Tip Membawa Bayi Naik Kapal Terbang

by Yati Yusof

Entah kenapa tiba2 memori menerawang saat kami sekeluarga ke Jepun mengikuti suami yang ditugaskan ke sana kira-kira 8 tahun lalu. Sewaktu itu anak saya 2 orang. Anak yang sulung berumur 2 tahun, sementara yang ke-2 baru selesai tempoh berpantang. Itulah pengalaman pertama saya membawa anak2 menaiki pesawat untuk tempoh perjalanan yang agak lama. Persiapan yang teliti amat perlu bila membawa bayi atau anak kecil. Di sini saya mahu berkongsi pengalaman untuk para ibubapa yang akan menempuh perjalanan seumpamanya:
• Gunakan backpack (beg sandang belakang) untuk hand luggage kerana dengannya tangan anda bebas dan mudah untuk melakukan banyak keperluan lain dalam perjalanan.

• Pastikan backpack anda mengandungi:
1. beberapa keping lampin pakai buang (anggarkan keperluan)
2. tisu basah (mini packed wet tissue)
3. dua persalinan baju
4. botol susu (jgn bawa air panas dalam thermos / air kosong dlm botol. Naik kapal terbang tak boleh bawa air/ cecair. Jgn risau, boleh minta dari cabin crew bila dh terbang nanti).
5. bagi bayi yang minum susu formula, gunakan bekas susu yang mempunyai beberapa ruang untuk mengisi susu yang telah siap disukat untuk sekali bancuhan. Jgn pula bawa tin2 sekali dlm backpack, tak praktikal. Tin susu boleh disimpan dlm beg besar.
6. bagi bayi yang sudah mula makan, elok dibawa makanan di dalam botol kecil – banyak dijual di pasaran (sesetengah kapal terbang ada menyediakan makanan bayi, anda perlu membuat tempahan awal untuk ini).
7. Permainan yang praktikal untuk dibawa. Bayi pastinya bosan duduk lama2 dalam kapal terbang. Permainan percuma di dalam pesawat ada juga (jika ada stok). Tetapi kadang2 ianya tidak sesuai untuk usia anak anda.
8. ‘Bantal busuk’ atau selimut kegemaran sekiranya ada.

9. Beg plastik kosong. Boleh digunakan kala kecemasan eg. nak buang lampin yg dipaliti ‘kuih’ yg tak tertahan dek idung, isi baju basah / kotor.

10. Sehelai baju si ibu. Menjaga bayi kadang kala memang comot. Dengan makanan yg tertumpah la, kebocoran lampin la… maka elok ambil langkah ini.

• Pastikan anda menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Jika tidak, anda harus memegang bayi anda di atas riba sepanjang perjalanan. Penat tu…

Bayi di dalam bassinet. Kedudukannya tergantung pada dinding kapal terbang. Hanya untuk tempat duduk hadapan sahaja.

• Untuk makanan bayi atau anak kecil, anda perlu membuat makluman awal juga kepada syarikat penerbangan.
• Bawalah stroller. Anda boleh membawa stroller hingga ke pintu kapal terbang. Apabila sampai di airport yang hendak dituju, dapatkan semula stroller di tempat yang sama sebelum ke baggage claim area. Kalau tak pasti, bertanyalah pada kakitangan di sana / cabin crew.

• Apabila kapal terbang berlepas dan mula naik ke udara, telinga akan berasa sakit dan berdengung. Ini pastinya akan membuatkan bayi tidak selesa dan menangis. Untuk mengurangkan ketidakselesaan ini, susukan anak anda / berikan dia minum menggunakan botol ketika pesawat sedang berlepas. Lakukan yang sama ketika proses mendarat.

• Bawalah bayi berjalan2 di dalam pesawat apabila dia sudah kelihatan bosan.

Sedapnya titonn.... kalau bayi anda selesa, rileks la kita. Jika tidak.... mau semua passenger bengan aje dgn kita.

About these ads

20 Comments to “Tip Membawa Bayi Naik Kapal Terbang”

  1. wahhhhh bagusnya tips ni :) cuma saya blom boleh praktikkan lagi ;)

    • Bole jer kalau betul2 nak praktik… pinjam baby org bawa pi travel, bg mak dia honeymoon kejap heheh . Nak pinjam anak saya yg kecik pun bole. Considered toddler, bukan baby, lg senang.

  2. Excellent article. Good sharing. selalunya kami bawa air panas dlm thermos dan simpan dlm begpack with all other baby’s stuff bawa naik plane. Dan tak pernah ada issue pun dgn airport security.

    • oo lepas ek? Never tried since air mineral dlm botol kecil pun derang suruh buang… menurut perintah aje. Tqvm for sharing Ariana’s photo here… :). Dh minta izin kat fb mummy dia.

  3. sgt berguna artikel ni.mekaseh la kongsi2.bakal dipraktik awl tahun depan balik mesia dr jpon. risau tak abeh2 gak ni..

    • Don’t worry. Mudah2an semua akan berjalan lancar utk u nanti. Kalau melibatkan transit leceh jugak. Fikirkan pasal segala kemungkinan yang ada dan kena sediakan. Good Luck!

  4. kalu nk bwk stroler mcm mana ek..blh kah di bwk smpai kedlm kapal dan simpan dlm deck ats tu

    • Boleh bawa stroller sampai di pintu masuk kapal terbang. Sebelum masuk, lipat stroller dan bagi pada staff yang bertugas di luar pintu masuk / bagi pada peramugari dan peramugara. Nanti bila sampai destinasi, ambil semula stroller di luar pintu kapal terbang. Kalau tak pasti apa2 tanya je peramugari/ peramugara/ staff bertugas. Biasanya mereka sedia membantu.

  5. bassinet tu kna charge x???mksudnya dok seat depan jeke bley request bassinet???

    • Bassinet tak kena charge. Kita kena request masa check in. Kalau request bassinet kita memang kena duduk di seat depan sekali. Tak blh nak pilih tepi tingkap atau lain2 seat sbb bassinet tu dipasang pada dinding seat depan. Kesimpulannya, kalau nak request bassinet, you takde choice nak pilih seat. memang kena duduk lane tengah dan row depan sekali. Harap jelas…

  6. bgus btul artikel ni. dpt gak membantu next week nk balik swk bawa baby 5mths. mohon izin share boleh?

    • Terima kasih sudi singgah di sini Maureen. Memang info ini untuk dikongsikan… Silakan. Moga memberi manfaat jua bagi yang membacanya. Moga perjalanan Maureen lancar.

  7. thanks sesangat atas artikel ni.. mmg blur nk bwa bby naik flight 8 jam next week ni camne.. sangat mmbantu!!! =)

  8. terima kasih sis..sgt berguna info ni utk saya..nak bwk baby pergi sydney..sblm ni x tido mlm memikirkan cara nak bwk susu ngan stroller..sekarang dah tau caranya..:)

  9. tq kak .. info berguna utk saya .. ahad depan 6/09/13 dah nak terbang ;-)
    first time pergi bercuti ada baby tua.. 4yrs nanti tak pasal2 menjerit mama nak botol!!!! ;-)

  10. nak terbang 6/10/13 ;-)

  11. Bulan depan nak balik sabah. Risau pula fikir pasal sakit telinga masa naik kapal ni. Sebelum ni memang tak ada masalah, tapi risau anak la. Masa baby dengan umur dia setahun , tak pernah kena sakit telinga masa naik kapal. Sekarang umur dia dah 3 tahun. Takut kena masa ni pulak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 462 other followers

%d bloggers like this: