdapat di dalam zoo / Namakan ibu2 negeri di dalam Malaysia / Namakan 5 jenama kereta dan bermacam2 lagi soalan boleh direka berdasarkan peringkat umur anak anda. Ianya boleh dilakukan secara ‘siapa cepat dia dapat’ atau untuk mengelakkan dari pergaduhan berikan mereka giliran.
2. TEKA-TEKI
Anak2 sukakan teka-teki. Jangan tak tahu, anak2 zaman sekarang juga ada teka-teki rekaan mereka sesama rakan2 yang banyak berkisar tentang dunia mereka. Inilah cara terbaik untuk berseronok dan berkongsi gelak ketawa dengan anak2.
3. BIJAK SIFIR
Soal sifir secara rawak kepada anak anda untuk memahirkan lagi sifir mereka.
4. BACA PLAT KERETA / PAPAN TANDA
Permainan ini sesuai untuk anak2 yang baru mula belajar untuk mengenal huruf dan nombor. Minta mereka bacakan plat kereta atau papan tanda di sepanjang perjalanan. Ianya satu latihan untuk mengenal huruf dan nombor tanpa perlu mengadap buku. Sorak dan sambutlah dengan gembira apabila mereka dapat membaca dengan betul. Mereka pasti bangga dan teruja.
5. IDOLA KECIL
Ajaklah anak2 anda menyanyi atau bernasyid bersama2 atau secara solo.
6. HAFAL DOA / SURAH
Anda boleh putarkan cd bacaan doa atau surah2 lazim di dalam kereta dan hafal bersama2.

Sekiranya anda ada permainan lain yang tidak terdapat di sini, saya amat berbesar hati jika anda sudi berkongsi dengan saya. Selalunya permainan nombor 1 & 2 mendapat sambutan hangat di kalangan anak2 yang sudah bersekolah.

October 19, 2011

Soalan ‘favourite’ kertas peperiksaan BM sekolah rendah

by Yati Yusof

Exam Oh Exam

Anak2 saya (tahun 5 dan tahun 3) baru selesai peperiksaan akhir tahun mereka. Leganya rasa…. anak nak periksa memang ibu2 yang selalunya lebih risau dan sibuk. Setelah meneliti soalan peperiksaan Bahasa Malaysia (pemahaman), apa yang saya perasan cikgu2 suka soalan2 yang merujuk kepada perkara2 yang anak2 sekarang terutamanya di bandar dah tak lalui. Ini agaknya soalan2 killer era kini. Sekali baca soalan, pada kita (yang dah tua ni lebih2 lagi yang macam saya asal dari kampung) senang kacang… takkan tak tau. Rupa2nya anak saya memang tak tau….

Antara contoh soalan:
1. Nenek duduk di serambi sambil _____ lidi.
Jawapan: A. memotong B. meraut C. menghiris D. menebang
Ulasan ibu: Cemana la nak tau ye, dah atok nenek anak saya di kampung pun tak buat lidi sendiri lagi. Saya di rumah pun jarang guna penyapu lidi. Atok saya dulu selalu la buat. Memang sayalah antara pembantu dia meraut lidi sama2 (teringat aruah Maktok – Al Fatihah untuk Hajah Tasah). Betapa zaman sudah berubah… Malahan ‘serambi’ yang digunakan di dalam soalan di atas pun ramai anak2 sekarang tak tau.

2. Soalan penulisan Tahun 3 pulak (Bahagian A): Gambar semasa musim buah. Seorang perempuan sedang memetik buah mangga menggunakan galah, seorang lagi sedang membelah buah durian.

Macam frust aje bila anak balik dia cerita dia buat ayat macam ni: “Emak menjatuhkan buah mangga menggunakan sebatang kayu.” Huhuhu dimanakah silapku? Nak kata speaking London aje kat rumah tak juga. Jatuhkan buah?? Yang sedih tu dia tak tau nama ‘kayu’ yang digunakan untuk petik buah kita panggil galah dan ianya diperbuat daripada buluh. Nak kata tak ada kampung, ada… nak kata tak pernah tengok, pernah… agaknya sebelum ni dia tengok dari jauh sahaja. Saya dan suami pun mungkin tak bercerita dengan terperinci mengenai benda2 sekeliling yang ada dikampung. Hmmm suatu yang harus diperbaiki. Balik kampung lepas ni kena bawa anak2 ronda sampai kebun belakang rumah agaknya. Jangan asik biarkan anak2 main sendiri sahaja. Aktiviti harus dipantau dan dirancang. Tahun lepas suami saya membawa anak2 menoreh getah di belakang rumah di kampung. Cara inilah yang patut diteruskan. Agak2nya kalau soalan2 yang serupa diberikan pada pelajar2 di kampung, boleh tak mereka score? Bukan sesuatu yang memalukanlah jika pelajar tingkatan 3 sekarang pun tak tahu mengenai ‘menggiling cili’. Sesiapa yang masih memiliki batu giling di kampung elok lah disimpan baik2 dan tunjukkan kepada anak2.

Lawatan sambil belajar ke kebun getah Atok.

Pengajaran / panduan buat kali ini:

1. Anak2 bandar harus didedahkan dengan aktiviti2 kampung. Bila balik kampung main permainan cara kampung. Sorok jauh2 iphone / ipad / game2 masa kini. Cadangan aktiviti:

  • lawatan ke sawah bendang / kebun. Kayakan nahu mereka dengan nama2 pokok, alatan2 berkebun etc.
  • ajar mereka main permainan tradisional di luar rumah seperti main galah, main guli, main getah zero point dll.
  • ajak mereka tolong orang dewasa buat kerja. Dalam masa yang sama macam2 boleh belajar.

2. Masa cuti sekolah rancang percutian yang ada elemen2 pembelajaran. Contohnya: Kalau ke Trengganu, singgah ke Arfah Batik HQ. Ada demo mencanting batik. Kita belajar sama2 dengan anak. Tengok tempat penyu bertelur… (membuatkan saya teringat sebuah dokumentari mengenai tabiat penyu bertelur sewaktu tahun 80an di RTM1. Sarat dengan maklumat dokumentari tu. Sampai hari ini saya tak lupa… terbayang2 scene penyu menangis meninggalkan telur2nya yang sudah ditimbus).

3. Seeloknya sebelum pergi ke satu2 tempat, buatlah kaji selidik sedikit mengenai tempat2 tu seperti: makanan popular, sejarah, atau apa2 jua maklumat berkenaan tempat tu dan orang2 yang tinggal di sana. Kemudian boleh lah kita jadi tourist guide kepada anak2 dengan bercerita kepada mereka pula sambil2 makan angin.

4. Galakkan anak2 buat scrap book untuk tempat2 yang mereka kunjungi / perjalanan percutian mereka. Aktiviti ini memang seronok. Suruh mereka kumpul apa jua benda yang didapati / ditemui di tempat lawatan (tiket, brochure, daun, bunga dll) dan tampal di dalam scrap book. Waktu mereka akan terisi lebih2 lagi jika ianya sebuah perjalanan yang jauh tak kira di dalam atau ke luar negara. Untuk menyediakan buku skrap, ibubapa boleh beli buku ready made yang banyak di jual di kedai / boleh buat sendiri. Cuba cari print out yang sesuai di internet, print dan bukukan. Saya pernah guna printable dari laman web Dora The Explorer masa anak2 saya kecil dahulu. Mereka teruja!

July 6, 2011

Tip Membawa Bayi Naik Kapal Terbang

by Yati Yusof

Entah kenapa tiba2 memori menerawang saat kami sekeluarga ke Jepun mengikuti suami yang ditugaskan ke sana kira-kira 8 tahun lalu. Sewaktu itu anak saya 2 orang. Anak yang sulung berumur 2 tahun, sementara yang ke-2 baru selesai tempoh berpantang. Itulah pengalaman pertama saya membawa anak2 menaiki pesawat untuk tempoh perjalanan yang agak lama. Persiapan yang teliti amat perlu bila membawa bayi atau anak kecil. Di sini saya mahu berkongsi pengalaman untuk para ibubapa yang akan menempuh perjalanan seumpamanya:
• Gunakan backpack (beg sandang belakang) untuk hand luggage kerana dengannya tangan anda bebas dan mudah untuk melakukan banyak keperluan lain dalam perjalanan.

• Pastikan backpack anda mengandungi:
1. beberapa keping lampin pakai buang (anggarkan keperluan)
2. tisu basah (mini packed wet tissue)
3. dua persalinan baju
4. botol susu (jgn bawa air panas dalam thermos / air kosong dlm botol. Naik kapal terbang tak boleh bawa air/ cecair. Jgn risau, boleh minta dari cabin crew bila dh terbang nanti).
5. bagi bayi yang minum susu formula, gunakan bekas susu yang mempunyai beberapa ruang untuk mengisi susu yang telah siap disukat untuk sekali bancuhan. Jgn pula bawa tin2 sekali dlm backpack, tak praktikal. Tin susu boleh disimpan dlm beg besar.
6. bagi bayi yang sudah mula makan, elok dibawa makanan di dalam botol kecil – banyak dijual di pasaran (sesetengah kapal terbang ada menyediakan makanan bayi, anda perlu membuat tempahan awal untuk ini).
7. Permainan yang praktikal untuk dibawa. Bayi pastinya bosan duduk lama2 dalam kapal terbang. Permainan percuma di dalam pesawat ada juga (jika ada stok). Tetapi kadang2 ianya tidak sesuai untuk usia anak anda.
8. ‘Bantal busuk’ atau selimut kegemaran sekiranya ada.

9. Beg plastik kosong. Boleh digunakan kala kecemasan eg. nak buang lampin yg dipaliti ‘kuih’ yg tak tertahan dek idung, isi baju basah / kotor.

10. Sehelai baju si ibu. Menjaga bayi kadang kala memang comot. Dengan makanan yg tertumpah la, kebocoran lampin la… maka elok ambil langkah ini.

• Pastikan anda menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Jika tidak, anda harus memegang bayi anda di atas riba sepanjang perjalanan. Penat tu…

Bayi di dalam bassinet. Kedudukannya tergantung pada dinding kapal terbang. Hanya untuk tempat duduk hadapan sahaja.

• Untuk makanan bayi atau anak kecil, anda perlu membuat makluman awal juga kepada syarikat penerbangan.
• Bawalah stroller. Anda boleh membawa stroller hingga ke pintu kapal terbang. Apabila sampai di airport yang hendak dituju, dapatkan semula stroller di tempat yang sama sebelum ke baggage claim area. Kalau tak pasti, bertanyalah pada kakitangan di sana / cabin crew.

• Apabila kapal terbang berlepas dan mula naik ke udara, telinga akan berasa sakit dan berdengung. Ini pastinya akan membuatkan bayi tidak selesa dan menangis. Untuk mengurangkan ketidakselesaan ini, susukan anak anda / berikan dia minum menggunakan botol ketika pesawat sedang berlepas. Lakukan yang sama ketika proses mendarat.

• Bawalah bayi berjalan2 di dalam pesawat apabila dia sudah kelihatan bosan.

Sedapnya titonn.... kalau bayi anda selesa, rileks la kita. Jika tidak.... mau semua passenger bengan aje dgn kita.

June 28, 2011

Kem Cuti Sekolah tren atau perlu? (Review Kem ASUH)

by Yati Yusof

Saya ingatkan gambar anak2 yg menangis ini hanya hiasan. Kata anak saya dia pun menangis macam tu semasa program 'hargai jasa ibu dan ayah'.

Pernahkah anda menghantar anak anda ke kem / program cuti sekolah? Ya, sedar atau tidak, program2 sebegini sudah menjadi seakan tren. Biasanya lebih kurang sebulan sebelum cuti sekolah, pihak2 penganjur berlumba2 mengiklankan program mereka di corong2 radio, suratkhabar, majalah dan media2 yang lain.

Walaupun ianya bagaikan tren, tetapi bukanlah sesuatu yang tidak baik. Secara peribadi, saya melihat senario ini dari sudut positif dimana ianya menawarkan produk2 yang bagus. Untuk memperolehi kesan atau hasil yang dijanjikan, ibu bapa haruslah meneliti samada yang ditawarkan itu padan / kena dengan apa yang kita ada dan perlu. Contohnya, lambakan program yang ditawarkan sebenarnya tidak sama antara satu sama lain. Masing2 punya objektif dan kelebihan tersendiri. Ada program menfokuskan kepada sahsiah diri pelajar, ada yang menekankan aspek2 akademik, manakala ada pula yang menjurus kepada pengukuhan agama, kombinasi yang telah disebutkan dan macam2 lagi. Kalau semua pun bagus, bagaimana nak memilih ya?

Rezeki mereka, kem ini mendapat liputan untuk program tv 'Kids on 2' (TV2). Gambar beramai2 bersama maskot program TV2 - Buzz (harap tak salah info).

Saya memang suka meneliti program2 sebegini lebih2 lagi sejak anak sulung menginjak usia belasan tahun. Saya akui, saya perlukan sumber2 tambahan dari luar untuk memantapkan daya tahan dirinya dari anasir2 yang tidak diingini. Sungguh…. saya takut sebenarnya… takut dengan apa yang ada di luar sana. Janganlah anakku tersalah langkah… semua ibubapa pastinya mendoakan anak2 berjaya di dunia dan akhirat, menjadi anak yang soleh dan solehah.

Pada cuti sekolah pertengahan tahun yang baru berakhir, saya menghantar anak sulung menyertai Kem ASUH anjuran Galeri Ilmu SDN BHD (penerbit majalah Asuh) dengan kerjasama Exact Training Consultant. Ini adalah kali kedua anak saya menyertai program cuti sekolah. Pada tahun lalu, program yang disertai lebih kepada program akademik. Jadi kali ini saya mahukan sesuatu berbeza. Mengapa saya memilih program ini? Mengapa tidak pergi ke program2 yang dianjurkan oleh pakar2 motivasi yang lebih terkemuka? Jujurnya, perkara pertama yang menarik perhatian saya apabila membaca iklan Kem ASUH ialah gambar2 hiba peserta2 yang mengalirkan airmata dan juga gambar2 aktiviti luar yang dijalankan. Yang penting persetujuan tuan empunya badan yang akan menghadirkan diri. Anak saya lelaki, berumur 11 tahun. Pastinya dia tidak akan betah dengan program indoor sahaja. Malah saya sendiri mahukan anak saya didedahkan dengan aktivit2 luar yang membolehkan dia berinteraksi dengan alam. Selain daripada itu, saya harapkan sesuatu yang dapat membuka minda anak saya… bersyukur dengan apa yang dia ada dan ada rasa tanggungjawab. Maka, hadirlah anak saya di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam selama 5 hari.

Sepanjang 5 hari kami tidak berhubungan lantaran telefon bimbit tidak dibenarkan penggunaannya. Memang berdebar kala saat bertemu semula anak yang sebelum ini hari2 di depan mata. Keinginan untuk tahu apa yang dilaluinya sepanjang tempoh itu membuak2.

Saat anak2 diserahkan kembali kepada ibubapa.

Hari yang ditunggu tiba jua. Pada hari terakhir Kem ASUH, sebelum anak2 diserahkan kembali kepada keluarga masing2, pengarah Exact Training, En. Fazli telah mengadakan perkongsian ringkas dengan ibubapa selama lebih kurang 30 minit. Syabas saya ucapkan kepada En. Fazli, kerana perkongsian singkat itu pastinya amat meninggalkan kesan kepada banyak hati yang hadir. Saya yakin ianya sebuah perkongsian yang ikhlas dan luhur untuk melihat generasi Islam yang cemerlang dunia dan akhirat. Empangan air mata saya pecah…… (saya percaya bukan saya seorang), 30 minit bah di Ulu Yam. Nota ringkas perkongsian yang sungguh hiba dan syahdu:
• Mendidik anak zaman ini sememangnya mencabar dan ianya harus dilakukan dengan cara yang lembut, penuh kasih sayang. Mungkin cara disiplin ala2 tentera, paksaan atau kekerasan tidak relevan lagi.
• Ketahuilah… anak kita memiliki perwatakan yang berbeza di rumah, di sekolah, dan disamping teman2… jangan ingat apa yang ada di depan mata kita itulah yang dibawa ke luar sana. Waspadalah wahai ibubapa.
• Kira semula berapa lama dalam sehari kita habiskan masa bersama anak2? Kadang2 mereka tak minta banyak, cuma sekadar ciuman, dakapan, belaian kasih sayang dan perhatian. Pernahkah hati anak2 diselami?
• Lengkapkanlah anak2 dengan perisai / pendinding utama yang tiada tandingannya iaitu SOLAT. Untuk anak2 SOLAT tanpa culas, ibu bapa adalah model mereka.
• Jaga hubungan kita dengan Allah, jaga hubungan kita dengan kedua ibu bapa dan jaga hubungan kita dengan anak2.
• Hindari ungkapan2 negatif terhadap anak2. Contoh: degil, keras kepala, nakal dll.

Wudhu' dan solat anak2 diperiksa dan dikemaskini sewaktu kem berlangsung.

Kem ASUH telah menjadi jambatan / orang tengah dalam mengisi ruang2 lompong yang ditinggalkan oleh sesetengah ibubapa dan membuka mata akan kesilapan2 di dalam hubungan ibubapa dan anak.

Sekembalinya anak saya dari kem ini, kami melihat perubahan positif di dalam dirinya. Syukur Alhamdulillah tidak terhingga…. Semoga ianya berkekalan dan bertambah2 di hari mendatang. Fikirannya nampak lebih matang, tidak memikirkan diri sendiri sahaja dan tahap toleransinya lebih tinggi daripada biasa. Saya nampak yang kini dia berusaha untuk melihat sesuatu itu dari perspektif kami, dan kami juga cuba untuk memahami apa yang dia inginkan dan rasakan. Proses komunikasi kami bertambah mudah dan baik. Sesi ‘kenangi jasa ibu dan ayah’ semasa di kem sememangnya amat berkesan bagi anak2 yang hadir…. Saya sendiri tidak mampu untuk ‘menyedarkan’ anak saya dengan tangisan yang begitu hiba (ibubapa ditayangkan dengan gambar2 aktiviti2 sepanjang program). Aktiviti2 seperti flying fox, survival di dalam hutan dan meredah sungai sudah pasti akan meninggalkan memori gembira yang tak akan mereka lupakan. Sila lawat photo album Galeri Ilmu di facebook untuk melihat aktiviti2 mereka.

Acara kegemaran ramai.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan program ini. Saya percaya, sesuatu yang dilakukan bukan atas dasar nilai wang ringgit semata pasti membuahkan sesuatu yang diluar jangkauan minda. Dengan pengalaman ini, mengapa tidak saya unjurkan kepada ibubapa di luar sana untuk memberikan peluang yang sama kepada anak mereka juga…

Sesuatu yg baru bagi anak saya, dan dia menyukainya (saya dulu2 pun mcm tu juga 🙂 ).

May 23, 2011

(Aargghhh… tak sempat masak lagi…) Macamana nak jadi ‘sempat masak’

by Yati Yusof

Sindrom tak sempat masak ni terjadi bukan sahaja kepada ibu2 bekerja, malah boleh juga melanda stay-at-home mom lebih2 lagi jika mereka juga menyandang status work-at-home mom. Ini ada beberapa tips untuk anda sempat memasak dirumah walaupun ketika masa yang suntuk (tapi kalau malas nak masak lain cerita ye 🙂 ). Masak lah resepi yang mudah2…

1. Kupas bawang banyak2 dan simpan stok seminggu dalam peti sejuk. Bila nak masak senang…. ambil jer beberapa biji yang diperlukan.

2. Sesiapa yang selalu guna cili kisar dalam masakan, elok sangatlah kisar banyak2 sekali gus dan simpan dalam peti sejuk juga (penuh laaa peti hikmat…). Resepi untuk cili kisar yang tahan lama: kisar cili kering, bawang putih dan garam sikit (bawang merah jangan… tambah bawang merah masa nak masak nanti). Masukkan dalam bekas (tidak bertutup) dan simpan dalam peti sejuk. Kalau bertutup, nanti bekas akan berair dan ini mempercepatkan cili kisar jadi tak elok dari segi rasa. – Tips dari adik ipar yang diturunkan oleh mak mertua dia :). Tqvm.

3. Plan menu masakan untuk seminggu… jadi tak jadi masak belakang kira. Yang penting niat dah ada. Bila dah plan, bahan2 utama untuk resepi tu dah boleh standby dalam peti sejuk. Keluar beli bahan2 pun sekali aje dalam seminggu, jimat masa dan tenaga, malah lebih ekonomi.

4. Letakkan bahan2 mentah seperti ayam, daging atau ikan yang beku ke dalam ‘chill room’ peti sejuk anda malam sebelum bahan2 itu hendak di masak. Cepat sikit proses defrost.

5. Anda boleh juga masak satu2 resepi (yang berasaskan ayam, ikan atau daging sahaja. Sayur tidak sesuai) itu dalam kuantiti yang banyak. Kemudian apabila lauk tadi sudah sejuk, asingkan kepada beberapa portion (agak2 untuk sekali makan) ke dalam bekas plastik tahan beku dan bekukan ke dalam freezer. Bila2 tak sempat masak boleh la gunakan lauk beku ini… tapi kena defrost dan panaskan dulu sebelum makan. Perlu diingatkan, lauk ini mestilah lauk yang baru dimasak, iaini lauk yang belum disentuh lagi… kalau lauk baki yang tak habis tak digalakkan buat macam ini kerana nanti bila reheat, rasa tak fresh… tak sedap. Ditakuti kena keracunan makanan pula. (Kaedah ini diperkenalkan oleh ibu saudara saya. Dia gelarkan lauk begini ‘lauk purba’ 🙂 )

6. Pastikan bahan2 asas bagi masakan2 mudah yang anda dan keluarga gemar makan sentiasa ada stok, seperti telur, sardin, udang, timun dll.

7. Sediakan ayam (bahagian dada), udang dan sotong yang sudah dibersihkan dan diasing2kan dalam kuantiti yang sedikit di dalam peti beku anda. Bahan2 yang sikit2 ni boleh dijadikan rencah dalam masakan mudah seperti nasi gorang, mee goreng atau lauk2 mudah lain. Bila kita simpan asing2 sikit2, senang nak keluarkan dan cepat defrost. Maka cepatlah kita memasak.

Kalau anda ada tips2 yang lain, boleh la share dengan saya juga ye…

May 20, 2011

Begini Sayang…

by Yati Yusof

Anak saya dahulu pernah bertanya “macamana baby keluar dari perut ibu?” Masa tu saya ambil masa yang lama untuk memberikan jawapannya. Puas fikir… Sebaliknya saya menyoal anak saya semula “ha… cuba teka, agaknya2 baby keluar dari mana?”. Anak saya meneka yang baby keluar dari pusat, tetapi dia pelik juga mana mungkin kan sebab pusat tu kecil aje. Akhirnya saya memberi jawapan juga walaupun ada satu jawapan yang kurang tepat. Jawapan saya ialah: 1. Baby keluar dari perut. Doktor akan gunting kulit perut sikit bagi ruang untuk baby keluar (auwww…. sungguh ngeri bagi budak kecil untuk membayangkannya)  2. hahaha yang ini kelakar sikit… jawapan yang tak betul. Tapi masa tu saya dah tak ada idea lagi, saya cuma teringat yang kawan saya pernah memberikan jawapan sebegini pada anak dia. Saya pinjam lah. Saya menjawab secara melawak… “baby keluar kat tempat buang air besar kot” hehehehh “yeeee yaikssss ” respon anak saya. Ketika itu saya lupa untuk mengaitkan hal ini dengan kebesaran dan kekuasaan Tuhan. Astaghfirullahalazim….. Apabila saya nampak buku ini (seperti gambar di atas) dan membelek2 isi kandungnya, yesss…. inilah yang boleh membantu saya menjawab soalan2 dari anak saya.

Walaupun ketika menaip saya belum lagi habis membaca buku ini, tetapi apa yang boleh saya katakan mengenainya ialah ia memang mantopss! Sangat bagus untuk ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak2 yang sedang membesar. Buku ini memberi kita ilham bagaimana nak memberi jawapan yang jujur dan bernas serta menanamkam persoalan2 tauhid, akidah dan taqwa kepada soalan2 yang sering diutarakan oleh anak2 dalam bahasa yang mudah. Contohnya ye… jawapan kepada macamana adik boleh ada dalam perut ibu?, macamana nak ajar anak solat dengan cara berhikmah, berpuasa, cara2 berdoa, kenapa manusia mati dan dimasukkan ke dalam kubur dan lain-lain lagi. Di dalam menjawab pertanyaan anak2, tarbiahnya bukan untuk mereka semata2, tetapi untuk kita juga.

Isi kandungnya terbahagi kepada 2, bahagian pertama merupakan ‘diary ayah’ (ada beberapa bab dalam bahagian ini) dan bahagian kedua ialah ‘diary ibu’. Setiap satu bab tidak berkait dengan bab yang lain, dan bab2 ini akan disudahi dengan mutiara kata buat ibu bapa. Lebih kurang tips juga la… Jadi kita boleh baca lompat2.

Menariknya buku ini ditulis oleh sepasang suami isteri. Ianya dari pengalaman mereka membesarkan anak2 sendiri. Bahasanya ringkas dan santai. Saya rekemen sangat2 anda semua memiliki buku ini (penulis: Mohd Hisham Mohd Sharif & Hasifah Zainuddin, terbitan Galeri Ilmu). Saya review buku ni bukan kerana dapat komisyen atau imbuhan apa2… sekadar berkongsi benda yang baik.