Khidmatku yang terakhir buat ibu…

by Yati Yusof

Bismillahirrahmanirrahim…

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Di kala post ini ditaip, genap seminggu aruah emak pulang ke rahmatullah, kembali kepada penciptanya. Syukur kehadrat Ilahi segala proses mengendalikan jenazah berjalan lancar, semoga roh emak dicucuri rahmat dan bersemadi tenang di alam sana. Lebih kurang 4 bulan emak terlantar di hospital (2 bulan separa koma)… sungguh hati ini hiba tika melihat keadaannya. Tak putus doa dipanjatkan untuk kesejahteraan emak.. “Ya Allah, ampunkan dosa2 ibuku. Kurniakan rahmatMu buat ibuku. Permudahkanlah jalan hidupnya dan ringankanlah derita yang ditanggungnya. Kurniakan penyembuhan untuk penyakit2 ibuku sekiranya kau mengizinkan umur yang panjang untuknya. Sekiranya sudah sampai masa untuk ibuku pulang kepadamu Ya Allah, Kau ambillah dia dengan baik. Permudahkanlah sakaratul mautnya…. tunjukkanlah ibuku jalan yang lurus…. jalan yang Engkau redhai….”

Bersangka baiklah kamu dengan Tuhanmu. Dia Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambanya. Selama emak di hospital tak banyak perubahan berlaku pada kesihatannya. Terdetik juga di hati ini, adakah doaku tidak kau dengari ya Allah… aku sedar Ya Allah, aku banyak melakukan dosa, lalai dan leka… ampunkan dosa2ku Ya Allah. Dengarilah permintaanku Ya Allah….

Kini, setelah berakhirnyanya episod kehidupan ibuku… baru aku nampak sejelas-jelasnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang terbaik buat hamba-hambanya. Memang, saat ditimpa musibah kita sukar nampak akan hikmah di sebaliknya. Hikmah mengambil masa untuk kita fahami. Bersabarlah wahai manusia…. syukur dan redha atas apa jua yang menimpa. Yakinlah bahawa ada sebab atas setiap kurniaan Allah itu… sujud dan mengadulah kepadaNya yang satu…

Sesungguhnya Allah telah memenuhi setiap permintaanku. Terima kasih Ya Allah… Kau telah mengambil ibuku pada waktu yang begitu tepat sekali. Kau telah mengizinkanku untuk berada di sisi emak ketika dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, menitipkan dia dengan bacaan La ilahaillallah. Kau tidak membiarkan dia pergi di dalam keseorangan. Sungguh menginsafkan bila dapat menyaksikan kekuasaanmu ini Ya Allah. Kau telah mengizinkanku untuk memberikan khidmatku yang terakhir buat emak, turut serta memandikannya, mengkafankannya dan menyembahyangkannya. Emak pergi pada hari Isnin selepas Maulidul Rasul, hujung minggu yang bersambung dengan cuti umum. Alhamdulillah…. anak2 emak yang lain dan saudara dekat yg berada jauh dapat datang menziarah tanpa kepayahan. Syukur Alhamdulillah…. semuanya sudah selamat. Berakhir sudah sebuah kehidupan. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa2ku dan dosa2 ibuku… cucurilah rahmatMu buat rohnya dan tempatkan ibuku dikalangan orang2 yang beriman. Lapangkan lah dan terangilah kuburnya Ya Allah…

Buat pembaca sekelian, ketika emak sakit inilah amalan2 yang diaajar dan disarankan kepada saya oleh ramai individu. Sebenarnya amalan2 ini sepatutnya menjadi amalan kita setiap masa, bukan saat2 yang dinyatakan di atas sahaja. Ya Allah Ya Tuhanku, berikan kami kekuatan untuk istiqamah di dalam ibadah2 kami….:

  • Jagalah solat yang wajib dan perbanyakkan solat2 sunat & solat taubat.
  • Baca Al Quran dan surah Yasin selalu (lakukannya setiap hari) dan berzikirlah.
  • Perbanyakkan amal ibadah seperti bersedekah. Niatkan pahala untuk ayah dan ibu.
  • Jangan putus asa… teruslah berdoa dan memohon kepada Allah.
  • Setiap hari niatkan untuk sedekah pahala yang kita perolehi dari amalan2 yang dilakukan kepada ibu bapa.

Sudilah kiranya pembaca2 sekalian menyedekahkan pahala bacaan AlFatihah buat aruah ibu saya Allahyarhamah Rashidah binti Ismail. AlFatihah….

2 Comments to “Khidmatku yang terakhir buat ibu…”

  1. Al- Fatihah .. Takziah Yati bru terbaca nukilan yg cukup indah ini,semuga arwah ibu ditempatkan digolonggan org2 yg beriman dan semuga dia tenang disane… sungguh Yati bershyukur dpt berada disisi ketika itu kerana Kak Arfah dpt rasakan betapa hibanye klau
    kita masih di perantauan seperti kala Kak Arfah kehilangan ‘Abah’ tersayang 3 bulan bru sampai disini… salam sayang dan byak bersabar atas pemergian ibu tercinta… Al- Fatihah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: