Aktiviti cuti sekolah

by Yati Yusof

Kali ini saya ingin berkongsi isi artikel Dr. Tengku Asmadi dalam majalah Anis keluaran November 2011: Tip Isi Masa Anak Selepas Periksa. Beliau telah meringkaskan apa yang selalu bermain di fikiran saya terutama bila cuti sekolah hujung tahun menjelang tiba. Berilah pendedahan kepada anak2 melalui aktiviti2 yang menekankan faktor2 yang berikut:

  • cari peluang bina bakat anak.

Dalam setiap individu ada kepandaian yang pelbagai. Jangan ingat yang tak dapat A dalam subjek bahasa / maths / science itu tak pandai. Mereka mungkin pandai dalam bidang lain seperti sukan, muzik, komunikasi, memasak, menjahit, bertukang atau hal2 berkaitan alam semulajadi. Carilah X-factor / pupuk bakat anak kita sekarang kerana ianya boleh menjadi punca mata pencarian mereka kelak.

  • siapkan diri anak bagi berhadapan dengan cabaran baru.

Bina keyakinan diri anak dengan cabaran baru yang bakal mendatang terutama anak2 yang bakal melangkah ke alam persekolahan baru seperti ke sekolah menengah (sekolah baru, kelas baru, kawan baru, tahap pembelajaran baru).

  • dedahkan anak dengan pengalaman baru.

Anak2 tidak tahu kebolehan dan kehebatannya sehinggalah dia terdedah dengannya. Contoh: Anak2 yang tidak pernah bermain boling tidak tahu yang dia bagus / berpotensi di dalam sukan itu. Oleh itu, berikan mereka peluang untuk merasai pengalaman itu.

  • bekalkan diri anak2 dengan kemahiran insaniah (soft skill).

Contoh2 kemahiran insaniah: kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, bergaul, memimpin, pemikiran kreatif dan kritis dan penyelesaian masalah. Kemahiran2 ini memerlukan masa untuk dibangunkan dan prosesnya berlaku secara berterusan. Sebahagian daripada kemahiran2 ini datang dari ibu bapa sendiri melalui pergaulan dan percakapan seharian antara kita dan anak2.

Waktu cuti inilah anak2 tidak sibuk dengan akademik, oleh itu mari kita gunakannya untuk membentuk peribadi dan polish kemahiran hidup mereka. Inilah rancangan saya untuk anak2 (11 tahun & 9 tahun) bagi cuti kali ini:

  1. Memasak dengan anak2. Ajar mereka resepi yang simple (semestinya sesuatu yang mereka suka makan dan asas. Mulakan dengan memasak nasi).
  2. Cubaan untuk menjahit – mungkin felt craft.
  3. Mencuci bilik air dan tandas sendiri serta kemahiran hidup yang lain seperti menyidai baju dan melipat baju. (Kita selalu ingat kerja ni mudah kan? Saya memang tak pernah ajar anak2 kaedah mencuci, end up saya yang kena cuci semua bilik air di rumah. Sudah tiba masanya kerja2 ini diagihkan.)
  4. Art & Craft. Aktiviti ni kami sekeluarga memang enjoy, tapi tak pernah luangkan masa betul2 untuk hasilkan sesuatu yang serius.
  5. Mencuba sukan baru (rock climbing, roller blade, kenu).

Harapnya rancangan berjalan lancar….  Oh ya, dalam merancang aktiviti ini semua, jangan terlepas pandang pula hal2 agama. Itu elemen penting yang wajib diperkukuhkan.

3 Comments to “Aktiviti cuti sekolah”

  1. 1) Tanam pokok (setakat yg dh berjaya:pokok cekor),nex projek pkk cili
    tugaskn mereka menyiram setiap hr
    2) Tukar tikar getah dapo (tolong menolong sms mengangkat brg2)
    3) Mengemas kain bj/brg2/toys lama n sedekah dkt org (kerjasama-tlg menolong n prihatin-beri pd yg memerlukn)

  2. Sukan memanah juga bagus terutamanya untuk melatih anak2 fokus. Hmm… nak cari info sukan memanah area Lembah Kelang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: