Doktor gigi jadi chef – boleh / Chef jadi doktor gigi – ??

by Yati Yusof

Juara Masterchef musim pertama: Ezani sedang beraksi..

Kelmarin masa sembang-sembang dengan suami, termasuk jugalah cerita pasal pemenang Masterchef Malaysia musim pertama, Ezani. Kagum… Kagum… Memang kami tabik springggg kat dia. Tahniah Ezani! Seorang doktor gigi kini jadi chef aka tukang masak la pulak. Ezani memasak dengan mahir sekali tanpa pengajian formal dalam bidang itu. Hmmm… Sekarang dah terbukti doktor gigi boleh jadi tukang masak dalam masa yang sama, tetapi boleh tak tukang masak jadi doktor gigi?hehe.. Kalau terbalik kan macam impossible kan (boleh sebenarnya, cuma ambil masa). Ok, jom kita fikirkan contoh lain pulak… Kalau engineer jadi pelukis tak pelik didengar, tapi pelukis jadi engineer mungkin mengagumkan. Sama juga bila cikgu jadi penyanyi, possible … dulu memang ada pun seorang guru yang masuk pertandingan Sinaran Passport Kegemilangan (bagi mereka yang tak tau sebab masih bayi lagi waktu tu atau memang belum lahir pun, ianya adalah sebuah pertandingan bakat di mana antara bakat baru yang berjaya dicungkil terdiri daripada Shamsul Ghau Ghau dan Lan Pet Pet – terasa tuanya diri ini..ūüôā ) tapi kalau penyanyi jadi cikgu (cikgu sekolah ajar maths ke, sains ke… bukan cikgu vokal)¬†mungkin tak pernah didengar.

Mengapa begitu ya? Saya dan suami semakin rancak bersembang mencari jawapan kepada persoalan ini. Doktor gigi, guru, jurutera, lawyer, majistret (ala2 Kasim Selamat) dilihat sebagai kerjaya serius yang memerlukan tahap pencapaian akademik yang agak tinggi¬† (memang tinggi). Ianya memerlukan¬†penguasaan yang kuat¬†dalam bidang sains, matematik dan bahasa. Kena score peperiksaan atas kertas bertulis. Manakala kerjaya di dalam bidang kulinari, seni suara, seni halus¬†memerlukan kepandaian dan kemahiran menggunakan tubuh badan dan deria rasa… Hmmm saya masih mencuba untuk cari istilah yang lebih tepat di sini. Ianya lebih kepada seni. Kemahiran yang lahir semulajadi di dalam diri seseorang. Tidak perlu score matematik tambahan¬†untuk menjadi seberjayanya Siti Nurhaliza.¬† Penilaian bukan di buat menggunakan pen dan kertas. Tapi bukan maksud saya di sini kerjaya kedua itu bagi orang yang tak pandai. Mereka juga pandai, cuma dalam hal yang berlainan. Saya suka nak rujuk situasi ini pada teori Howard Gardner mengenai multiple intelligences dalam setiap individu:

“Gardner argues that there is a wide range of cognitive abilities, the theory predicts that a child who learns to multiply easily is not necessarily generally more intelligent than a child who has more difficulty on this task. The child who takes more time to master simple multiplication 1) may best learn to multiply through a different approach, 2) may excel in a field outside of mathematics, or 3) may even be looking at and understanding the multiplication process at a fundamentally deeper level, or perhaps as an entirely different process. Such a fundamentally deeper understanding can result in what looks like slowness and can hide a mathematical intelligence potentially higher than that of a child who quickly memorizes the multiplication table despite a less detailed understanding of the process of multiplication.” (quote: Wikipedia)

Teori ini mengatakan dalam diri manusia ada pelbagai kepandaian yang boleh dikategorikan dalam kelas2 berikut:

kategori2 kepandaian di dalam setiap individu

Masalah dalam masyarakat kita¬†ialah kepandaian diiktiraf pada bidang2 sains, matematik dan bahasa sahaja. Mungkin ibu bapa kini perlu lebih terbuka, ubah paradigma anda. Jika anak kurang cemerlang dalam subjek2 core yang disebutkan tadi, cuba cungkil X-factor mereka. Mungkin di situlah bakat yang perlu digilap. Haa… macamana nak tau X-factor itu satu¬†hal lain. Bukan senang nak nampak.¬†Apa yang boleh saya cadangkan ialah dedahkan anak2 kita kepada pelbagai aktiviti dan pengalaman. Saya sendiri pun masih tercari2 kekuatan anak2 saya. Bagi yang Islam, yang penting solat dulu…

Mungkin¬†ada yang¬†bertanggapan¬†kerjaya2 melibatkan seni susah nak cari makan dan tak konsisten. Oleh itu ibu bapa sebolehnya ingin anak2 berjaya di dalam akademik dan menggenggam kerjaya ‘serius’ itu dulu barulah boleh cuba kerjaya seni. Tetapi¬†jika dicongak2 lagi, bidang yang akan memberi ruang yang tiada had untuk manusia mencari rezeki pada masa akan datang ialah bidang yang melibatkan seni. Mengapa saya kata begini? Kerana bidang2 seni ini berupaya menghasilkan sesuatu yang subjektif, yang tak boleh diukur dengan nombor. Setiap satunya adalah unik.¬†Manakala bidang2 yang dianggap ‘serius’ kini sudah boleh digantikan dengan robot, komputer¬†dan mesin. Fikir2kan lah…..

Sebenarnya topik ni masih belum dikupas dengan baik. Apa yang saya taipkan hanyalah brainstorming kami. Banyak yang boleh diperdebatkan lagi. Maka dengan itu, jika ada yang kurang bersetuju jangan pula marah2 :)… Apa kata cikgu2 BM buat topik ini sebagai topik perbahasan di sekolah.

Hari ini bahasa saya agak berterabur…. Layan je la.

3 Comments to “Doktor gigi jadi chef – boleh / Chef jadi doktor gigi – ??”

  1. berterabo ke?..ok jek

  2. ble try tuah menulis buku lak lps ni.mana tau kot ada x-factor yg blom d terokai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: