(Aargghhh… tak sempat masak lagi…) Macamana nak jadi ‘sempat masak’

by Yati Yusof

Sindrom tak sempat masak ni terjadi bukan sahaja kepada ibu2 bekerja, malah boleh juga melanda stay-at-home mom lebih2 lagi jika mereka juga menyandang status work-at-home mom. Ini ada beberapa tips untuk anda sempat memasak dirumah walaupun ketika masa yang suntuk (tapi kalau malas nak masak lain cerita ye🙂 ). Masak lah resepi yang mudah2…

1. Kupas bawang banyak2 dan simpan stok seminggu dalam peti sejuk. Bila nak masak senang…. ambil jer beberapa biji yang diperlukan.

2. Sesiapa yang selalu guna cili kisar dalam masakan, elok sangatlah kisar banyak2 sekali gus dan simpan dalam peti sejuk juga (penuh laaa peti hikmat…). Resepi untuk cili kisar yang tahan lama: kisar cili kering, bawang putih dan garam sikit (bawang merah jangan… tambah bawang merah masa nak masak nanti). Masukkan dalam bekas (tidak bertutup) dan simpan dalam peti sejuk. Kalau bertutup, nanti bekas akan berair dan ini mempercepatkan cili kisar jadi tak elok dari segi rasa. – Tips dari adik ipar yang diturunkan oleh mak mertua dia🙂. Tqvm.

3. Plan menu masakan untuk seminggu… jadi tak jadi masak belakang kira. Yang penting niat dah ada. Bila dah plan, bahan2 utama untuk resepi tu dah boleh standby dalam peti sejuk. Keluar beli bahan2 pun sekali aje dalam seminggu, jimat masa dan tenaga, malah lebih ekonomi.

4. Letakkan bahan2 mentah seperti ayam, daging atau ikan yang beku ke dalam ‘chill room’ peti sejuk anda malam sebelum bahan2 itu hendak di masak. Cepat sikit proses defrost.

5. Anda boleh juga masak satu2 resepi (yang berasaskan ayam, ikan atau daging sahaja. Sayur tidak sesuai) itu dalam kuantiti yang banyak. Kemudian apabila lauk tadi sudah sejuk, asingkan kepada beberapa portion (agak2 untuk sekali makan) ke dalam bekas plastik tahan beku dan bekukan ke dalam freezer. Bila2 tak sempat masak boleh la gunakan lauk beku ini… tapi kena defrost dan panaskan dulu sebelum makan. Perlu diingatkan, lauk ini mestilah lauk yang baru dimasak, iaini lauk yang belum disentuh lagi… kalau lauk baki yang tak habis tak digalakkan buat macam ini kerana nanti bila reheat, rasa tak fresh… tak sedap. Ditakuti kena keracunan makanan pula. (Kaedah ini diperkenalkan oleh ibu saudara saya. Dia gelarkan lauk begini ‘lauk purba’🙂 )

6. Pastikan bahan2 asas bagi masakan2 mudah yang anda dan keluarga gemar makan sentiasa ada stok, seperti telur, sardin, udang, timun dll.

7. Sediakan ayam (bahagian dada), udang dan sotong yang sudah dibersihkan dan diasing2kan dalam kuantiti yang sedikit di dalam peti beku anda. Bahan2 yang sikit2 ni boleh dijadikan rencah dalam masakan mudah seperti nasi gorang, mee goreng atau lauk2 mudah lain. Bila kita simpan asing2 sikit2, senang nak keluarkan dan cepat defrost. Maka cepatlah kita memasak.

Kalau anda ada tips2 yang lain, boleh la share dengan saya juga ye…

4 Comments to “(Aargghhh… tak sempat masak lagi…) Macamana nak jadi ‘sempat masak’”

  1. Salam kunjungan… blog menarik.. singgah la ke blog saya😉

  2. Thanx for the tips….nak tambah sikit…Nak Lagi senang, masak cili n bawang siap2 until kering Dan letak Dlm peti. Nak masak tambah air je tak yah tunggu pecah minyak lama2.
    Kalau family member ramai , boleh beli dishwasher Dan Guna bila rasa letih sangat nak basuh..especially kalau balik kerja dah mlm2.
    Periuk nasi Ada yg digital siap timer ie nak masak nasi kul berapa…boleh setkan siap2.
    Penggunaan dryer Dan hanger mencepatkn segala urusan…tak perlu sidai/gosok. Rumah Dan dapur pun kemas tak Sakit lepas;))) mcm Ada maid kat rumah..kena invest sikit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: