Begini Sayang…

by Yati Yusof

Anak saya dahulu pernah bertanya “macamana baby keluar dari perut ibu?” Masa tu saya ambil masa yang lama untuk memberikan jawapannya. Puas fikir… Sebaliknya saya menyoal anak saya semula “ha… cuba teka, agaknya2 baby keluar dari mana?”. Anak saya meneka yang baby keluar dari pusat, tetapi dia pelik juga mana mungkin kan sebab pusat tu kecil aje. Akhirnya saya memberi jawapan juga walaupun ada satu jawapan yang kurang tepat. Jawapan saya ialah: 1. Baby keluar dari perut. Doktor akan gunting kulit perut sikit bagi ruang untuk baby keluar (auwww…. sungguh ngeri bagi budak kecil untuk membayangkannya)  2. hahaha yang ini kelakar sikit… jawapan yang tak betul. Tapi masa tu saya dah tak ada idea lagi, saya cuma teringat yang kawan saya pernah memberikan jawapan sebegini pada anak dia. Saya pinjam lah. Saya menjawab secara melawak… “baby keluar kat tempat buang air besar kot” hehehehh “yeeee yaikssss ” respon anak saya. Ketika itu saya lupa untuk mengaitkan hal ini dengan kebesaran dan kekuasaan Tuhan. Astaghfirullahalazim….. Apabila saya nampak buku ini (seperti gambar di atas) dan membelek2 isi kandungnya, yesss…. inilah yang boleh membantu saya menjawab soalan2 dari anak saya.

Walaupun ketika menaip saya belum lagi habis membaca buku ini, tetapi apa yang boleh saya katakan mengenainya ialah ia memang mantopss! Sangat bagus untuk ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak2 yang sedang membesar. Buku ini memberi kita ilham bagaimana nak memberi jawapan yang jujur dan bernas serta menanamkam persoalan2 tauhid, akidah dan taqwa kepada soalan2 yang sering diutarakan oleh anak2 dalam bahasa yang mudah. Contohnya ye… jawapan kepada macamana adik boleh ada dalam perut ibu?, macamana nak ajar anak solat dengan cara berhikmah, berpuasa, cara2 berdoa, kenapa manusia mati dan dimasukkan ke dalam kubur dan lain-lain lagi. Di dalam menjawab pertanyaan anak2, tarbiahnya bukan untuk mereka semata2, tetapi untuk kita juga.

Isi kandungnya terbahagi kepada 2, bahagian pertama merupakan ‘diary ayah’ (ada beberapa bab dalam bahagian ini) dan bahagian kedua ialah ‘diary ibu’. Setiap satu bab tidak berkait dengan bab yang lain, dan bab2 ini akan disudahi dengan mutiara kata buat ibu bapa. Lebih kurang tips juga la… Jadi kita boleh baca lompat2.

Menariknya buku ini ditulis oleh sepasang suami isteri. Ianya dari pengalaman mereka membesarkan anak2 sendiri. Bahasanya ringkas dan santai. Saya rekemen sangat2 anda semua memiliki buku ini (penulis: Mohd Hisham Mohd Sharif & Hasifah Zainuddin, terbitan Galeri Ilmu). Saya review buku ni bukan kerana dapat komisyen atau imbuhan apa2… sekadar berkongsi benda yang baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: