Tips melegakan pernafasan bayi yang berkahak

by Yati Yusof

Baru2 ini seorang kawan saya begitu runsing memikirkan cara untuk mengubati dan mengurangkan ketidak selesaan bayinya yang diserang batuk berkahak dan selsema. Bayinya yang belum pun berumur 1 tahun itu nyaris dimasukkan ke hospital. Bronchitis dan pneumonia adalah antara penyakit lanjutan dari batuk berkahak dan selsema yang kerap menyerang bayi dan kanak2. Semasa anak2 saya masih bayi mereka juga pernah diserang penyakit2 ini. Saya berpengalaman menjaga anak sulung di hospital selama seminggu gara2 bronchitis. Ianya memang sesuatu yang tidak ingin saya lalui lagi. Di sini ingin saya berkongsi tips untuk melegakan ketidak selesaan batuk selsema bagi bayi dan kanak2 dan mengurangkan kahak (di samping ubat-ubatan yang doktor bagi). Tips2 ini ada yang diperolehi dari tunjuk ajar doktor2 yang pernah mengubati anak2 saya, bahan bacaan dan juga petua org tua2 dan kawan2.

1.  Mandikan dengan air suam (anak kecil lebih2 lagi yang belum mencecah umur 2 thn, eloklah dimandikan dgn air suam walau dalam keadaan sihat).
2. Keluarkan kahak slps mandi air suam lebih mudah kerana kahak / hingus agak cair waktu ini.
Cara keluarkan kahak:
– sedut cara manual guna mulut (saya kurang arif cara ini. Jadi tak boleh nak ulas lanjut. Pernah cuba tapi tidak berjaya).
– sedut gunakan tiub penyedut hingus (sila lihat gambar yang saya sertakan di atas. Saya rekemen yang ini, jenama Pigeon. Mudah digunakan serta lumayan hasilnya :)
3. Wapkan bayi. Caranya: masukkan air panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam 1 bekas yang agak lebar. Titiskan minyak yu yi atau minyak2 jenama lain yang seumpamanya ke dalam air panas. Bawa muka bayi dekat dgn wap air, (selubungkan kain atas kepala agar wap lebih tertumpu pada muka bayi. Kalau boleh muka anda masuk sekali untuk memastikan keselamatan bayi). Hati2 kerana air panas. – hasilnya: melegakan rongga2 pernafasan.
4. Tepuk2 bahagian belakang dan hadapan badan bayi dengan tapak tangan. Caranya: Bentukkan tangan anda seperti mangkuk, dan tepukkan badan anak anda. Gerakkan tangan perlahan2 sambil menepuk seluruh kawasan badan anak. Bunyinya memang agak kuat, tetapi tidak menyakitkan anak.
5. Bagi bayi di bawah umur 1 tahun, biasanya doktor tidak galakkan untuk diberikan madu atas faktor alahan. Untuk anak yang melebihi 1 tahun umurnya, boleh campurkan secamca madu dengan 200ml air suam dan berikan pada anak. Bagi anak yang sudah besar, boleh dimakan terus dari camca. Pastikan tidak menggunakan camca besi. Gunalah sudu dari bahan plastik / kayu. (Nasihat dari pengusaha2 madu).
6. Makanan lain yang boleh mngurangkan penghasilan kahak (untuk bayi yang sudah boleh makan): buah prune, prune jus dan kurma. Pisang dan buah-buahan tropika eloklah dijauhi buat sementara waktu.

7. Selepas mandi, sapukan tapak kaki bayi dengan minyak telon / yu yi / vicks atau apa2 yang seumpamanya (pastikan selamat untuk umur bayi) dan pakaikan stokin.

8. Untuk meredakan selsema hidung tersumbat, boleh juga amalkan petua orang lama ini: ambil kunyit basah sebesar ibu jari (bukan serbuk), asah hujungnya pada lesung batu hingga terbit air kunyit. Sapukan kunyit yang diasah tadi pada batang hidung anak.

Semoga anak2 kita sihat dan dapat melakukan aktiviti harian mereka dengan cemerlang.

About these ads

19 Comments to “Tips melegakan pernafasan bayi yang berkahak”

  1. rayo
    tq sharing..bby aku dah 3 minggu ni ‘dikerjakan’ oleh selsema..

    • Harap tip2 tu dapat membantu. Bb kalau tak selesa byk meragam kan… kalau blh every time sblm makan & sblm tdo sedut hingus. Bila bb makan & tdo ok, insyaAllah dia happy.

  2. my boy 10mth kene btuk selsema cuma support dgn scott emulsion je.nk bg ubt btuk tkt pulak coz ada tbaca kt website ubat btuk boleh sbbkan pendarahan otak.yela kte mst nk buat y tbaik utk ank.dan skrg sedang mencuba tips wapkn bilik air dgn air panas dan legakan pnfsn baby dgn udara lembap dlm 2

    • Pn Jue, semoga petua2 tu dapat bantu legakan batuk selsema anak puan. Tetapi kalau dah seminggu tak baik2 juga atau bertambah teruk, ada baiknya puan bawa jumpa doc. Kalau doc pakar kanak2 lg bagus. Kadang2 terpaksa juga guna ubat, tapi ubat yg doc bagi shj. Jgn beli ubat sendiri di kaunter farmasi. Bayi di bawah umur 1 tahun ni mmg kena lebih berhati2 dan rumit penjagaannya. Semoga si comel cepat sembuh….

  3. Salam..
    Tq atas perkongsian yg sangat bermakna.. Anak kedua sy mmg prnh masuk wad sbb jangkitan paru2 masa umur setahun lebih, tp sejak dia dh lebih dua thn ni, ok la, cuma kalau selsema mmg akan beri kesan pd pernafasan & selera makan. Sy nk tanya mana nk beli penyedut hingus tu..? Ada jual di kedai barangan baby ke..? Sbb sekarang baby sy yg baru berusia 2 bulan kena selesema, terjangkit dr abang2nya.. Risau la takut jadi cm abangnya pulak..

    • Wan Yati, terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya. Penyedut hingus tu jenama Pigeon. Memang tak byk tempat yg ada jual pattern sedut mcm tu. Kalau di KL so far saya pernah jumpa di Jusco MidValley. Ia dijual di dalam case plastik keras lutsinar.

  4. tq so much…kekadang anak sakit, kita smpai blur la……tak tau nk buat per…tq for the info…

  5. sis…thanks perkongsian ni…anak sy baru je 3 bulan..dalam 2 3 hari ni bila df dia cam tak selesa…semalam baru perasan dia kena selesma bila kuar hingus…pastu macam ada bunyi kahak juga la dalam dada dia….sy share kat fb ya petua ni..:)

  6. As’salam..puan yati..sy ingin bertanya..alat peyedut kahak berkenaan ada dijual di jusco midvalley bhgian bayi ke??kmudian,ank sy mengalami masalah kahak..walau pun tiada demam..tetapi kadangkala bila bernafas,ada bunyi…apa yg sy risau benda ni da start dr dia kcil lg..hrini gnap 6bulan 3hri..n msih mempunyai masalah tersebut..sudah jelaskan pada dktor ketika cucuk imunisasi..dktor hanya bagi ubat titis di hidung pada bayi sy..namun bayi sy akn refflek keluarkan ubat tersebut semula..sy harap puan yati dpt membantu

    • ya, penyedut hingus tu dijual di bahagian bayi. Jenama Pigeon. Ianya dijual di dalam bekas (casing utk menyimpan).
      Harap maklum ya, saya ni bukan doktor. Sharing saya berdasarkan pengalaman sendiri, bacaan dan perkongsian dari doktor & teman2 serta saudara mara. Sekiranya masalah bayi berlarutan dlm masa tempoh yg lama, elok bawa berjumpa doktor pakar kanak2 utk second opinion. Moga bayi sembuh dan sihat cergas.

  7. Terima kasih krn perkongsian ini
    Baby sy baru berusia 55 hari bila bernafas ada bunyi kt dlm dada..
    Seolah2 ada byk kahak dlm dada n kerongkong dia cos bunyi masa bernafas..sis boleh tak terangkan tak cara penggunaan alat penyedut kahak ke hingus pigeon tu dgn detail?sy ucapkan byk2 terima kasih pd sis ye.

    • Dear sis,
      Pls refer pd gambar yg saya post utk fhm penerangan ini. Hujung muncung yg bsambung dgn bekas kecil lutsinar tu akan dimasukkan ke dlm lubang hidung baby. Hujung tiub yg pjg tu pula akan diletakkan di mulut ibu untukmenyedut. Masukkan tmp utk hidung tadi sambil menyedut di hujung tiub. Nanti hingus yg disedut akan masuk dlm bekas lutsinar. Harap penerangan saya dpt membantu. Terima kasih… Moga baby sis cepat sembuh.

  8. Hi, tq sebab share petua nie.. apa yg membinggungkan saya adalah bayi saya baru berusia 2minggu, dia tak batuk dan selesma, tapi after je bf mesti saya terasa ada kahak kat tengorok dan dada, tapi bernafas tak berbunyi.. saya belum cek mana” dr pakar lagi.. cuma risau sebab ketidakselesaan anak time menyusu.. adakah itu membahayakan?

    • Tahniah! Ats kelahiran bayi puan. Kalau rasa tak pasti / risau dgn keadaan bayi yg baru lahir, elok rujuk doktor pakar kanak2. Moga puan & baby sihat sepanjang tempoh berpantang dan seterusnya.

  9. Sis boleh explain siket pnggunaan pnyedut hingus yg digunakan utk sedut kahak? Macam mana tuu.. Msuk tube ke ank tekak ke ?

    • Bkn masuk kat tekak sis… Ngeri i dgr. Tu dh mcm doktor plak :). Hjg yg bentuk bulat ada muncung sikit tu letak kat lubang hidung baby. Hjg tiub pjg tu kat mulut kita. Sedut ke dalam. Mcm sedut minum air. Nanti hingus dlm hidung baby akan tertarik masuk dlm bekas lutsinar. Moga jelas penerangan ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 464 other followers

%d bloggers like this: