Aktiviti bersama anak-anak di dalam kereta

by Yati Yusof

Bagaimanakah anda dan keluarga menempuh perjalanan (berkereta) yang jauh iaitu lebih dari 2 jam? Kalau anak2 tidur sepanjang perjalanan mudahlah kerja anda. Kalau tidak, pasti ada yang kebosanan. Tak tentu arah ibubapa jadinya jika anak2 yang bosan mula buat perangai di dalam kereta. Biasanya anak2 kecil (umur prasekolah dan sekolah rendah) menunjukkan kebosanan mereka dengan: komplen, bergaduh sesama adik beradik, menangis, merengek dan mula meminta macam2 yang kadang2 buat kita naik geram. Itulah cara mereka meluahkan perasaan.

Permainan2 ini mungkin boleh membantu mengisi masa perjalanan anda dan dalam masa yang sama pemandu tidak akan rasa mengantuk serta ianya boleh menambah pengetahuan anak2:
1. 5 NAMA
Berikan anak anda soalan2 seperti: Berikan 5 nama tempat yang bermula dengan ‘bukit’ (Bukit Jalil, Bukit Gambir, Bukit Kepong, Bukit Merah, Bukit Fraser dan lain-lain lagi) / Namakan 5 jenis pisang / Namakan 5 jenis ikan / Berikan 5 nama binatang yang terdapat di dalam zoo / Namakan ibu2 negeri di dalam Malaysia / Namakan 5 jenama kereta dan bermacam2 lagi soalan boleh direka berdasarkan peringkat umur anak anda. Ianya boleh dilakukan secara ‘siapa cepat dia dapat’ atau untuk mengelakkan dari pergaduhan berikan mereka giliran.
2. TEKA-TEKI
Anak2 sukakan teka-teki. Jangan tak tahu, anak2 zaman sekarang juga ada teka-teki rekaan mereka sesama rakan2 yang banyak berkisar tentang dunia mereka. Inilah cara terbaik untuk berseronok dan berkongsi gelak ketawa dengan anak2.
3. BIJAK SIFIR
Soal sifir secara rawak kepada anak anda untuk memahirkan lagi sifir mereka.
4. BACA PLAT KERETA / PAPAN TANDA
Permainan ini sesuai untuk anak2 yang baru mula belajar untuk mengenal huruf dan nombor. Minta mereka bacakan plat kereta atau papan tanda di sepanjang perjalanan. Ianya satu latihan untuk mengenal huruf dan nombor tanpa perlu mengadap buku. Sorak dan sambutlah dengan gembira apabila mereka dapat membaca dengan betul. Mereka pasti bangga dan teruja.
5. IDOLA KECIL
Ajaklah anak2 anda menyanyi atau bernasyid bersama2 atau secara solo.
6. HAFAL DOA / SURAH
Anda boleh putarkan cd bacaan doa atau surah2 lazim di dalam kereta dan hafal bersama2.

Sekiranya anda ada permainan lain yang tidak terdapat di sini, saya amat berbesar hati jika anda sudi berkongsi dengan saya. Selalunya permainan nombor 1 & 2 mendapat sambutan hangat di kalangan anak2 yang sudah bersekolah.

4 Comments to “Aktiviti bersama anak-anak di dalam kereta”

  1. Bagi menambah ‘thrill’ pada permainan 1, tetapkan masa ie 5 jawapan dlm masa 5 saat.

  2. utk ank2 yg lebih kecil ble bg soalan aras yg lebih rendah,ty benada yg mula dgn certain huruf
    “Apa benda yg mula dgn huruffff…..K?”…”kacang!”…sape cpt dia la menang
    benda yg hitam,benda yg bulat….(gunakan sifat benda lbh mudah)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: