Kem Cuti Sekolah tren atau perlu? (Review Kem ASUH)

by Yati Yusof

Saya ingatkan gambar anak2 yg menangis ini hanya hiasan. Kata anak saya dia pun menangis macam tu semasa program 'hargai jasa ibu dan ayah'.

Pernahkah anda menghantar anak anda ke kem / program cuti sekolah? Ya, sedar atau tidak, program2 sebegini sudah menjadi seakan tren. Biasanya lebih kurang sebulan sebelum cuti sekolah, pihak2 penganjur berlumba2 mengiklankan program mereka di corong2 radio, suratkhabar, majalah dan media2 yang lain.

Walaupun ianya bagaikan tren, tetapi bukanlah sesuatu yang tidak baik. Secara peribadi, saya melihat senario ini dari sudut positif dimana ianya menawarkan produk2 yang bagus. Untuk memperolehi kesan atau hasil yang dijanjikan, ibu bapa haruslah meneliti samada yang ditawarkan itu padan / kena dengan apa yang kita ada dan perlu. Contohnya, lambakan program yang ditawarkan sebenarnya tidak sama antara satu sama lain. Masing2 punya objektif dan kelebihan tersendiri. Ada program menfokuskan kepada sahsiah diri pelajar, ada yang menekankan aspek2 akademik, manakala ada pula yang menjurus kepada pengukuhan agama, kombinasi yang telah disebutkan dan macam2 lagi. Kalau semua pun bagus, bagaimana nak memilih ya?

Rezeki mereka, kem ini mendapat liputan untuk program tv 'Kids on 2' (TV2). Gambar beramai2 bersama maskot program TV2 - Buzz (harap tak salah info).

Saya memang suka meneliti program2 sebegini lebih2 lagi sejak anak sulung menginjak usia belasan tahun. Saya akui, saya perlukan sumber2 tambahan dari luar untuk memantapkan daya tahan dirinya dari anasir2 yang tidak diingini. Sungguh…. saya takut sebenarnya… takut dengan apa yang ada di luar sana. Janganlah anakku tersalah langkah… semua ibubapa pastinya mendoakan anak2 berjaya di dunia dan akhirat, menjadi anak yang soleh dan solehah.

Pada cuti sekolah pertengahan tahun yang baru berakhir, saya menghantar anak sulung menyertai Kem ASUH anjuran Galeri Ilmu SDN BHD (penerbit majalah Asuh) dengan kerjasama Exact Training Consultant. Ini adalah kali kedua anak saya menyertai program cuti sekolah. Pada tahun lalu, program yang disertai lebih kepada program akademik. Jadi kali ini saya mahukan sesuatu berbeza. Mengapa saya memilih program ini? Mengapa tidak pergi ke program2 yang dianjurkan oleh pakar2 motivasi yang lebih terkemuka? Jujurnya, perkara pertama yang menarik perhatian saya apabila membaca iklan Kem ASUH ialah gambar2 hiba peserta2 yang mengalirkan airmata dan juga gambar2 aktiviti luar yang dijalankan. Yang penting persetujuan tuan empunya badan yang akan menghadirkan diri. Anak saya lelaki, berumur 11 tahun. Pastinya dia tidak akan betah dengan program indoor sahaja. Malah saya sendiri mahukan anak saya didedahkan dengan aktivit2 luar yang membolehkan dia berinteraksi dengan alam. Selain daripada itu, saya harapkan sesuatu yang dapat membuka minda anak saya… bersyukur dengan apa yang dia ada dan ada rasa tanggungjawab. Maka, hadirlah anak saya di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam selama 5 hari.

Sepanjang 5 hari kami tidak berhubungan lantaran telefon bimbit tidak dibenarkan penggunaannya. Memang berdebar kala saat bertemu semula anak yang sebelum ini hari2 di depan mata. Keinginan untuk tahu apa yang dilaluinya sepanjang tempoh itu membuak2.

Saat anak2 diserahkan kembali kepada ibubapa.

Hari yang ditunggu tiba jua. Pada hari terakhir Kem ASUH, sebelum anak2 diserahkan kembali kepada keluarga masing2, pengarah Exact Training, En. Fazli telah mengadakan perkongsian ringkas dengan ibubapa selama lebih kurang 30 minit. Syabas saya ucapkan kepada En. Fazli, kerana perkongsian singkat itu pastinya amat meninggalkan kesan kepada banyak hati yang hadir. Saya yakin ianya sebuah perkongsian yang ikhlas dan luhur untuk melihat generasi Islam yang cemerlang dunia dan akhirat. Empangan air mata saya pecah…… (saya percaya bukan saya seorang), 30 minit bah di Ulu Yam. Nota ringkas perkongsian yang sungguh hiba dan syahdu:
• Mendidik anak zaman ini sememangnya mencabar dan ianya harus dilakukan dengan cara yang lembut, penuh kasih sayang. Mungkin cara disiplin ala2 tentera, paksaan atau kekerasan tidak relevan lagi.
• Ketahuilah… anak kita memiliki perwatakan yang berbeza di rumah, di sekolah, dan disamping teman2… jangan ingat apa yang ada di depan mata kita itulah yang dibawa ke luar sana. Waspadalah wahai ibubapa.
• Kira semula berapa lama dalam sehari kita habiskan masa bersama anak2? Kadang2 mereka tak minta banyak, cuma sekadar ciuman, dakapan, belaian kasih sayang dan perhatian. Pernahkah hati anak2 diselami?
• Lengkapkanlah anak2 dengan perisai / pendinding utama yang tiada tandingannya iaitu SOLAT. Untuk anak2 SOLAT tanpa culas, ibu bapa adalah model mereka.
• Jaga hubungan kita dengan Allah, jaga hubungan kita dengan kedua ibu bapa dan jaga hubungan kita dengan anak2.
• Hindari ungkapan2 negatif terhadap anak2. Contoh: degil, keras kepala, nakal dll.

Wudhu' dan solat anak2 diperiksa dan dikemaskini sewaktu kem berlangsung.

Kem ASUH telah menjadi jambatan / orang tengah dalam mengisi ruang2 lompong yang ditinggalkan oleh sesetengah ibubapa dan membuka mata akan kesilapan2 di dalam hubungan ibubapa dan anak.

Sekembalinya anak saya dari kem ini, kami melihat perubahan positif di dalam dirinya. Syukur Alhamdulillah tidak terhingga…. Semoga ianya berkekalan dan bertambah2 di hari mendatang. Fikirannya nampak lebih matang, tidak memikirkan diri sendiri sahaja dan tahap toleransinya lebih tinggi daripada biasa. Saya nampak yang kini dia berusaha untuk melihat sesuatu itu dari perspektif kami, dan kami juga cuba untuk memahami apa yang dia inginkan dan rasakan. Proses komunikasi kami bertambah mudah dan baik. Sesi ‘kenangi jasa ibu dan ayah’ semasa di kem sememangnya amat berkesan bagi anak2 yang hadir…. Saya sendiri tidak mampu untuk ‘menyedarkan’ anak saya dengan tangisan yang begitu hiba (ibubapa ditayangkan dengan gambar2 aktiviti2 sepanjang program). Aktiviti2 seperti flying fox, survival di dalam hutan dan meredah sungai sudah pasti akan meninggalkan memori gembira yang tak akan mereka lupakan. Sila lawat photo album Galeri Ilmu di facebook untuk melihat aktiviti2 mereka.

Acara kegemaran ramai.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang telah menjayakan program ini. Saya percaya, sesuatu yang dilakukan bukan atas dasar nilai wang ringgit semata pasti membuahkan sesuatu yang diluar jangkauan minda. Dengan pengalaman ini, mengapa tidak saya unjurkan kepada ibubapa di luar sana untuk memberikan peluang yang sama kepada anak mereka juga…

Sesuatu yg baru bagi anak saya, dan dia menyukainya (saya dulu2 pun mcm tu juga🙂 ).

6 Comments to “Kem Cuti Sekolah tren atau perlu? (Review Kem ASUH)”

  1. haha.saya pernah hadir kem asuh bulan jun 2011!!syok ape..🙂

  2. Salam Puan Yati…,

    Terima Kasih diatas sokongan dan dorongan puan kepada pihak kami…,dengan rasa rendah diri kami amat teharu dengan pengakuan dan komen ikhlas daripada pihak puan yang ingin melihat kebahagiaan dan juga semangat jati diri yang jitu bagi anak2 islam kita pada masa kini dan, sesungguhnya kami tidak layak untuk menerima pujian sebegini kerana kami di barisan Jurulatih Exact Training Consultant hanya memikul amanah daripada pihak tuan/puan sekelian untuk sekadar menjentik hati naluri anank2 dan meniup rasa kasih serta tanggungjawab mereka sebagai seorang anak kepada ibubapa mereka dan juga agama…Alhamdulillah puan kami turut bersyukur dengan perubahan pada anak puan…,semoga ia akal kekal abadi di sanubari anak2 tuan/puan semua… amieennnnnn……

    Salam Kenangan dari Kami Barisan JL ETC

    P.Urusan(01)
    S.JLK (02)
    FK( 09)
    JLK(10)
    P.Operasi(20)
    FS (25)
    FS (28)
    FS (29)

    • Semoga usaha murni fasi2 sekelian beroleh balasan yang baik. Teruskan mempertingkat kualiti program. Kalau boleh tkr2 aktiviti di setiap kem sbb ramai juga peserta yg dtg bukan utk pertama kali. Lps ni boleh saya hantar anak2 saya lagi. InsyaAllah…

  3. Terima kasih kerana memberi komen yang sangat menyentuh hati saya… Semoga ianya terus membakar semangat kami untuk bekerja dengan lebih gigih ke arah sama-sama membina generasi muda yang berkualiti. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami.

    Mohd Fazli Abdul Manaf
    Pengarah Urusan
    Exact Training Consultant.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: