Sambungan dari ‘Dilema nak berhenti kerja atau tidak’

by Yati Yusof

 

Keputusan ini bukan main2 kerana ia akan memberi kesan yang besar kepada keluarga anda. Oleh itu sebelum meneruskan niat, fikir dan timbanglah semasak2nya kelebihan & kekurangan keputusan yang bakal diambil. Antara perkara2 yang perlu anda fikirkan dan bincang dengan pasangan:

1. Kenali diri anda sebelum membuat keputusan. Mengapa anda mahu menjadi surirumah sepenuh masa?

INGAT: menjadi sahm bukanlah mudah. Malah ianya lebih memenatkan jika dibandingkan kerja2 dipejabat sekiranya anda tidak mahir didalam hal2 menguruskan masa, menguruskan aktiviti harian serta kaedah2 mengurus rumah yang cepat, pantas dengan hasil yang baik. Untuk menjadi seorang surirumah yang berjaya ilmu perlu ada. Pastikan anda bersedia untuk menghadapi saat2 sukar dan mahu belajar dalam mencari jalan penyelesaian, bukannya mengalah, terus menerus stress dan akhirnya kecewa.

2. Kenali suami anda.

Adakah dia seorang yang kedekut? Jika ya, fikirlah masak2 dan banyak kali. Jangan sampai makan hati bila dah berhenti kerja nanti. Ini bukan nasihat yang positif sebenarnya :). Jika suami anda kedekut, pastikan anda bekerja di rumah (work-at-home-mom=wahm) bukan setakat sahm sahaja. Cari peluang2 yang ada untuk menjana pendapatan sampingan.

Adakah suami anda ringan tulang di rumah? Jika ya, anda harus bersyukur banyak2. Pastikan sifat ini berterusan walaupun anda surirumah sepenuh masa. Ini harus ditekankan kepada suami. Ada masanya anda juga perlu masa untuk diri sendiri. Jangan sampai mengabaikan diri sendiri apabila memilih untuk berada di rumah. Ketrampilan serta kesihatan diri perlu dijaga. Jangan lupa ‘Me-Time’ di dalam jadual harian atau mingguan anda.

3. Buat list kebaikan / kelebihan dan keburukan / kekurangan jika anda berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Buat perbandingan… bahagian mana yang lebih panjang list? Cuba fikirkan alternatif atau jalan keluar atau perkara yang anda patut buat untuk menjadikan fakta ‘keburukan’ itu menjadi tidaklah seburuk mana sekiranya anda benar2 ingin berhenti kerja. Pendapat peribadi saya, jika list keburukan /kekurangan lebih panjang daripada list kebaikan, lebih baik anda terus bekerja sahaja.

  • Contoh (1) cara2 nak atasi faktor2 didalam list ‘kekurangan’

Kekurangan:  Bila berhenti kerja anda tidak akan dapat gaji bulanan. Adakah ini bermakna anda tidak dapat berbelanja untuk keperluan diri sendiri lagi / tak akan merasa ada duit sendiri langsung?

Jalan keluar: Buat perjanjian dengan suami agar dia memberi elaun bulanan kepada anda. Misalannya RM1000 potongan tetap dari gajinya terus ke dalam akaun anda setiap bulan. (mungkin jumlah ini tidak sebanyak gaji bulanan anda, tetapi percayalah bahawa jumlah ini sebenarnya cukup untuk membiayai keperluan wajib anda eg. bayar pinjaman pengajian (jika ada…), bagi ibubapa, simpanan etc. Kata kunci: jangan bermewah2…)   

  • contoh (2)

Keburukan: Orang sekeliling anda mungkin akan mengeluarkan kenyataan2 negatif yang menyakitkan hati atau mungkin juga menggoyahkan pendirian anda.

Jalan keluar: BERSIAP SEDIALAH!!! Anda memang akan mendengarnya. Tetapkan hati anda. Sekiranya sahm adalah keputusan anda, bulatkan hati dan jangan berpaling lagi. Jauhi kata2 “KALAULAH AKU….”. Mula2 anda mungkin akan berasa hati dan sedih. Lama2 anda akan lali…. dan insyaAllah anda akan lebih berkeyakinan sekiranya anda berusaha dan berfikir yang positif2 sahaja. Anda tidak perlu menjawab atau membidas kata2 orang. Kadang kala diam dan senyum sahaja adalah lebih baik.

4. Faktor kewangan keluarga. Anda harus dan wajib berbincang sedalam-dalamnya hal ini dengan suami anda.

  • buat kiraan terperinci duit masuk dan duit keluar bagi keluarga setiap bulan. Saya akan berikan contoh worksheet yang boleh digunapakai untuk membuat kiraan ini di post yang lain. Kenal pasti gaji bulanan yang anda suami isteri dapat dan dihabiskan untuk apa. Selepas itu, kenal pasti juga wang gaji anda (bukan gaji suami) banyak dihabiskan untuk apa. Berapa peratuskah daripada gaji anda digunakan untuk perbelanjaan keluarga?
  • buat list perbelanjaan yang boleh dikurangkan sekiranya anda berada dirumah eg. perbelanjaan pengasuh, van sekolah, transport anda ke tempat kerja, makan anda di tempat kerja, belanja sekolah anak2 (sebab boleh bawa bekal), tuisyen (mungkin anda boleh mengajar anak2 anda sendiri) dll.
  • tahukah anda bahawa walaupun pendapatan seisi rumah berkurangan, perbelanjaan rumah juga dapat dikurangkan sekiranya anda tidak bekerja. Jadi sebenarnya anda tidak harus sampai ikat perut dan hidup semakin susah. Kata kunci: Perbelanjaan perlulah berhemah. Jika kita ikhlas dan redha dengan apa yang kita ada, insyaAllah anda tidak rasa kekurangan dan tersepit. Rezeki dari Allah swt bukan dalam bentuk wang semata.

5. Apakah goal anda di dalam hidup (jangka panjang dan jangka pendek)? Jadikan goal ini sebagai sesuatu untuk dikejar dan dicapai. Walaupun berada di rumah, jangan biarkan diri anda tenggelam di dalam kerja2 rumah yang tiada penghujungnya itu. Ambil masa untuk belajar skil2 dan ilmu2 baru. Dalami hobi dan ilmu2 yang anda tak berkesempatan buat semasa bekerja dahulu. Skil2 dan hobi2 boleh membantu anda menjana pendapatan sampingan. Selain daripada itu, apabila anak2 sudah besar, aktiviti sedemikian tidak akan membiarkan diri dan otak anda pasif.

SEMOGA BERJAYA KEPADA ANDA SEMUA !

About these ads

8 Comments to “Sambungan dari ‘Dilema nak berhenti kerja atau tidak’”

  1. Bagaimana dengan SAHH…..tak de tips ke….by the way…bagus blog you ni…

  2. Assalamu’alaikum. Thanks for the tips. I am planning to resign and becoming sahm. I am truly in a dilemma…resigning means total reconstruction of the current expenses especially loans. My husband and I are working out the plan, maybe I can reach you for more advice.

  3. By the way, how long did you take in deciding to be sahm? Is there any particular individual that you’ve consulted? Really this is tough. I know what I want but but when you are really sure to go, then this tiny little doubt makes you pause for a while.

    • Well, it was a long story. Basically I consulted my parents and husband only. They supported me and were (still are) my biggest supporter. Doubts do come and go especially at the beginning stage. Which area that troubles you most? I mean financial / social/ self esteem etc? Do email me. We can chat better there.

  4. Hi..sis..
    i like ur blog..since i’m in dillema..lg2 i pregnant skrg with managemnt office yg tak supportive.
    need me keja at site. even i pregnant.
    i nak keja..but mr.husband say..i must resign n take a break..
    ohh..i in dillema..

    • Hi Ezah,
      Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. In your case, what I can say is identify your priority in life first. From there insyaAllah it is easier for you to make decision. Lumrah dunia, biasanya kita tak dapat semua yg kita suka. Perlu berkorban untuk lepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Sekiranya berada di site dan kerja2nya boleh membahayakan Ezah dan baby, saya rasa Mom and baby are more precious than the work. Kerja baru boleh dicari. Saya tau ada syarikat yang bersedia menerima pekerja yang sedang hamil. Semuanya boleh berlaku dengan izin Allah. Kalau tak dapat sekarang pun, lepas bersalin nanti Ezah boleh mula cari kerja yang sesuai dgn keadaan ketika itu. Apa2 pun cubalah buat list pro & con sekiranya Ezah terus bekerja / berhenti bekerja. All the best sis…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 464 other followers

%d bloggers like this: