Stay-at-home-mom (sahm)??

by Yati Yusof

Stay-at-home-mom @ homemaker @ housewife @ surirumah , tak kira apa jua istilah yang diguna pakai, bidang kerjanya adalah sama. Dipendekkan cerita, saya sudah merasa bekerja ‘makan gaji’ dan tidak ‘makan gaji’ (surirumah sepenuh masa dan merima elaun bulanan🙂 Alhamdulillah… terimakasih suamiku.). Hingga kini, hati saya masih belum terbuka untuk kembali makan gaji dan menyertai dunia korporat. 

Betul tak kalau saya katakan biasanya ramai yang menggambarkan seorang surirumah saling tak tumpah rupa keadaannya macam dalam gambar di sebelah? Heeee sungguh mengerikan!! Sentiasa sibuk dengan kerja rumah yang tidak pernah berpenghujung, diri sendiri yang kurang terurus, stress, comot dan sebagainya… tahukah anda bahawa anda ada pilihan untuk tidak menjadikan diri anda sebegini rupa? Jangan jadikan surirumah sebagai last resort option anda kerana ada banyak kepuasan yang bakal anda perolehi dari kerjaya ini sekiranya anda lakukan ia dengan keadaan sedia, punyai wawasan hidup, ilmu pengurusan masa dan kerja yang baik.

Pengorbanan wanita yang telah memilih untuk menjadi sahm bukanlah sedikit. Harapnya teman sekatil sedar akan hakikat ini dan penghargaan serta fahaman yang setimpal diberikan kepada rusuk kirinya itu. Sesungguhnya pulangan yang bakal diperolehi tidak dapat digambarkan dengan kata2 sekiranya tugasan ini dijalankan dengan penuh ikhlas dan redha.

InsyaAllah blog ini bukanlah untuk mempengaruhi semua wanita2 bekerja untuk berhenti kerja (kerana saya suka dan kagum dengan wanita2 di luar sana yang berjaya di dalam karier mereka), tetapi sekadar berkongsi pengalaman dengan mereka2 yang ada niat untuk menceburi bidang ini agar mendapat sedikit panduan. Dalam masa yang sama saya juga berharap agar isu2 yang bakal dipaparkan dapat memberi motivasi buat wanita2 yang sudah selamat menjawat jawatan ini. Selain daripada itu, harapan saya mereka2 yang bukan stay at home mom atau kaum adam sekalipun sudi membaca coretan saya untuk mengisi masa senggang anda dan memahami dunia kami. Teruskan bersama saya……..

4 Comments to “Stay-at-home-mom (sahm)??”

  1. tahniah!…cita2 dh tercapai…permulaan yg baik…teruskan usaha…

  2. That was a frankly joy of a piece of writing!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: