Sambutan Hari Lahir Yang Selari Dengan Ajaran Islam

by Yati Yusof

Di ruang ini saya tertarik untuk menaip isi2 kepada soal jawab yang dikendalikan oleh Ustazah Maznah Daud (AJK Penasihat Ibadah Haji/JAKIM) di dalam slot Fikah Wanita Majalah Anis (keluaran Januari 2012) berkenaan amalan sambutan harijadi di kalangan masyarakat kita.

Soalan yang menarik perhatian saya: Apakah yang hendak diraikan?

Ya, apa yang hendak kita raikan sebenarnya? Wanita terutamanya amat mengambil berat tentang tarikh lahir. Isteri boleh jadi merajuk besar jika suami tidak ingat akan tarikh hari lahirnya. Hakikatnya ramai yang tak perasan harijadi bermakna usia kita telah bertambah dan tempoh hayat semakin berkurang. Dalam kata lainnya kubur pun sudah kata mari… macam tak kena pulak kalau kita nak bergembira meraikannya jika difikir dari sisi ini kan… kecualilah setahun yang lalu kita telah isi dengan ketaatan sehingga kita rasa benar2 gembira.

Saya setuju dengan artikel Ustazah Maznah, jika benar setahun yang lalu kita telah manfaatkan masa yang ada dengan segala amal kebajikan, kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka wajarlah kita rasa gembira dan bersyukur. Adalah lebih baik jika kesyukuran itu diterjemahkan dengan menigkatkan lagi amal soleh, bukannya dengan membuat upacara sambutan yang tidak selari dengan ajaran Islam.

Sebaliknya, jika setahun yang lalu kita cuai dalam melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka kita patut berasa insaf, bertaubat dan perbaiki diri agar esok menjadi insan yang lebih baik. Manfaatkan usia yang dikurniakan (yang kita tak tau bila penamatnya) dengan amal soleh dan dekatkan diri dengan Allah.

KESIMPULAN:

  • Jadikan hari lahir sebagai hari muhasabah diri – sejauh mana kita telah berbakti kepada Pencipta yang telah memberikan kehidupan ini kepada kita.
  • Pada hari lahir anak2 patut merenung kembali jasa ibu bapa. Bertambah usia anak2, bertambahlah budi ibu bapa di dalam menjaga dan mendidik mereka. Sudah terbalaskah budi ibu bapa?
  • Usah biasakan anak2 menjadikan budaya di mana hari lahir adalah hari kita menanti dan menagih hadiah, terutama dari ibu bapa yang sememangnya sudah banyak berkorban untuk anak2.
  • Sebaliknya insan yang menyambut hari lahirnya itulah yang patutnya memberi hadiah kepada mereka2 yang telah berjasa  dalam hidupnya sehingga ke usia yang telah dicapai sekarang ini.

HUKUM:

Ada 2 pendapat ulama mengenai hukum sambutan hari lahir:

1) Sesetengah ulama berpendapat adalah haram sambutan harijadi yang mengadakan upacara meniup lilin, menyanyi dan menari dalam keadaan bercampur gaul lelaki dan perempuan kerana ianya perbuatan yang meniru budaya orang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: “sesiapa yang meniru satu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan kaum tersebut” (Riwayat Abu Daud).

2) Ada pendapat yang lain pula mengatakan sambutan hari jadi adalah perkara yang tiada nas mengenainya, sama ada menyuruh atau melarang. Oleh itu perlu dilihat kepada tujuan dan cara sambutan diadakan.

Wallahualam…

SELAMAT HARI LAHIR BUAT MEREKA2 YANG MENYAMBUT HARI LAHIRNYA PADA HARI INI.

Untuk penerangan hukum yang lebih jelas tentang amalan sambutan hari lahir, sila baca http://myibrah.com/hukum-meniup-lilin

Penerangan dari Ustaz Azhar Idrus pula

Hukum Sambut Hari Jadi / Birthday

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: