Surirumah Yang Bekerja / Tidak Bekerja

by Yati Yusof

Minggu lalu saya berkesempatan membaca dialog dibawah di dalam sisipan seorang rakan di facebook:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA??

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! p/s : hargai isteri anda…..

Tersenyum saya membacanya. Tak tahulah samada ini kisah benar atau rekaan semata. Hakikatnya memang ramai yang berfikiran sebegini. Sehinggakan di kalangan surirumah sendiri pun kadang kala terpacul juga di mulut yang dia tidak bekerja apabila ditanyakan apakah pekerjaan beliau. Kita dah terbiasa dengan istilah ‘bekerja’ yang merujuk kepada pekerjaan yang beroleh pendapatan yang kebiasaannya dibawah seliaan orang lain.

Saya musykil… agaknya ada tak surirumah yang tidak bekerja? Hmm… mungkin juga ada. Seorang surirumah yang bersuamikan orang kaya agaknya. Kerja2 rumah boleh serahkan pada pembantu rumah. Transport anak ke sekolah boleh gajikan seorang driver atau paling cokia pun naik van sekolah. Tak perlu susah payah cari duit tambahan dengan menjahit baju malam2 macam Puan Halimah. Orang selalu kata ala tai-tai gitu… duduk rumah asah kuku.

Alhamdulillah suami saya bukan seperti Encik Zainal. Bagi mereka2 yang dikurniakan suami yang bukan seperti Encik Zainal, hargailah suami anda…. gembirakan dan bahagiakanlah dia selalu🙂. Oooopss tapi bukanlah maksud saya mereka2 yang senasib dengan Puan Halimah tak perlu hargai suami. Sebagai isteri, kita tetap kena jalankan tanggungjawab kita kepada suami dan taat kepada mereka asal kehendak mereka tak menyimpang dari suruhan agama. Jika ada perkara2 yang tidak disenangi pada suami, doalah banyak2 agar suami diberikan hidayah dan dibukakan hatinya untuk berubah…

SELAMAT TAHUN BARU 2012 buat semua. Saya perlu lebih mahir dalam percaturan dan penggunaan masa  untuk hari2 seterusnya. Semoga Allah berkati dan redhai apa yang saya lakukan… Amin.

Quote: “Rugilah bagi mereka yang hari ininya sama seperti semalam, tercela bagi mereka yang hari ininya lebih buruk dari semalam dan beruntunglah bagi mereka yang hari ininya lebih baik dari semlaam” — dgr dari IKIM FM, merujuk kepada amalan kita seharian. Mari sama2 perbaiki diri kita setiap hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: